Salam.. ini saya nak promote hasil kerja isteri saya... sesiapa yang nak order boleh bagi tahu. atau nak tengok yang lain kllik disini.
Ini adalah hasil kerja terbarunya..
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
Baca sampai habis dulu...
Salam selamat pagi...hari ini mengenai apa yang saya rasa sekarang.. ini adalah kesan yang saya disebabkan tidak membaca sehingga habis,,,
Penempatan PPPS: Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Program Pelajar Cemerlang (PPC)
Salam semua .. ini ada maklumat yang saya ingin kongsikan kepada yang berkenaan...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan maklumat Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Program Pelajar Cemerlang (PPC), Sekolah Menengah.
Semakan boleh dibuat di laman Aplikasi Semakan Penempatan PPPS Program Pelajar Cemerlang mulai hari ini, 25 Februari 2011 hingga 19 Mac 2011.
Calon-calon yang membuat semakan diminta oleh KPM untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan anda.

Cara Membuat Semakan
1. Secara online di Aplikasi Semakan Penempatan PPPS
Calon hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan
2. Semakan menggunakan SMS
Semakan boleh dibuat dengan menaip MOE GSST KP dan hantar ke 15888.
Contoh: MOE GSST 710202025356
NOTA: Maklumat diperolehi dari laman web rasmi KPM
p/s: sumber dari Lamanwabinfo.com
p/s: sumber dari Lamanwabinfo.com
Tuesday, February 22, 2011
Aduan mengenai ganjaran Sekolah Berprestij Tinggi
Salam ini adalah info yang saya baca dalam ruangan aduan di suratkhabar The Star pada hari Isnin 21 Februari 2011. Ia lebih kepada ketidakpuasan hati mengenai sekolah-sekolah tersebut.
pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin
Salam ... hari ini dah masuk 2 hari pihak hospital dari Sabak Bernam datang kesekolah untuk pemeriksaan kesihatan dan memberi suntikan vaksin kepada murid-murid tahun 1 dan 6.
Ini adalah kali pertama saya di sekolah tersebut dan seperti tahun sebelum ini, pihak hospital akan menggunakan bilik pemulihan bagi tujuan tersebut.
2 hari ini saya tidak membuka kelas pemulihan! wah! seronoknya! seronok pun saya di tugaskan untuk mengambil alih tugas guru-guru yang tidak hadir. Jadi masa saya terisi juga.
Alhamdulillah bahan saya juga dapat saya buatkan. Harap-harap murid saya akan dapat manfaat dari hasil BBM saya itu.
Selepas pemeriksaan murid saya akan memastikan bilik kelas saya dikuncikan. Jadi saya hairan juga, mengapa akan ada bau ubat seperti bau di hospital. Saya memang suka bau itu... lembut... hehehehe
ok.. sekian cerita saya hari ini.. harap semua sudi membaca

Cara membina auto hide shoutbox
Sunday, February 20, 2011
bahan BBM KV
salam semua.. hari ini saya nak berceloteh mengenai bahan BBM KV sayaDari semalam saya membuatnya dan hari ini baru dapat hasilnya... bukan senang nak buat rupanya...saya dapat ilham ini dari kelas sinar bestari. harapana agar ini dapat membantu murid-murid saya...
bentuknya tak berapa cantik. InsyaAllah akan diperbaiki lagi...
bentuknya tak berapa cantik. InsyaAllah akan diperbaiki lagi...
doa mohon dihindarkan daripada fitnah dan diselamatkan daripada tipu daya orang kafir.
"Kepada Allahlah kami bertawakal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada (tipu daya) orang-orang kafir."
(Surah Yunus ayat 85-86)
(Surah Yunus ayat 85-86)
Friday, February 18, 2011
doa mohon agar diri dan keturunan dijadikan orang yang tetap mendirikan solat
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
(Surah Ibrahim ayat 40)
(Surah Ibrahim ayat 40)
doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan
"(Ingatlah) tatkala pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: " Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini." ( Surah al Kahfi ayat 10)
doa mohon keampunan untuk diri, ibu bapa dan orang-orang beriman pada hari kiamat
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hari hisab (hari kiamat)." (Surah Ibrahim ayat 41)
air yang paling teruk pernah lihat...
Salam... ah... kali ini adalah luahan rasa hati.. ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang diberi...
Thursday, February 17, 2011
Makan besar di Restoran Chong Tai...
Salam.. apa cerita saya makan besar nie... ini adalah jamuan sambutan Tahun BAru Cina dan sambutan guru baru.. ehemmmm di sekolah saya.
menggong betul ko nie...
hahahaha.. tajuk yang kasi panas.. memang tengah panas baran nie... nie semua mamat C la.. saya dah siap bahan nak bagi pada murid esok.... dari semalam dia buat hal ngan saya.. panas betul... macam mana nak bagi esok nie. Nak kena datang sekolah awal-awal ke.. kelas dah ler pukul 7.30...
Wednesday, February 16, 2011
GURU YANG PERTAMA…?
Salam semua.. kali ini saya nak post mengenai guru. Ini adalah sebagai salah satu motivasi kepada semua guru di dunia. Ia adalah hasil dari buku Guru Jutawan Akhirat terbitan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor.
Siapa guru pertama? Tentulah Tuhan. Tuhan telah mengajar Nabi Adam a.s tentang segala makhluk iaitu nama bintang, langit, bumi dan setiap perkara. Setelah diajar dengan pelbagai perkara, maka Tuhan memerintahkan para malaikat agar sujud kepadanya, sujud sebagai tanda hormat bukan kerana menyembah. Hanya Allah sahaja yang kita sembah.
Lihatlah betapa agungnya dan mulianya tugas mengajar. Tuhan telah mengajar Adam a.s agar ilmu tersebut dapat menjadikan manusia seorang yang mulia. Kita pula mengajar anak didik kita supaya menjadi manusia yang mulia. Justeru dengan ilmu itu nanti, semua makhluk akan tunduk hormat dan kasih pada manusia yang berilmu.
Ayuh marilah kita menjadi guru yang pertama dalam mengajar, pertama menyentuh hati pelajar, pertama dihati pelajar, pertama menyeru ke arah kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.
GURU BUKANLAH TUHAN TETAPI SEORANG GURU MEWARISI SIFAT-SIFAT TUHAN YANG PEMAAF, PENUNJUK AJAR..

Sunday, February 13, 2011
Mentor 5 suka mentor Afdlin Shauki
Salam.. baru lepas tengok mentor 5. Bermula hari ini jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Hari ini Mentor siarkan rakaman di Sabah dan Sarawak serta mentor Era Fazira, Afdlin Shauki. Memang best.. sebab sini lah kita akan dapat melihat gelagat manusia.
autoshow @ ipoh
Pada minggu lepas telah diiadakan autoshow di Dataran Ipoh.. terdapat pelbagai acara yang dianjurkan seperti pertanddingan kereta tercantik, motorsikal lama dan baru dan sprint test..
Saturday, February 12, 2011
makanan eksotik di Malaysia
Salam..ada apa dengan makanan ini. Ah.. sesiapa yang rajin tengok Jalan Jalan Cari Makan pasti akan pernah tengok Serina ajak makan di Sabak Bernam. Ala yang makan mee banjir, nasi ambeng dan lain -lain lagi la...
shisha 400 kali lagi bahaya
Salam semua.. malam ini nak post berkenaan dengan shisha. Wah dulu memang kaki shisha. lagi-lagi kawan yang bukak shisha. Teringat dulu layan shisha dekat restoran Salam GBC. lagi satu di kedai Kak Ani Bercham. dah kawan yang berniaga memang mudah ler nak hisap benda itu.
Cuti-cuti Teluk Batik
Salam... hari ini saya nak tulis mengenai percutian a.k.a balik kampung pada Hari Raya Cina. memandangkan saya pun cuti seminggu jadi saya plan balik hari Sabtu. Pagi pagi kami dah gerak...sebab dah merancang untuk mandi di Teluk Batik!
Hosni Mubarak Presiden Mesir letak jawatan
snow wash BAHAYA
from mr goggle |
Friday, February 11, 2011
doa mohon kasih sayang untuk kedua ibu bapa #3
" dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: " wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
Surah al- Isra' ayat 24
Surah al- Isra' ayat 24
doa supaya tidak berputus asa #2
"Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalm berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku"
surah Maryam ayat 4
surah Maryam ayat 4
doa mohon dilancarkan lisan dalam berbicara
Salam.. ini adalah koleksi doa-doa yang saya ambil dari Harian Metro.... ada banyak doa-doa yang diberi.. jadi ini doa yang pertama k... semoga kita dapat mengamalkannya dan menjadi amalan seharian.Amin
' Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku'
' Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku'
Murid cina pandai matematik
Salam... tetiba baru teringat nak cerita mengenai kes ini... dalam kelas saya ada seorang murid cina yang bila bagi sahaja set soalan matematik dengan mudah dapat menjawab semua soalan dengan cepat. persoalannya?
Thursday, February 10, 2011
Selamat Malam aka Faizal Tahir
Wah... salam semua... hari ini tak berapa sihat. baru susun dokumen untuk PTPTN. jadi sebelum tidur... akan saya dendangkan lagu selamat malam dari Faizal Tahir..
Wednesday, February 09, 2011
Jalan jalan cari awek Pasir Mas Kelantan
Salam... hari ini nak buat post pasal cuti Raya Cina. Jadi atas permintaan ibunda, dan di sponsor oleh ibunda :) (maaflah pulus untuk lepas kat keluarga sahaja) kami pergi ke Kelantan untuk melihat opah :) elok pula tue.. cerita dalam suratkhabar pasal awek pasir mas... apa lagi... kami pun pergi la... nak juga tengok awek pasir mas yang comel-comel dalam apa yang diceritakan dalam suratkhabar.
Tuesday, February 08, 2011
dapat ANG POW
Salam... Alhamdulillah.. akhirnya yang ditunggu tunggu dapat juga.. (macam tahu2 jer tengah sesak kan)
1 cek dari nescafe chillah contest... dan 1 lagi cek dari syarikat insuran.. sebab dah jual kereta lama... :) inilah yang dapat.. syukur pada Allah..
1 cek dari nescafe chillah contest... dan 1 lagi cek dari syarikat insuran.. sebab dah jual kereta lama... :) inilah yang dapat.. syukur pada Allah..
Kawasaki er6n
Salam.. ini nak cerita pasal makan makan di rumah opah... Alhamdulillah semua berjalan lancar.. ada nasi goreng, bihun goreng, salad.. ayam bakar, daging bakar dan macam-macam lagi.. tapi yang buat saya sanggup tunggu bila sedara saya dari KL akan datang dengan motor idaman saya! sanggup saya tunggu hingga pukul 10.00 malam semata-mata nak lihat didepan mata!!!
GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Di mana mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(USMAN AWANG)

Mister Linky hilang
Salam.. aduhai konon nak buat tutorial bagaimana nak buat tutorial blog walk menggunakan mister linky... tapi bila dah buat contoh.. dalam blog tak boleh nk baca pula.. terpaksa buat yang baru... sorry kenkawan yang sebelum ini k... hope lepas ni tak akan jadi lagi
Friday, February 04, 2011
Cara untuk tambah traffic blog
Salam.. ini tutorial bagaimana nak buat orang yang datang blog dan senang jer tulis link diaorang kat blog kita. Saya pun tak terfikir nak buat tutorial ini. ini semua atas permintaan seorang blogger yang singgah di blog saya. sorry.. saya dah lupa siapa dia..:(
Cara-cara nak buat:
1. masuk laman web ini. http://www.blenza.com/linkies/
2. Register ek... bagi yang dah ada log in plak ek
3. lihat menu bar dan klik pada wizard..
4. ikut step ok..
pertama pilih server blogger
kedua pilih widget. ambil Original Auto Linkies
ketiga generate code... copy code tersebut.
5.dah siap semua itu..
6. Masuk design > add a gadget > html
7. Paste dan save.. selesai....
:)

Subscribe to:
Posts (Atom)