Jika dilihat program ini telah dijalankan sejak dulu lagi dan penulis menyatakan bahawa ia cuma di rebranding mengikut zaman.
Penulis menyatakan bahawa senarai nama sekolah tersebut merupakan sekolah yang menghasilkan murid cemerlang kerana hanya murid yang bijak dan berjaya dalam peperiksaan sahaja yang akan memasuki ke sekolah tersebut.
Persoalan timbul adalah bagaimana dengan murid di luar bandar yang jauh dari kemudahan infrastruktur dan murid-murid yang tidak berjaya atau gagal dalam peperiksaan?
Sudah tentu murid-murid ini akan memasuki ke sekolah aliran biasa dan guru sekolah tersebut akan lebih berusaha dan cuba sedaya upaya untuk memajukan murid tersebut. Ini pasti akan memerlukan usaha yang lebih dari guru di sekolah berprestij tinggi.
Penulis juga menyatakan bahawa pengetua atau guru besar tidak berpuas hati dengan pilihan tersebut dan ini adalah satu usaha yang tidak akan berjaya bagi sekolah mereka.
p/s: ini adalah secara ringkas maklumat yang saya baca . kalau silap saya mohon maaf..penulis adalah PIBG Petaling Jaya.
Soalan saya:
Ada benar juga kata-kata penulis tersebut dimana pihak kerajaan tidak boleh mengklasifikasikan semua sekolah dengan satu kaedah atau standard kerana setiap murid-murid adalah berbeza.
Sudah semestinya sekolah berasrama penuh dan sekolah di bandar mempunyai kelebihan berbanding dengan sekolah di luar bandar.
Cadangan saya :
- Pihak Kerajaan harus melihat peratus kenaikan kurikulum dan kokurikulum dengan menetapkan satu tahap peratus yang perlu dicapai.
- Membuat pemeriksaan secara berkala dan 'megejut' keatas sekolah-sekolah yang terpilih.
p/s: ini luahan dan pandangan saya dan juga blogger... tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Jika ianya elok dan baik.. sila guna pakai ek..
No comments:
Post a Comment