wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, January 24, 2012

Raya Cina di Teluk Batik, Perak

Salam dan apa khabar? Harap kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan kecergasan untuk melakukan aktiviti harian. Syukur pada Allah s.w.t dengan izinnya dapat saya menulis pada hari ini. Jam 12.40 tengah hari saya selamat tiba di Sungai Besar, Selangor. Kesesakan pun berlaku di Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang dan di Sabak Bernam. Tapi kesesakan yang tidak teruk. Jalan lain ok aje.

Cuti Raya Cina ini saya dan keluarga saya mengambil kesempatan untuk mengadakan satu 'gathering' di Teluk Batik yang diketuai oleh Abg Zura dan Acu. Walaupun pada awalnya terasa keberatan untuk pergi tapi akhirnya Alhamdulillah selamat. Orang yang pertama sampai adalah Abg Shukri yang datang seawal 8.30 pagi dan dimaklumkan masa itu pun dah ramai yang memenuhi kawasan Teluk Batik.


Saya pula sampai jam 10.00 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai. Boleh dikatakan dalam lingkungan 20 keatas yang hadir termasuk 2 orang dalam perut :) Menu makan pada hari itu .... wah tak tahu nak kata. Macam-macam ada. BBQ ayam dan sosej pun ada. Siput sedut pedas pun ada. Tempe pun ada. Ehmmm... memang makan tak ada masalah. Tetapi apabila makanan bermacam-macam jenis, masalah untuk memilih pula. Satu yang pasti rindu sambal kelapa tempoyak opah.:) tempe Encik pun saya suka, telur sambal dah memang kegememaran.ehmmm bila tak ada baru teringat semua itu.

Aktiviti yang kami buat, mandi, main pasir dan naik banana boat!!!! Kaki yang mula ajak main adalah sarah! Yang tak boleh tahan, abg shukri naik 3 kali. Bila ditanya dia kata murah berbanding dengan Langkawi dimana sekali naik RM60 tetapi di Teluk Batik seorang hanya RM5.

Kami pulang jam 4.30 dan selepas itu kami membawa haluan masing-masing. Sempat juga saya pergi ke Marina Island dan disitu umpama satu pekan kecil yang amat cantik. Disitu juga kita boleh menaiki feri untuk ke Pangkor dengan hanya 10 minit sahaja cuma saya tidak pasti berapa bayarannya..ok jom tengok aksi-aksi yang sempat dirakam


p/s: Jangan lupa pakai sunblock jika bercadang untuk lepak dipantai, Habis kulit rasa terbakar...

chef tetap BBQ


Macam-macam lauk ada yang dibawa oleh keluarga masing-masing



Cicit Opah Yam
Abg Zura mengeksplotasikan budak-budak

group pertama yang naik banana boat

aksi yang sempat dirakamkan ketika jatuh dari banana boat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...