wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, April 28, 2011

berhati-hati dengan CS Maxis

Salam semua... Hari ini dah masuk 12 hari Maxis broadband warna hijau (GPRS). LAngsung tidak ada semangat nak menaip. Bahaya juga dengan blog ek. Dulu masa sekolah tidak pula ada semangat nak menulis. Kalau masa karangan, itulah masa yang meletihkan. Kena tulis berjela-jela...hehehe tapi semua itu kenangan yang terindah..Kembali kepada tajuk hari ini, saya telah buat aduan mengenai 'coverage' di tempat saya yang semakin hari semakin teruk. Jadi aduan itu telah dibuat pada hari Isnin (25 April 2011). Tapi...
Saya cuma menelefon dan memberitahu masalah yang dihadapi sahaja. Pada mulanya layanan dan panduan yang diberikan amat memuaskan dan sehingga semalam baru saya dapat tahu, yang aduan saya tidak diambil perhatian.



Terima kasih kepada Moran, yang telah bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sinar harapan kepada saya yang mereka akan menyiasat dan membaiki masalah teknikal yang berlaku.
Semalam baru saya berpuas hati kerana En. Moran telah menghantar laporan kepada bahagian teknikal dan memberi nombor report kepada saya.

 Tidak seperti yang saya telefon pada hari Isnin yang berjanji akan menelefon saya kembali tetapi sehingga sekarang tiada jawapan.

Perhatian kepada semua: Jika anda membuat aduan jangan lupa:

1. Meminta nama Customer Service tersebut.
2. Mencatatkan hari dan tarikh serta masa.
3. Meminta maklumat bilakah masalah tersebut akan selesai.
4. Jika ada borang atau SMS mengenai mutu perkhidmatan, sila balas.

Sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...