Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Saturday, January 28, 2012
Penat suri rumah
Penat betul hari ini. Semua perkara nak kena buat. Dari awal pagi sehingga lepas solat Jumaat. Asyik buat kerja sahaja. Nasib baik hari ini masih lagi cuti Tahun Baru Cina. Kenapa penat? Kalau nak tahu klik disini.
Awal pagi dah perlu hantar Adib ke sekolah. Tak sempat dia nak makan dirumah. Nasib baik mood Adib pun baik. Nak juga pergi kesekolah.
Balik sekolah pergi pasar, beli barang dapur, dan beli makan pagi. Siap makan pagi pergi sidai kain dan bawa Amni ronda-ronda. Sepatutnya saya buat semalam, tapi hari ini baru saya buat. Keluarkan duit ASB.
Alhamdulillah dapat juga saya masukkan saham di Bank Rakyat dan bagi Amanah Saham Bank Islam saya tidak masukkan hari ini kerana tidak sesuai. Terima kasih kepada Ashraff atas penerangan mengenai pelaburan ASBi.
Tengok jam dah 11.30, terus balik rumah dan bersiap-siap untuk ambil Adib. Selesai ambil Adib terus beli makanan tengahari dan beli keperluan anak-anak. Nak jadi cerita Adib pula buat perangai meragamnya. Ehmmm memang saya tak sabar. Balik rumah kena marahla...
Lepas solat Jumaat baru dapat rehat dan tidur. Ini pun nasib baik mak mertua datang, dapatlah tolong tengok anak dan cucunya. Menyapu dan membasuh pinggan habis saya buat.Kain pun dah saya basuhkan dengan washing machine :) Isteri pun dah bertambah sihat dan hanya keluar darah sikit-sikit. :) Yang penting ibu dan anak selamat.
Itu yang dapat menaip malam ini. Tapi mungkin minggu ini sahaja sebab broadband akan tamat minggu depan :) Jadi bukan mudah menjadi suri rumah. Banyak perkara nak buat dari buat kerja di pejabat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya....Badan pun dah penat, mata pun dah layu.. selamat malam semua.