wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, April 18, 2011

GAGAL HADAPI TEKANAN- BUNUH DIRI


Salam semua… hari ini saya nak berkongsi mengenai masalah tekanan. Info ini saya dapat dari suratkhabar Utusan Mingguan dalam seksyen Kesihatan. Disini saya lampirkan info kes bunuh diri yang disenaraikan oleh Utusan.


 

Nama
Perkara / Kes
Cara bunuh diri
Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo HyunRasuahTerjun dari bukit
Chen Sui Bian saksi kes rasuah bekas isteri Presiden TaiwanBunuh diri
Sadiq Batcha (Ahli Perniagaan dan bekas pembantu Menteri India)Rasuah besarBunuh diri
Pegawai Kanan Awam dan anggota Parti Liberal Demokrat JepunRasuahBunuh diri
Jenaral (B) Angelo Reyes (Filipina)Rasuah dan penyelewengan dana tenteraTembak kepala sendiri
Pegawai Awam di ChinaRasuah, kemurunganBunuh diri

 

Punca mengapa seseorang membunuh diri (dari Dr. Nor Hamidah, Pakar Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur):

  • Tekanan sosial : Masalah kerja, keluarga atau peribadi. Biasanya melibatkan maslaah yang besar atau tekanan akut yang membuat seseorang mengambil jalan mudah dengan menamatkan riwayatnya.

 

  • Tekanan hidup: Si pelaku tidak mempunyai masalah namun mempunyai tekanan hidup yang terdesak. Lantaran masalah tidak dapat diatasi, dan dalam masa yang singkat fikiran melampaui prinsip hidup.

 

Simptom: Perkara ini boleh diketahui oleh orang yang terdekat namun ada juga yang tidak menunjukkan apa-apa namun mempunyai masalah tekanan yang tinggi. Antara tanda-tanda adalah :

  1. Menyendiri
  2. Tidak banyak bercakap secara tiba-tiba
  3. Gelisah
Cara atasi: Masalah merupakan perkara biasa bagi setiap manusia. Ianya terpulang kepada diri sendiri untuk menanganinya. Masyarakat seharusnya membantu mengenalpasti dan tidak sekadar menjadi penonton atau merelakannya berlaku. Sila berjumpa dengan pakar jika anda mendapati terdapat simptom-simptom sebelum terlambat.

Info:

Agensi Polis Kebangsaan Korea melaporkan Korea Selatan mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi didunia bagi tahun 2010
Jumlah kes bunuh diri pada 2009 adalah sebanyak 14,579 kes, meningkat 18.8% berbanding tahun 2009.
Bermakna kadar pada 2009 adalah 29.9 kes bunuh diri bagi setiap 100,00 orang. Jumlah penduduk Korea Selatan adalah 48,746,693.
Data itu lebih tinggi berbanding yang dilaporkan Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD). Pertubuhan melaporkan 21.5 kes bagi setiap 100,00 orang.
Jepun mengekori rapat dengan catatan 19.1 kes bagi setiap 100,000 orang.
Laporan polis menunjukkan masalah psikologi/ psikiatri mencatatkan 28.8% punca bunuh diri diikuti fizikal/ penyakit (21.88%) dan ekonomi (16.7%)
Mereka yang berusia 61 tahun keatas cenderung untuk membunuh diri (31.65%), diikuti 41-50 manakala 31-40 (17.2%) 51-60 (16.65%)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...