Salam dan selamat pagi semua. Alhamdulillah dikesempatan cuti Tahun Baru Cina dapat juga saya menghantar Adib ke sekolah. Nanti nak kena beli cermin pandang belakang motor juga sebab masa hantar ada pula polis trafik yang jaga lalu lintas. Kadangkala hairan juga sebab side mirror motor saya dah beli kali kedua dan semuanya hilang disebelah kanan.
So nak cerita la aktiviti pagi tadi. Adib dengan semangat dan tak nangis bangun pagi dengan sendiri dan seperti biasa saya yang mandikan. Selepas mandi dengan sendiri dia yang memakai baju t shirt sekolah. Senang cerita semua dia buat sendiri. Sedikit pun tak nangis atau buat muka tak nak pergi sekolah.
Namun selepas sampai ke sekolah dah nampak tanda-tanda nak menangis. Nasib baik yang hantarnya baba, kalau ibu rasa-rasa pasti dah nangis. Dengan baba kena marah lagi adalah. hehehe..Masa berjalan pun dah terasa dia pegang tangan dengan kuat. Sampai sahaja dalam kawasan kelas, seorang perempuan bernama sara menyambut kedatangan Adib. Ehmmm bertambah erat lagi dia pegang tangan. Diam sahaja Adib, terpaksa baba yang bertanya soalan dengan Sara.
Masa di rak kasut, saja saya bertanyakan dimana nak letak kasut Adib dan Alhamdulillah dia kenal dan tahu di mana tempat letak kasutnya. Bagus cikgu pra, setiap rak kasut disediakan nama murid-muridnya. Masa ini Adib masih tak lepaskan tangannya sehingga cikgunya datang dan bawa dia masuk ke kelas.
Lepas itu saya tak balik, tetapi saya tunggu di kantin dan melihat gelagat aksi murid-murid pra sekolah. Macam-macam ada, pasti anda akan gelak sorang-sorang melihat gelagat murid-murid ini. Ada seorang ibu memujuk anaknya dengan menjanjikan esok akan cuti. Biasalah apabila dah lama bercuti pasti berat nak ke sekolahkan.
Ada juga yang dah masuk kelas dan ibunya dah nak balik tiba-tiba menjerit menangis. Namun alah bisa tegal biasa, cikgu terus ambil masuk dalam kelas. Muka tak mandi pun ada juga :)
Jadi kesimpulan anak baba dah ok dan boleh dikatakan dah bertambah baik. Nanti baba beli pedang star trek ek :)
jom g sekolah! |