Salam ... hari ini dah masuk 2 hari pihak hospital dari Sabak Bernam datang kesekolah untuk pemeriksaan kesihatan dan memberi suntikan vaksin kepada murid-murid tahun 1 dan 6.
Ini adalah kali pertama saya di sekolah tersebut dan seperti tahun sebelum ini, pihak hospital akan menggunakan bilik pemulihan bagi tujuan tersebut.
2 hari ini saya tidak membuka kelas pemulihan! wah! seronoknya! seronok pun saya di tugaskan untuk mengambil alih tugas guru-guru yang tidak hadir. Jadi masa saya terisi juga.
Alhamdulillah bahan saya juga dapat saya buatkan. Harap-harap murid saya akan dapat manfaat dari hasil BBM saya itu.
Selepas pemeriksaan murid saya akan memastikan bilik kelas saya dikuncikan. Jadi saya hairan juga, mengapa akan ada bau ubat seperti bau di hospital. Saya memang suka bau itu... lembut... hehehehe
ok.. sekian cerita saya hari ini.. harap semua sudi membaca
No comments:
Post a Comment