wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, February 26, 2011

Baca sampai habis dulu...

Salam selamat pagi...hari ini mengenai apa yang saya rasa sekarang.. ini adalah kesan yang saya disebabkan tidak membaca sehingga habis,,,
Baru-baru ini saya  telah menukar sport rim saya kepada 16 ' di kedai papan , Jalan Kapar Klang. itu juga disebabkan kerana saya telah salah membeli tayar yang tidak berkualiti. Ini adalah kali pertama saya menukar tayar dan rim kereta. Kalau bab tayar motor memang saya dah expert. Sekarang tayar motor saya pakai jenis Michelin. Dah tentu 3-4 tahun tak tukar. Lagi-lagi bila nanti dah duduk dekat dengan tempat kerja. hehehe

Berbalik saya pada cerita kereta, saya telah membeli tayar Dunlop Made in Malaysia dan Made in Indonesia sebelum ini. Ketika saya menukar sistem eksoz, tauke kedai dapati tayar saya Made in Malaysia telah bengkak tepi. Ia disebabkan oleh saya melanggar lubang besar. Dalam hati memang jalan di kawasan Teluk Intan ke Klang ( Sabak Bernam- Sekinchan) tidak elok begitu juga jalan Kelantan Grik yang saya pergi semasa cuti sekolah Tahun Baru Cina.

Tayar tersebut baru sahaja saya tukar pada bulan 10 tahun lepas, dan sekarang tidak boleh digunakan. Mesti lah rasa terkilan. Jadi saya pun survey di internet dimana kedai yang di rekomen oleh para pengguna internet. Akhirnya saya jumpa juga iaitu di Kedai Papan, Jalan Papan. Saya pun telah tahu mengenai ini sejak dari dulu lagi. Jadi saya cuma baca entri yang ditulis oleh penulis tanpa membaca komen dari pembaca yang lain.

Pada hari Khamis lepas saya telah pergi kesana dan menukar rim saya. Disana saya tidak puas hati sebab tidak mengambil balik tayar yang rosak dan menukar skru chamber.

Semalam saya buka balik website tersebut dan saya baca komen pembaca. Baru saya sedar yang saya memang kena ketuk disana. Itu sebab saya tidak puas hati dengan penukaran skru chamber. Lebih-lebih lagi bila ada pembaca memberitahu yang tayar yang telah rosak pun masih boleh di 'repair'dan digunakan!!! Wah silap lah tak ambil tayar balik.

Dalam kepala terfikir tentu tayar saya telah diproses dan mereka dapat keuntungan dari tayar saya sebab tayar saya masih baru!!!

Jadi moralnya baca sesuatu post itu sehingga habis dan lihat komen-komen ...

p/s: ini cerita tidak ada kena mengena dengan sesiapa dan ini luahan hati saya...

3 comments:

sakura putih said...

kesian2...tak perlah semoga apa yg terjadi itu menjadi pengalaman..

hasmardy said...

ehmm... pengalaman adalah ilmu yang paling bernilai....

raayeop said...

Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website http://mytayar.com

Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...