Salam semua.... Hari ini masuk hari ke-2 murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR. Semoga murid-murid tenang dan yakin menjawab soalan yang diberikan.
Semalam telah diadakan pertandingan mewarna di sekolah saya. Ini adalah untuk murid tahun 1-5 sahaja. Tema adalah Hari Merdeka. Murid-murid diminta untuk mewarnakan gambar tersebut serta menggunakan kekreatifan untuk mencantikkan lukisan tersebut.
Guru-guru Pendidikan seni akan diminta untuk menilai hasil kerja murid-murid tersebut. Disini saya sertakan beberapa keping gambar dari kelas 3J.