wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, April 18, 2011

Lagi besar lagi susah..

Salam hari ini saya nak bercerita mengenai murid sekolah saya. Saya adalah guru pemulihan oleh itu saya mengajar pada tahap satu sahaja.Lagi satu bilangan murid pun tidak ramai, sekadar 15 orang. Cuma yang menjadi masalah adalah mengajar murid-murid tersebut agar boleh membaca dan menulis. Itu sahaja masalah yang selalu dihadapi.

Namun sejak saya membantu guru atau lebih dikenali sebagai menggantikan guru untuk kelas bimbingan baru saya sedar yang lagi besar, lagi susah...
Mula-mula saya mengajar tahun 4. Bagi saya kelas itu bising tapi murid-murid masih lagi hendak belajar. Saya juga boleh memarahi dan memberi amaran kepada mereka. Kemudian saya mengajar tahun 5. Lagi nakal sikit dari tahun 4. Tapi saya seronok mengajar.

Hari ini saya mengajar tahun 6. Wah memang menguji kesabaran. Memang saya tidak dapat mengawal kelas. Kelas terlalu bising. Hanya segelintir murid sahaja yangbagi saya berminat untuk belajar. Yang membuat saya geram adalah 2 orang murid peremepuan yang perasan 'gedik' .Nasib baik ini murid cina, kalau marah lebih-lebih poun bukannya faham.
Saya pun silap terlalu bagi muka. Saya ingatkan murid kelas pandai akan senang untuk dikawal. Mereka ini senang dari segi pembelajaran tetapi dari segi tingkah laku masih lagi sama dengan murid yang lain.

Jika saya diberi peluang lagi untuk mengajar, akan saya gunakan ketegasan dan kekerasan. Tunggu sahaja.

p/s: teori yang dipelajari tidak dapat membantu dan tidak praktikal. Ditambah dengan peruntukan yang terhad.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...