Salam. apa khabar semua? sihat? Ini gara-gara lipan dalam bilik yang buat terjaga dan tak boleh nak lelap. Nasib baik isteri tak tidur lagi. Dalam minda dah gelap je. Tertiba dengar lipan terus terjaga.
Ini petua dari Pak Long Sidek. Umur 80 keatas. katanya kalau jumpa lipan ketuk kepalanya. Memang betul, sebab kalau pukul seperti biasa takkan mati. Tapi kalau kita tuju ke kepalanya, InsyaAllah terus mati. Jangan lupa pula dah mati buang kat luar ek.
Berbalik ke tajuk saya, pada 24 September 2011 saya telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur dibawah kelolaan Kelab Displin dan B&K. Murid-murid yang terpilih adalah dari pengawas dan dari keluarga miskin.Kami bertolak dari sekolah pada jam 7.00 pagi dan terus ke kilang roti Hi 5 iaitu dibawah SILVERBIRD. Terlupa nak cerita, kami pergi dengan menaik 2 buah bas dan dibawah agensi pelancongan double dolphin dari Seri Kembangan. ( kalau tak silap namanya). Dikilang itu murid-murid dibawa ke tayangan sejarah roti dan melawat kilang roti tersebut. Memang cantik sebab kami dibawa ke zaman dahulu sehingga akan datang. Dalam kilang itu ada bilik pameran roti. Disini kami dapat membeli roti dengan harga diskaun serta mendapat hadiah cenderahati dari pihak Hi5.
Seterusnya kami pergi ke Serdang untuk melawat kilang coklat Berly. Namanya pun coklat dah tentu mahal barangnyakan. Disini saya saya membeli coklat seakan-akan telur burung puyuh. Kilang ini juga ada menunjukkan tayangan bagaimana coklat dihasilkan dan sejarahnya.
Setelah selesai kami menjamu selera di McD. Memang terbaik layanan yang diberikan oleh agensi ini. Tak rugi jika kita membuat lawatan menggunakan perkhidmatan mereka. Kemudian kami pergi melawat muzium tentera dan Muzium Negara. Nak tengok aktiviti di muzium? Dibawah nanti saya akan muat turunkan gambar ek.
Sebelum pulang kami melawat rumah Tunas Harapan di Kuala Selangor dan seterusnya menjamu makan malam. Bagi umat Islam kami mendapatkan makanan di kedai mamak (tapau). Kami selamat pulang pada jam 9.30 malam. Terima kasih semua yang terlibat. Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai aktiviti rombongan di sekolah.