wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, September 10, 2011

Kenangan Suasana di Hari Raya 2011

Salam !!!! selamat hari raya.. apa mood anda? mestilah mood berhari raya. betul tak? Apa cerita nak cerita mengenai hari raya saya? jom baca..


Tahun ini saya beraya di rumah saya di Ipoh Perak. Seronok  betul.. tapi bukan saya , adib dan amni yang paling seronok. Masa ini teringat zaman kanak-kanak. Cepat betul masa berlalu dan sekarang giliran saya pula untuk memberi duit raya. Seperti biasa, sehari sebelum berhari raya, keluarga mak akan mengadakan kenduri keluarga. Kami semua akan berkumpul di rumah opah dan berbuka bersama-sama. Namun suasana kali ini tidak berapa meriah kerana tak ramai cucu dan anak opah yang balik. Biasalah semua orang ada komitmen masing-masing dengan keluarga sendiri.

Di Ipoh kami sekeluarga tak pergi mana-mana pun sebab semua tumpu kat rumah opah.  Malam itu kami adakan jamuan harijadi dan rumah terbuka . Ini adalah harijadi adib yang ke-3 di sponsor oleh opahnya :) Kenangan yang tak boleh dilupakan pada malam itu adalah kami kena 'sound' dengan pakcik satu baris rumah sebab main bunga api pada pukul 10.00 malam. hahahaha tak apa lah pakcik, suka hati pakcik lah nak cakap apa.

Tapi di rumah mak mertua banyak berjalan. Mula-mula kami pergi rumah saudara di Kuala Kangsar, keesokkannya ke Taiping dan lusanya kami pergi ke rumah saudara saya dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Ingatkan dah masuk raya ke-4 dah tak ada yang datang rumah tapi kami terima kunjungan dari Kelantan dan kawan lama 'Adi'  iaitu Nini dari Kedah. Nasib baik mak dah buatkan bihun goreng jadi ada rezeki untuk tetamu kami. Ini saya sajikan beberapa kenangan untuk tontonan pengunjung blog dqimie...


diamond umbrella opah

ketika hari jadi ke 3 tahun...

suka dengan cermin mata abangnya
gambar bunga api yang tak jadi

no komen... hehehehe

bersama keluarga di Ipoh

di Kuala Kangsar

bersama keluarga di Kuala Kangsar

jamuan di rumah opah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...