Inilah alahan terbaru yang diterima. sejak 2 3 hari ini tak boleh tidur dengan lena. Sebelum datang masalah tidur, saya selalu sakit perut. Baca disini. Apabila perut dah ok, masalah tidur pula yang menjelma.
Masa sakit perut, jam 9.00 malam dah tidur. Sekarang jam dah pukul 1.00 pagi tak leh nak tidur. Dah cuba baca buku pun masih lagi tak leh nak tidur. Ditambah pula dengan ber internet, lagi lambatlah tidur.
Apabila nak tidur, tak boleh nak selari dengan anak-anak dan ibu. Mesti tidur dalam arah yang lain. 2 hari saya perasan, asal nak tidur jam 10.30, saya pasti kena berubah pelbagai arah, dan bila pejam mata, otak berfikir dan teringat kisah-kisah lama.
Mengenai mimpi lagi best, dah 2 hari mimpi ular. Yang bunuh ular isteri. Semalam mimpi ulat tedung, kelmarin mimpi ular sawa. hehehehe Isteri kata kalau perempuan mimpi ular, ada orang nak masuk meminang.
Apa-apa pun itu semua mainan syaitan. Harap sangat agar semua berjalan lancar dan selamat. :) Amin