Disini ada 3 atau 2 orang yang mengalami masalah mental merayau-rayau di pekan Sungai Besar sambil meminta sedekah. Namun dari pemerhatian saya secara kasar, orang-orang disini kenal mereka sebab kadangkala pasti ada yang menegur mereka.
Nak dijadikan cerita, semalam saya dan keluarga menjamu selera di KFC atas jemputan Adina. Maklumlah gaji lambat lagi. Setelah selesai makan, kami pun nak balik lah dan seperti biasa pasti akan ada orang dari luar yang membukakan pintu.
Orang ini seperti yang saya katakan tadi adalah salah seorang yang mempunyai masalah mental. Dia tak menganggu orang cuma suka menegur orang. Percakapan dia pun sederhana sahaja dan saya boleh faham.
Yang membuat saya tak tahan nak gelak apabila dia menyanyikan lagu ' baju merah... Cik Noni.. I love You.!!'. Kalau anda dengar mesti anda rasa nak tergelak. Jadi saya ingatkan dia hanya suka-suka cakap seperti itu.
Saya sahaja perhatikan gelagatnya sementara anak saya main permainan pikacu dan kereta rm0.50. Tak lama kemudian seorang pekerja KFC berbaju merah keluar dari kedai dan saya nampak dia sangat suka dan masih terus menyanyikan lagu itu.
Pekerja perempuan itu pun marah-marah sayang lagi. Sekali itu dia pukul-pukul manja pada lelaki mental dan anda tahu apa yang berlaku? Lelaki itu suka sangat!!!! macam cerita kat tv tahun 1980an je... memang suka habis bila awek dia pukul manja kat dia.. hehehehehe
Kesimpulannya walaupun ada manusia yang tidak sempurna mentalnya namun masih ada perasaan dan kasih pada yang lain. Umpama dalam hati ada taman... :)
Inilah permainan rm0.50 |