Salam semua.. malam ini nak post berkenaan dengan shisha. Wah dulu memang kaki shisha. lagi-lagi kawan yang bukak shisha. Teringat dulu layan shisha dekat restoran Salam GBC. lagi satu di kedai Kak Ani Bercham. dah kawan yang berniaga memang mudah ler nak hisap benda itu.
Namun saya telah mendapat tahu dari sumber yang dipercayai iaitu Berita 8 Malam di TV3 menyatakan bahawa shisha adalah lagi merbahaya daripada rokok sebanyak 400 kali!!! sebabnya adalah perasa tersebut merupakan dari tembakau.
Jika fikir logik memang tembakau ini merbahaya. Shisha ini pula siap ada perisa lagi kan.. strawberry, mint dan macam-macam lagi.
Memang hisap shisha ini tidak ada penapis seperti rokok. Asap yang disedut memang 100% terus masuk ke kerongkong... hehehe nasib baik dah berhenti merokok.
Cerita ini belum habis.. kepada anda semua kalau rajin sila tengok berita di TV3 ek.. esok ada sambungan
No comments:
Post a Comment