Salam... entri kali ini pasal kereta persona. Ini pun tak sangka nak buat. Niat asal hanya nak survey dahulu. Ikutkan minggu ini saya dan keluarga balik kampung. Tapi kita hanya merancang... saya dapat panggilan telefon dan saya perlu hadir kursus pada 7 hingga 10 Disember di Kuala Lumpur.
Chiq dina pun kena g kursus. Pasa hari Rabu lepas di PPD Hulu Langat. Setiap sesuatu ada hikmahnya. Saya memang nak buat sesuatu pada brake Persona sebab keras dan tak cepat respon. Selalu saya terbabas tapi tak langgar. Nak masuk rear disk brake harga RM 1500 belum masuk upah lagi. Jadi survey dalam internet jumpa satu tips dari blog eilarazi.
Tak perlu tukar rear disk dulu.. tukar servo atau pam vakum. Warna hitam dan bulat serta betul2 di hadapan stering di dalam enjin. Bagi Persona standard , servo adalah jenis single. Jadi kita kena tukar jenis double. Nak cari yang sesuai selalunya kereta keluaran Jepun atau Eropah. Untuk Persona , servo Evo la yang terbaik. Jadi dengan nombor telefon yang diberi saya dapat stok servo dari En. Arif dan siap pasang di kedai yang direkemen di Norsam Auto... Seksyen 4 Bangi.
Memandangkan saya dah ada kat kawasab sana , saya pun gamble gak pergi buat. Ye la kita bukan orang situ. Kos nak buat RM 250. Ok la.. dia buat walaupun ada 1 hos tak diganti sebab hos standard. 1st time saya try terus saya complaint kenapa lembut sangat. Rupa2nya memang macam tu sebab dah naik 1 inci. Apabila saya tekan brake memang macam tak tekan walhal dah betul2 brake. Tu pun saya bawa elok elok sebab takut bocor. Servo lama saya bawa balik gak. Kalau tak jadi saya ada lagi servo lama. Alhamdulillah sehingga hari ini semuanya ok.. brake dah pandai control..dan bertambah yakin. Rasa macam bawa kereta evo. Hahaha
Lepas balik saya pergi servis brake. Rasa macam tak pernah servis. Ini pun nak kena tulis apa yang telah diservis. Nanti lupa. Upah dengan minyak brake jenis Bosch berharga RM120.00 termasuk saya tukar hos yang pendek. Servis pada keempat empat brake. Selama ini ingatkan brake depan sahaja... sebab guna disk brake tapi drum brake pun ada guna minyak brake ini.
Pomen pun kata brake Persona memang keras dan selalu dapat complaint dari customer . Dia pun rekemen pakai disk brake belakang baru dapat rasa lagi puas...
Itu sahaja entri kali ini.. jumpa lagi. .. ada bajet kita sarung disk brake belakang... nak 2nd pun ada.. dari mivec harga RM900 termasuk upah.
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Friday, December 06, 2013
Cerita Persona | tips bagi sistem brake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment