wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, April 30, 2011

Sijil kelahiran Barack Obama???

Anda pernah dan nak tahu sijil lahir Presiden Amerika ? Barack Obama?? kan Donald Tiumph ngah tak sebulu dengan Obama... inilah sijilnya..

Selamat Hari Lahir!!!

Allah selamatkan saya...

Allah selamatkan saya...

Allah selamatkan Hasmardy

Allah selamatkan saya...

Wah... macam cerita  P Ramlee ajer... Selamat Hari Lahir yang ke - 32. Terima kasih kepada isteri saya atas hadiah yang diberi semalam.. ahhh..

MIsteri perkhawinan DiRaja Kate -Williams

Salam. Pasti ramai orang nak tahu pasal perkhawinan Diraja antara Putera Williams dan Kate Middleton kan (sekarang dah tukar nama Puteri Duchess). Saya pun tak taengok kat tv pun. Hanya search dari internet sahaja. Lebih dari 2 billion menonton perkahwinan mereka.

Friday, April 29, 2011

Dato T Lafaz Sumpah Laknat

sumber: http://usratty.blogspot.com

Selamat bercuti PEKERJA!

Salam semua. saya terasa ini adalah ucapan terawal saya pada kali ini. Selamat Hari Pekerja.!Setiap tahun 1 Mei adalah hari pekerja.  Saya telah pun bermula bercuti hari ini. Sekarang ada di Ipoh. Atas kerinduan yang melampaui terhadap Adib dan Amni oleh opahnya. hehehe sendiri ingat cukup ek.. tak nak cakap panjang lebar.

Thursday, April 28, 2011

jom baca kvkvkv

Permainan KVKVKV di kelas saya. sebagai kenangan yang terindah...:)

berhati-hati dengan CS Maxis

Salam semua... Hari ini dah masuk 12 hari Maxis broadband warna hijau (GPRS). LAngsung tidak ada semangat nak menaip. Bahaya juga dengan blog ek. Dulu masa sekolah tidak pula ada semangat nak menulis. Kalau masa karangan, itulah masa yang meletihkan. Kena tulis berjela-jela...hehehe tapi semua itu kenangan yang terindah..Kembali kepada tajuk hari ini, saya telah buat aduan mengenai 'coverage' di tempat saya yang semakin hari semakin teruk. Jadi aduan itu telah dibuat pada hari Isnin (25 April 2011). Tapi...

Tuesday, April 26, 2011

jom baca kvkvkv

Salam.. ini adalah gambar dalam kelas saya. pembelajaran kvkvkv. untuk perkongsian bersama dan sebagai kenangan saya. :)

Saturday, April 23, 2011

Nasi lemak mengemukkan murid-murid??

sumber:mr.google

Salam.. sejak akhir-akhir ini kecoh mengenai obesiti dikalangan murid-murid dan telah menyebabkan Beberapa menteridalam industri kesihatan dan pendidikan telah bersetuju dan memutuskan bahawa nasi lemak hanya dibenarkan dijual sehari dalam seminggu di sekolah-sekolah seluruh negara!

benarkah ???

naikkan ranking dengan comment anda

comment baru saya

Salam semua. Hari ini ada LADAP. wah dalam LADAP pun saya boleh membina post saya. Bukan apa, mana faham cikgu itu cakap. Cakap bahasa cina...

Hari ini saya akan bagi tutorial untuk membina comment yang menarik. Kenapa saya kata akan naikkan ranking? sebab saya baca blog kujie2.com. katanya ini akan memberi backlink kepada blog kita.

maxis pun dah nak jadi ber*Kban ke?







Salam, dah seminggu tak dapat nak buat apa-apa ngan broadband maxis ni. Semuanya kerana line tak berapa 'sihat'. Asyik GPRS sahaja. Masa duduk di Pasir Panjang, Sekinchan bukan main laju lagi. Tiap-tiap hari HSDPA. Namun setelah berpindah ke Taman Seri, Sungai Besar langsung taka da. GPRS sahaja. Mengapa???!!!!!

Nak kata kawasan kampung, dah berhampiran dengan bandar. Tak lojik pula. Masa pindah disini, bila dapat tahu line tak ok, terus tukar celcom… celcom pun sama juga. Siap kena 'kelentong' lagi dengan salesgirl Celcom di Billion. Balik kampong hari itu terus terminated maxis. Broadband pun dipulangkan.

Tapi 2minggu selepas itu, isteri sengaja nak cuba internet hotlink prepaid terus ada 3G. wah menyesal pula terminated awal-awal. Nak jadikan cerita semasa ada pameran di Ipoh Parade, kami sengaja bertanya di kiosk Maxis untuk melihat coverage di Taman Seri, dan hasilnya dah jadi 3G.

ISteri yang sememang teruja, terus sahaja berbincang dan membeli balik maxis broadband. Balik dari Ipoh, memang ok dah line maxis. Tapi hanya waktu tertentu. Ehmmm taka pa la, janji boleh tengok. Tapi sejak seminggu ini, langsung tak boleh…

Mengapa MAXIS? MAXIS pun nak jadi ber*k ban gak ke?

Friday, April 22, 2011

Kawan makan kawan




 

Salam hari ini dalam semanis kurma bertajuk 'kawan makan kawan'. Jemputan tetamu ialah Fazli dan Fauzan adalah dari pakar motivasi.


 

Sebagai permulaan, ada cerita mengenai 3 budak hitam. Meraka telah berjalan-jalan dan tersepak satu botol sehingga keluar asap dan jin. Jin itu mengucapkan terima kasih kerana telah melepaskannya dan ingin membalas jasa baik mereka bertiga dengan meminta mereka membuat permintaan untuk ditunaikan.

Budak hitam yang pertama meminta untuk diputihkan kerana dah lama rasa hitam. Apabila nombor 1 dah jadi putih , yang nombor 2 pun meminta untuk menjadi lebih putih (putih melepak) dari yang nombor satu. Setelah yang pertama dan kedua telah menjadi yang putih, yang ketiga telah membuat satu permintaan….

Yang ke-3 meminta menghitamkan yang pertama dan kedua. Akhirnya kesemua menjadi hitam kembali dan tidak mendapat apa-apa faedah.


 

Punca kawan makan kawan:

1: Wang – apabila seseorang meminta untuk memburukkan kawan kerana kerja

2. Dengki – apabila melihat kawan telah berjaya.

Bagaimana nak tahu orang jenis itu:

  1. Pengalaman sendiri.
  2. Tujuan kawan kita berkawan. Kenalpasti sebab utama jika ada orang yang nak berkawan kita.
Cara atasi:

  1. Jangan berkawan dengan orang yang dengki. Carilah kawan orang yang baik.Kata Saidina Ali 'Carilah sahabat yang alim dan baik…'. Kita yang pilih dan corakkan sahabat kita.
  2. Ikut pesan Agama, pilih kawan yang baik cara fikir, kawan yang sayang dan taat akan agama dan kawan yang ….berani
Pesanan: Allah murka kepada hambanya yang membuka aib seseorang. Jadi jangan sesekali kita membuka aib orang.

Doa yang diberi pada hari ini: Surah Adduhukan ayat 12, surah Al Qamar Ayat 10

p/s: rugi bagi kita jika kita tidak menolong antara satu sama lain.

Thursday, April 21, 2011

kraftangan penanda buku

Salam, hari ini saya dan cikgu-cikgu mengajar murid untuk membuat penanda buku dari bahan-bahan terpakai untuk aktiviti pengakap.

Alhamdulillah, murid-murid dapat memahami dan menghasilkan yang terbaik untuk diri sendiri dan kawan. Oppsss


Wednesday, April 20, 2011

ASAS KAWAD KAKI - SEDIA


Salam semua, hari ini saya akan memberi nota bagi badan beruniform iaitu Pengakap. Saya tidak pasti dengan kawad bagi Kadet dan juga yang lain-lain. Saya masih tidak lagi mendapat manik kayu kerana dimaklumkan bahawa dijil yang diterima semasa maktab adalah dibatalkan. Bagi saya pergerakan masih lagi sama, dan mungkin aka nada perbezaan kecil.


 

Nota hari ini adalah SEDIA.

Langkah-langkah pergerakan (dalam keadaan berdiri):

  • KEDUDUKAN KAKI DAN TANGAN LURUS, RAPAT KE SISI BADAN.
  • TUMIT RAPAT, HUJUNG KAKI DIBUKA 30 DARJAH.
  • KEDUDUKAN TANGAN, DIGENGGAM RAPAT KE PEHA DAN IBU JARI LURUS MENGHALA KE TANAH.
  • KEDUDUKAN KEPALA DAN BADAN TEGAK, MATA TERBUKA DAN PANDANG LURUS KE HADAPAN.

 

BAHASA HUKUMAN: BARIS…. SEDIA

ASAS KAWAD KAKI – REHATKAN DIRI


Langkah-langkah pergerakan

  • KEDUDUKAN TANGAN, LENGAN DIBENGKOKKAN, DIBAWA KE PARAS PINGGANG SECARA PERLAHAN-LAHAN ( KIRAAN MASA 1,2,3, REHAT) – KEDUDUKAN TANGAN DALAM KEADAAN SENANG DIRI.
  • KEDUDUKAN KEPALA DAN BADAN TEGAK, MATA TERBUKA DAN PANDANG LURUS KE HADAPAN.

 

BAHASA HUKUMAN: BARIS…. REHATKAN … DIRI

ASAS KAWAD KAKI – SENANG DIRI


Langkah-langkah pergerakan

  • KEDUDUKAN KAKI KEKAL DIAM DAN KAKI KIRI DIANGKAT SEHINGGA 90 DARJAH (PARAS PEHA) DAN HENTAK KE BUMI. (JARAK KAKI KANAN DAN KIRI 12 INCI)
  • DALAM WAKTU YANG SAMA, TANGAN DIBAWA KE BELAKANG PUNGGUNG.
  • KEDUDUKAN TANGAN, TANGAN KANAN BERADA DI DALAM TAPAK TANGAN KIRI DAN KEDUA TAPAK TANGAN BERSILANG , JARI-JARI MENGAHLA KE ARAH TANAH
  • KEDUDUKAN KEPALA DAN BADAN TEGAK, MATA TERBUKA DAN PANDANG LURUS KE HADAPAN.

 

BAHASA HUKUMAN: BARIS…. SENANG … DIRI

Monday, April 18, 2011

Lagi besar lagi susah..

Salam hari ini saya nak bercerita mengenai murid sekolah saya. Saya adalah guru pemulihan oleh itu saya mengajar pada tahap satu sahaja.Lagi satu bilangan murid pun tidak ramai, sekadar 15 orang. Cuma yang menjadi masalah adalah mengajar murid-murid tersebut agar boleh membaca dan menulis. Itu sahaja masalah yang selalu dihadapi.

Namun sejak saya membantu guru atau lebih dikenali sebagai menggantikan guru untuk kelas bimbingan baru saya sedar yang lagi besar, lagi susah...

GAGAL HADAPI TEKANAN- BUNUH DIRI


Salam semua… hari ini saya nak berkongsi mengenai masalah tekanan. Info ini saya dapat dari suratkhabar Utusan Mingguan dalam seksyen Kesihatan. Disini saya lampirkan info kes bunuh diri yang disenaraikan oleh Utusan.


 

Nama
Perkara / Kes
Cara bunuh diri
Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo HyunRasuahTerjun dari bukit
Chen Sui Bian saksi kes rasuah bekas isteri Presiden TaiwanBunuh diri
Sadiq Batcha (Ahli Perniagaan dan bekas pembantu Menteri India)Rasuah besarBunuh diri
Pegawai Kanan Awam dan anggota Parti Liberal Demokrat JepunRasuahBunuh diri
Jenaral (B) Angelo Reyes (Filipina)Rasuah dan penyelewengan dana tenteraTembak kepala sendiri
Pegawai Awam di ChinaRasuah, kemurunganBunuh diri

 

Punca mengapa seseorang membunuh diri (dari Dr. Nor Hamidah, Pakar Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur):

  • Tekanan sosial : Masalah kerja, keluarga atau peribadi. Biasanya melibatkan maslaah yang besar atau tekanan akut yang membuat seseorang mengambil jalan mudah dengan menamatkan riwayatnya.

 

  • Tekanan hidup: Si pelaku tidak mempunyai masalah namun mempunyai tekanan hidup yang terdesak. Lantaran masalah tidak dapat diatasi, dan dalam masa yang singkat fikiran melampaui prinsip hidup.

 

Simptom: Perkara ini boleh diketahui oleh orang yang terdekat namun ada juga yang tidak menunjukkan apa-apa namun mempunyai masalah tekanan yang tinggi. Antara tanda-tanda adalah :

  1. Menyendiri
  2. Tidak banyak bercakap secara tiba-tiba
  3. Gelisah
Cara atasi: Masalah merupakan perkara biasa bagi setiap manusia. Ianya terpulang kepada diri sendiri untuk menanganinya. Masyarakat seharusnya membantu mengenalpasti dan tidak sekadar menjadi penonton atau merelakannya berlaku. Sila berjumpa dengan pakar jika anda mendapati terdapat simptom-simptom sebelum terlambat.

Info:

Agensi Polis Kebangsaan Korea melaporkan Korea Selatan mencatatkan kadar bunuh diri tertinggi didunia bagi tahun 2010
Jumlah kes bunuh diri pada 2009 adalah sebanyak 14,579 kes, meningkat 18.8% berbanding tahun 2009.
Bermakna kadar pada 2009 adalah 29.9 kes bunuh diri bagi setiap 100,00 orang. Jumlah penduduk Korea Selatan adalah 48,746,693.
Data itu lebih tinggi berbanding yang dilaporkan Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD). Pertubuhan melaporkan 21.5 kes bagi setiap 100,00 orang.
Jepun mengekori rapat dengan catatan 19.1 kes bagi setiap 100,000 orang.
Laporan polis menunjukkan masalah psikologi/ psikiatri mencatatkan 28.8% punca bunuh diri diikuti fizikal/ penyakit (21.88%) dan ekonomi (16.7%)
Mereka yang berusia 61 tahun keatas cenderung untuk membunuh diri (31.65%), diikuti 41-50 manakala 31-40 (17.2%) 51-60 (16.65%)

Sunday, April 17, 2011

kasut 'hand made' untuk wanita

Salam.... hari ini saya nak post mengenai kasut yang dibuat oleh tangan (hand made).Semua ini adalah hasil jiran makcik saya di IPOH. Jika ada yang berminat boleh email saya atau bagitahu je kat komen. Harga dalam RM80.00 sehingga RM100.00 ek.


antara kasut yang ada dijual





 
 
semua iniadalah ditempah. Jika berminat nanti kena bagi saiz..

KOMIK TERPAKAI


HANYA RM0.50 SENASKAH



WIRA TUNGGAL - EDISI 241 , 242, 251, 262, 277,283,356,366,368,388, 398 ,403,429,450, 454


PETALA KERAMAT - 2 , 5


 LAGENDA RAKSASA PUAKA- 1


PERWIRA SAKTI - 19
ALAM DEWA - 49
 
berminat sila klik disini.

Keputusan penuh Pilihanraya DUN Sarawak update 12.34pagi @ 17/4/11

N1: OPAR ( 8,099 )

1. Stephen ak Sagirt (SNAP)
      Undian perolehi: 674
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
      Undian perolehi: 475
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
      Undian perolehi: 1,354
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)
      Undian perolehi: 3,360   Majorit: 2,006


N2: TASIK BIRU ( 15,100 )

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
      Undian perolehi: 5,829   Majorit: 2,072
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
      Undian perolehi: 825
3. John Tenewi Nuek (PKR)
      Undian perolehi: 3,757


N3: TANJONG DATU ( 7,936 )

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
      Undian perolehi: 4,218   Majorit: 3,216
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
      Undian perolehi: 215
3. Nani Sahari (PAS)
      Undian perolehi: 1,002


N4: PANTAI DAMAI ( 14,104 )

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
      Undian perolehi: 111
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
      Undian perolehi: 7,425   Majorit: 5,071
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)
      Undian perolehi: 2,354

Saturday, April 16, 2011

Keputusan Pilihanraya ke 10 Sarawak 2011

 Keputusan rasmi kerusi Dewan Undangan Negeri sarawak :

N.1 OPAR   
1 . Stephen Anak Sagir    SNAP    674    Hilang Deposit
2 . Joseph Jindy Anak Peter Rosen    BEBAS    475    Hilang Deposit
3 . Boniface Willy Anak Tumek    PKR    1,354   
4 . Ranum Anak Mina    BN    3,360    Menang

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 8,099   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 68   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 5,931   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 5,950   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 19   
    Peratus Pengundian: 73.47%   
    Majoriti: 2,006   

N.18 TEBEDU
1 . Kipli Bin Ale     BEBAS    260    Hilang Deposit
2 . Michael Manyin Anak Jawong    BN    6196    Menang
3 . Christopher Anak Kiyui    PKR    2,130   
4 . Anthony Anak Nais    SNAP    468    Hilang Deposit
   
    Jumlah Pemilih Berdaftar: 12,497   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 149   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 9,203   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 9,219   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 16   
    Peratus Pengundian: 73.77%   
    Majoriti: 4,066   

N.20 SADONG JAYA   
1 . Aidel Bin Lariwoo    BN    4,008    Menang
2 . Mahayudin Bin Wahab    BEBAS    402    Hilang Deposit
3 . Abang Eddy Allyanni Bin Abang Fauzi    PAS    1,074
  
    Jumlah Pemilih Berdaftar: 7,656   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 89   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 5,573   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 5,589   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 16   
    Peratus Pengundian: 73.00%   
    Majoriti: 2,934   

N.21 SIMUNJAN
1 . Mohd Naroden Bin Majais     BN    5,465    Menang
2 . Mashor Bin Hussen    PKR    1,417   
3 . Zaini Bin Le'    BEBAS    179    Hilang Deposit
4 . Mac Palima Anak Nyambil    PCM    237    Hilang Deposit
   
Jumlah Pemilih Berdaftar: 10,104   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 85   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 7,383   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 7,405   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 22   
    Peratus Pengundian: 73.29%   
    Majoriti: 4,048   

N.24 BETING MARO

1 . Razaili Bin Haji Gapor     BN    3,069    Menang
2 . Abang Ahmad Kerdee Bin Abang Masagus    PAS    2,678

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 7,868   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 61   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 5,808   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 5,808   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 0   
    Peratus Pengundian: 73.82%   
    Majoriti: 391   

N.25 BALAI RINGIN    1 . Ibi Anak Uding    PKR    1,260   
2 . Snowdan Lawan    BN    4,145    Menang
3 . Dan A/k Giang    SNAP    765    Hilang Deposit
4 . Lipeh Anak Mawi    PCM    126    Hilang Deposit
5 . Cobbold Ak Lusoi    BEBAS    85    Hilang Deposit
6 . Sujal Anak Gansi    BEBAS    32    Hilang Deposit

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 8,798   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 110   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 6,523   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 6,544   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 21   
    Peratus Pengundian: 74.38%   
    Majoriti: 2,885   

N.32 BUKIT SABAN
1 . Dayrell Walter Entrie    SNAP    641    Hilang Deposit
2 . Jerah Anak Engkiong @ Edward Jerah    PKR    1,125  
3 . Robert Lawson Chuat    BN    3,899    Menang

Jumlah Pemilih Berdaftar: 7,657  
Jumlah Kertas Undi Ditolak: 78  
Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 5,743  
Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 5,761  
Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 18  
Peratus Pengundian: 75.24%  
Majoriti: 2,774

N.34 KRIAN
1 . Liman Anak Sujang     SNAP    216    Hilang Deposit
2 . Peter Nyarok Anak Entrie    BN    3,088   
3 . Banyi Anak Beriak    BEBAS    125    Hilang Deposit
4 . Ali Anak Biju    PKR    5178    Menang

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 11,016   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 67   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 8,674   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 8,688   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 14   
    Peratus Pengundian: 78.87%   
    Majoriti: 2,090   

N.35 BELAWAI
1 . Abdul Wahab Bin Abdullah     PKR    618    Hilang Deposit
2 . Kiprawi Bin Suhaili    Bebas    133    Hilang Deposit
3 . Talif @ Len Bin Salleh    BN    5,164    Menang
   
    Jumlah Pemilih Berdaftar: 8,623   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 91   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 6,006   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 6,049   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 43   
    Peratus Pengundian: 70.15%   
    Majoriti: 4,546   

N.37  DARO
1 . Murni Bin Suhaili     BN    3,867    Menang
2 . Jamaludin Bin Ibrahim    PKR    475    Hilang Deposit
3 . Mohamad Zamhari Bin Berawi    BEBAS    670   
4 . Noh @ Mohamad Noh Bin Bakri @ Bakeri    BEBAS    129    Hilang Deposit

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 7,305   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 105   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 5,246   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 5,265   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 19   
    Peratus Pengundian: 72.07%   
    Majoriti: 3,197   

N.38 JEMORENG
1 . Asbor Bin Abdullah     BEBAS    77    Hilang Deposit
2 . Abdul Hafiz Bin Noh    Bebas    1,579   
3 . Gani @ Abu Seman Bin Jahwie    BN    4505    Menang

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 8,635   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 120   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 6,281   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 6,295   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 14   
    Peratus Pengundian: 72.90%   
    Majoriti: 2,926   

N.41 PAKAN
1 . William Ikom     BN    3,938    Menang
2 . Jamal Bin Abdullah @ Tedong Anak Gunda    SNAP    2,741
   
    Jumlah Pemilih Berdaftar: 9,274   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 83   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 6,762   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 6,785   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 23   
    Peratus Pengundian: 73.16%   
    Majoriti: 1,197   

N.42 MELUAN   
1 . John Brian Anthony Anak Jeremy Guang    PKR    2,973   
2 . Wong Anak Judat    BN    4615    Menang
3 . Labang Anak Jamba    SNAP    312    Hilang Deposit

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 11,487   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 119   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 8,019   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 8,041   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 22   
    Peratus Pengundian: 70.00%   
    Majoriti: 1,642   

N.44 MACHAN
1 . Augustine Anak Liom @ August Kiom     SNAP    338    Hilang Deposit
2 . Kong Tat Kim    PCM    696    Hilang Deposit
3 . Gramong Juna    BN    3683    Menang
4 . Chen Nguk Fa    PKR    2,054   

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 9,944   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 109   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 6,880   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 6,895   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 15   
    Peratus Pengundian: 69.34%   
    Majoriti: 1,629   

N.47 BAWANG ASSAN   
1 . Alice Lau Kiong Yieng    DAP    5,508   
2 . Wong Soon Koh    BN    7,316    Menang

    Jumlah Pemilih Berdaftar: 16,743   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 106   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 12,930   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 12,936   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 6   
    Peratus Pengundian: 77.26%   
    Majoriti: 1,808   

N.55 KATIBAS   
1 . Ambrose Blikau Anak Enturan    BN    3326    Menang
2 . Toh Heng San    SNAP    897   
3 . Munan Anak Laja     PKR    1,070 
 
    Jumlah Pemilih Berdaftar: 8,542   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 85   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 5,378   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 5,397   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 19   
    Peratus Pengundian: 63.18%   
    Majoriti: 2,256   

N.56 BALEH   
1 . James Jemut Masing    BN    5,242    Menang
2 . Bendindang Anak Manjah    PKR    1,344 
 
    Jumlah Pemilih Berdaftar: 11,287   
    Jumlah Kertas Undi Ditolak: 98   
    Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi: 6,684   
    Jumlah Kertas Undi Dikeluarkan: 6,684   
    Jumlah Kertas Undi Tidak Dikembalikan: 0   
    Peratus Pengundian: 59.22%   
    Majoriti: 3,898    

update: 8.00 malam

www.ceritadqmie.com terbaru dari wwwadibdaddy.blogspot.com

salam semua. Sejak dari semalam saya perasan follower saya dah kurang... kenapa ek? mungkin sebab saya tukar domain. Bolehkah itu menjadi puncanya.

Saya perasan juga jika saya taip adibdaddy.blogspot.com pasti tidak dapat buka. Mungkin itu yang membuat mereka keluar kerana menyangkakan blog saya telah tiada. tidak mengapa... sebab banyak perkara yang masih lagi dalam pembelajaran.

Oleh itu dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan http://www.ceritadqimie.com bagi menggantikan http://www.adibdaddy.blogspot.com pada 12hb April 2011.

p/s: adibdaddy.blogspot.com > ceritadqimie.blogspot.com > ceritadqimie.com

Friday, April 15, 2011

Temuduga KPLSPM: Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Jun 2011

Semakan ini telah dibuka hari ini, 12 April 2011 sehingga 06 Mei 2011. Kepada semua pemohon yang telah memohon kursus berkenaan bolehlah menyemak status masing-masing di laman web Semakan Panggilan Temu Duga KPLSPM.
Semua calon hanya perlu memasukkan No. Kad Pengenalan masing-masing untuk membuat semakan.
Kepada mereka yang tersenarai, jangan lupa membuat sedikit persediaan berkaitan dengan Kursus yang anda pohon. Dan semoga berjaya dalam temu duga nanti.
Semak Status Temu Duga KPLSPM Di sini


credit:Lamanwebinfo.com

Kampung baru Kuala Lumpur Mendap..

sumber: berita tv3


Kira-kira 150 penduduk Kampung Bahru, di ibu negara terpaksa dipindahkan berikutan mendapan tanah yang turut menyebabkan satu lubang sedalam kira-kira 3 meter terbentuk. Hujan lebat yang berterusan petang semalam menyebabkan mendapan berlaku secara perlahan-perlahan sekaligus membahayakan penduduk sekitar.Kejadian bermula kira-kira jam 8 malam tadi di Jalan Syed Mahadi, Kampung Bahru, ketika hujan lebat.Kawasan ini turut ditenggelami air kira-kira setengah meter.

Lubang yang terbentuk di hadapan sebuah rumah ini pada mulanya kecil. Bagaimanapun, ia menjadi semakin besar menjelang tengah malam. Mendapan turut berlaku sepanjang kira-kira 10 meter di sepanjang jalan ini. Polis bertindak menutup laluan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL mengarahkan kira-kira 150 penduduk membabitkan lebih 20 kediaman supaya keluar tengah malam tadi. 49 daripada mereka ditempatkan sementara di Dewan Orang ramai kampung baru. Manakala bakinya menumpang di rumah saudara mara.Kakitangan Jabatan Geologi dijangka  ke lokasi pagi ini bagi melakukan pemeriksaan.

ps: Berita TV3

ceritadqimie[dot]com dari NetKL

sumber: NetKL


Salam semua. Akhirnya dapat juga saya menukarkan ceritadqimie.blogspot kepada ceritadqimie.com! Yeeehaaaa!!! Itu yang saya suka mengenai IT. Macam matematik. Kalau dapat menyelesaikan masalah umpama satu kepuasan yang tidak terhingga. Ini pun mengambail masa 2 hari baru ok. kalau tidak sekejap boleh buka sekejap tidak. Alhamdulillah hari ini dah ok .
Semuanya bermula apabila saya berjumpa dengan Ustaz Yusof  yang telah membeli domain di NetKL. Ustaz kata murah hanya....RM31.60 sahaja! untuk setahun dan untuk servis menukar domain hanya RM3.00. Jadi jumlahnya hanya RM34.60. Teruja juga, sebab ingatkan mahal sampai ratus. Itu jika kita beli hosting, baru boleh harga sampai ratus-ratus. Apa itu domain? Apa itu hosting? Domain adalah nama url kita. Jika dahulu url saya ceritadqimie.blogspot.com sekarang adalah www.ceritadqimie.com. Mudah bukan! Manakala hosting adalah ruang di dlm server  yang anda sewa secara tahunan, utk simpan semua2 fail2 website anda tu (fail gambar, video, audio, dsb nya)


Jadi saya telah menggunakan NetKL sebab ini adalah kali pertama saya bergiat serius dalam dunia blog. Samping itu saya juga nak cari side income melalui blog :).. apa faedahnya ada domain sendiri?Ada apa dengan NetKL?

Thursday, April 14, 2011

Amalan Untuk Menangani Orang DEGIL atau KERAS KEPALA

"Innama amruhu izaa aradasyay-an an yaquula lahu kun fayakuun"

1. Setelah selesai mendirikan setiap solat 5 waktu, bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali.

2. Lakukan sebanyak 7 hari setiap waktu solat berturut-turut. Anda boleh mulainya dari mana-mana ...waktu sembahyang yang anda mahukan. Jangan tingal solat satu waktu pun dalam masa 7 hari.

3. Setelah selesai 7 hari tersebut, anda bacalah pula ayat diatas sebanyak 7 kali. Kemudian anda tiupkan pada yang dihajati (isteri/suami/anak). Seboleh-bolehnya ditiupkan pada arah muka sama ada semasa sedar ataupun tidak sedar, dan semasa anda membacanya hendaklah anda niatkan hajat anda terhadapnya ketika sampai pada ayat "kun".

4. Ulang lagi membaca ayat itu sebanyak 7 kali, selepas solat 5 waktu lagi seperti No 1 dan 2 di atas. Untuk memastikan ianya menjadi atau terkabul, buatlah sebanyak 7 kali pada orang tersebut dan diulangi sebanyak 7 kali.








Figure 1 gambar hiasan jer...

Wednesday, April 13, 2011

Saya dah ada domain sendiri..!

Baru sahaja selesai membeli domain dan Alhamdulillah saya dapat menukar URL saya dengan sendiri. Terima kasih En. Hafiz dari Net.KL....

Sekarang dah tak ada blogspot.com yang ada http://www.ceritadqimie.com. nak mengomel panjang-panjang pun tak larat dah.. mata mengantuk.. nanti saya akan bagi tahu apa faedahnya.. salam semua...nanti saya ceritakan...Selamat malam

Tuesday, April 12, 2011

Domain itu penting ke?

salam semua. Apa khabar.? Semenjak line broadband di sini tidak elok, memang jarang nak update. lagi pun dah lewat malam baru line ok. itu yang susah nie. Apa pun tahniah kepada Perak kerana berjaya menewaskan Kelantan 4-0!!!!! wah tak sangka betul. Bukan senang-senang itu. Penjaga gol Kelantan kan Hebat!

Balik kepada kisah hari ini yang ingin saya kongsikan adalah mengenai domain. Nak kata tahu banyak pun memang tak sangat. Cuma dapat maklumat dari seorang Ustaz penting juga kita memiliki domain jika ingin menjana duit dari Nuffnang!

Ustaz itu mencadangkan saya menggunakan net.kl sebab paling murah diantara syarikat-syarikat yang menyediakannya. Harganya cuma RM31.60 dan akan dikenakan charge RM3 untuk pengubahsuaian nama blog kita.

Lupa saya nak memberi contoh jika kita perhatikan sekarang, nama blog kita akan seperti ini http://ceritadqimie.blogspot.com. Namun jika kita memiliki domain akan bertukar menjadi http://ceritadqimie.com. Ini akan memudahkan pencarian enjin dan menaikkan ranking traffik blog kita.

Persoalannya, boleh kah ianya menaikkan Nuffnang kita? komen

Sunday, April 10, 2011

Pindaan KPLSPM: Pindaan Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam laman web rasminya memaklumkan berkenaan dengan Pindaan Semakan tersebut seperti di bawah.
“Semakan nama calon berjaya ditemuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 telah dipinda ke 12 April 2011. Calon boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang KPM bermula 12 April 2011.”
****NOTA: Link akan saya letak di sini jika ada perubahan.

credit to: Lamanwebinfo.com

Komen Tumit Tinggi BH mengguris hati cikgu-cikgu

Salam... hari ini tergerak hendak menulis blog mengenai Tumit Tinggi dari Berita Harian. Semuanya mengenai tajuknya iaitu Beza cikgu dulu , sekarang. Kalau anda tidak dapat membacanya sila klik disini.


Monday, April 04, 2011

CELCOM TIPU SAYA...

Salam semua.. dah lama saya tak menulis dalam blog. Hanya banyak berkongsi maklumat dengan anda semua. Saya selalu menziarah lamanwebinfo.com. Disini banyak maklumat terkini yang akan saya dapat mengenai pendidikan.

Awal bulan Mac saya telah berpindah di Sungai Besar. Alhamdulillah akhirnya dapat juga rumah yang hampir dengan sekolah. Bukan apa mudah untuk saya ke sekolah kerana jika dahulu jarak perjalanan memakan masa 20 minit. sekarang hanya 2 minit sahaja. Mudah bukan. hehehehe

Berbalik kepada tajuk saya di atas, masa saya berpindah 'coverage' untuk broadband Maxis tidak ada. Alahai skema pula. Jadi saya pun telah mendapat tahu  Kiosk Celcom di Billion Sungai Besar sedang mempromosikan Celcom Broadband. Memandangkan Maxis tiada line saya telah membeli Celcom Broadband dan saya dimaklumkan  bahawa saya boleh mencuba selama 7 hari dari tarikh pembelian dan wang akan dikembalikan.Berkali kali saya bertanya perkara yang sama namun...

Senarai Tema Guru dari Tahun 1972 sehingga 2011

TEMA HARI GURU 1972-2011
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

credit to: http://www.lamanwebinfo.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...