gambar hiasan |
Semalam jam 10.00 malam sebelum nak masuk tidur, isteri saya chiq dina tiba-tiba bagitahu bahawa dia mengalami pendarahan. Banyak pula darahnya. Sekarang isteri sedang mengandung anak ketiga dan telah memasuki 10 minggu.
Mula-mula ingatkan nak pergi esok sahaja tetapi memandangkan darah yang keluar makin banyak kami buat keputusan untuk pergi ke Hosptial Sabak Bernam. Kami sampai lebih kurang jam 10.30 malam. Nak dijadikan memang ramai orang hari itu. Tapi bukan sakit, cuma menunggu ahli keluarga yang berada dalam wad kecemasan. Chiq dina pun sama, selepas ambil tekanan darah, perlu masuk dalam bilik kecemasan dan terus kena masuk air. (diceritakan oleh chiq dina).
Saya pula kena jaga sepasang cahaya mata, Adib dan Amni. Masa mula-mula semua berjalan lancar. adib pun dah pandai bawa diri. Amni dah memang macam tomboy. Lari sana-lari sini, buka almari akuarium, main pintu automatik.Nak marah dah tak boleh. Lagi marah lagi dia buat. Dah cubit dan pukul punggung pun tak serik-serik. Ikut perangai ibu la tu...
Dalam masa yang sama chiq dina ada menghantar pesanan ringkas. Katanya tak tahan kencing. Saya pun balas suruh bagi tahu kat pegawai bertugas. Apabila dah rasa lama, saya pun masuk dalam dan dina masih belum lagi pergi tandas. Jadi saya pun memaklumkan kepada pegawai bertugas dan pegawai itu pun buat seperti yang sepatutnya. Tapi lepas itu dia biarkan dina duduk situ. Saya pun suruh dia bawa bekas air dan pergi tandas. Tak lama kemudian datang nurse india tanya mana dina. Lepas itu saya pun bagitahu dina dalam tandas sebab dah lama tunggu.
Dari situ saya dah nak panas. Dah la kena jaga 2 budak, lepas itu nak tinggikan suara. Yang kau berjalan-jalan ke depan siapa suruh. So terpaksa dina dibaringkan dan dimasukkan air sehingga dina nak terkencing balik.
Jam dah nak hampir pukul 12.00 pagi. Amni dah mula meragam dan Adib dah mula mengantuk. Baru dina dah rasa nak terkencing. Kali ini saya panggil lagi sekali dan seperti biasa kakitangan Hospital Sabak Bernam buat kerja sambil berlenggang lengang... Dalam kepala nyanyi lagu lenggang kangkung kot. sekarang dina perlu dibawa ke doktor yang bertugas untuk pemeriksaan perut. Jadi saya pun kena tunggu lagi.
Dah selesai pemeriksaan, kami pun nak balik. Jadi sebagai suami yang mithali, saya bertanyakan kepada MA bila darah akan berhenti dan dengan selamba jawabnya bila apa doktor kata? ehmmm sikap manusia kot.. Lepas itu baru bagitahu bergantung kepada keadaan. Ada yang cepat dan ada yang lambat.
Jam pukul 1.00 pagi, dalam perjalanan dina cerita yang nurse itu boleh tinggalkan dia begitu sahaja dan pergi berborak dengan rakan-rakannya. Dah tunggu lama baru dia pergi ke dina dan dia ingatkan dina dah balik sendiri. (Malas nak kata dah). So dari pemeriksaan bayi sedang bergerak dengan cergas dan degupan jantung pun kedengaran.. Harap semua akan selamat.Amin
p/s: Adik jangan nakal macam amni tau..penat baba nanti