wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, February 16, 2011

GURU YANG PERTAMA…?

Salam semua.. kali ini saya nak post mengenai guru. Ini adalah sebagai salah satu motivasi kepada semua guru di dunia. Ia adalah hasil dari buku Guru Jutawan Akhirat terbitan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor.



Siapa guru pertama? Tentulah Tuhan. Tuhan telah mengajar Nabi Adam a.s tentang segala makhluk iaitu nama bintang, langit, bumi dan setiap perkara. Setelah diajar dengan pelbagai perkara, maka Tuhan memerintahkan para malaikat agar sujud kepadanya, sujud sebagai tanda hormat bukan kerana menyembah. Hanya Allah sahaja yang kita sembah.

Lihatlah betapa agungnya dan mulianya tugas mengajar. Tuhan telah mengajar Adam a.s agar ilmu tersebut dapat menjadikan manusia seorang yang mulia. Kita pula mengajar anak didik kita supaya menjadi manusia yang mulia. Justeru dengan ilmu itu nanti, semua makhluk akan tunduk hormat dan kasih pada manusia yang berilmu.

Ayuh marilah kita menjadi guru yang pertama dalam mengajar, pertama menyentuh hati pelajar, pertama dihati pelajar, pertama menyeru ke arah kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.



GURU BUKANLAH TUHAN TETAPI SEORANG GURU MEWARISI SIFAT-SIFAT TUHAN YANG PEMAAF, PENUNJUK AJAR..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...