wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, February 12, 2011

makanan eksotik di Malaysia

Salam..ada apa dengan makanan ini. Ah.. sesiapa yang rajin tengok Jalan Jalan Cari Makan pasti akan pernah tengok Serina ajak makan di Sabak Bernam. Ala yang makan mee banjir, nasi ambeng dan lain -lain lagi la...

Kalau anda melihat episod itu pasti akan tahu mengenai satu restoran di Parit 9 yang terkenal dengan makan eksotik. Dah setahun lebih saya duduk di kawasan ini dan hari ini baru dapat merasa makanan tersebut. Itu pun bila dapat 'angpow' dari Nescafe.. hehehehe terima kasih nescafe chillah gig!

Saya memang berpuas hati dengan restoran tersebut. Pembantu kedai a.k.a waitress amat baik. dan kami sekeluarga amat selesa dengan penerangan yang diberikan.Kami diberi penerangan tentang makanan yang ada disitu iaitu kijang, landak, rusa, udang galah dan lain-lain...

Kami pun memilih untuk merasa kijang dan landak. Kijang buat masak kicap dan landak masak rendang. harganya pula RM10 per 100gm bagi kijang dan RM8.00 per 100gm bagi landak.

bagi yang lauk lain boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan. Isteri saya mengambil ulam satu set, ayam kampung goreng rempah, ikan sepat masak gulai  dan air lah... harga semua adalah RM49.00!!! hehehehe nama pun makanan eksotik.. takkan murahkan... makan itu untuk 2 orang dewasa dan adib... gambar ada di bawah...

suka makan ...

kijang masak kicap

adib yang nak main di tepi sana

landak masak rendang

Gulai ikan sepat

inilah yang kami makan

ulam satu set

Restoran Lembah Bernam

ulam punya pasal.. sanggup pergi pasar malam cari jering.. uuuuuuuuu sedapnyer... wangi bilik air hari ini.. hehehehehe..

sesiapa yang lalu disini jangan lupa singgah.. buka dari jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang.. bila sampai Parit 9 Sekinchan tanya lah orang disitu. kalau tak pasti.. cari SK Parit 9.. dah jumpa terus sampai hujung dan belok kiri. 500 meter sampai la...


sekian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...