wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, November 24, 2012

Penat seorang ibu dan bapa yang ditinggalkan

Salam semua. Lama dah tak online. Semua ini gara gara selepas Chiq Dina mendapat kerja tetap setelah hampir 3 tahun menjadi surirumah. 19hb November Chiq Dina perlu menghadiri kursus di Hotel Sri Petaling. Dari awal pagi kami bergerak ke KL dari Ipoh. Bukan apa, senang jalan, jika dari Sg. Besar pasti lambat sebab ramai orang pergi bekerja :)



Selepas hantar,bermula tugas sebagai ibu dan bapa kepada anak anak. Alhamdulillah Adib dah biasa kecuali Amni. Asyik meragam sahaja dan merap. Tambahan lagi Amni demam. Ibu pula tak ada, lagi kuat menangis.

Pelik saya kalau orang kata jangan tengking atau marah anak. Saya dah sampai tahap stress kalau cakap baik dan elok tak dengar. Apabila dah marah dan tengking, baru nak buat kerja dan dengar arahan serta pertolongan yang diminta.

Pandangan saya, ibu bapa yang mencorakkan anak. Saya taknak anak saya menjadi orang yang tidak mengenang budi. Jadi biar saya ajar dan didik dengan cara saya. Cuma harap satu jangan panas baran macam saya ;)

Hari kedua Amni dah meragam teruk sampaikan pintu kereta rosak kerana melayan Amni. Tak pasal pasal ibu pun kena tempiasnya..hehehehehe sorry... Hari Rabu baru dapat ambil ibu dan baru lega hati saya. Kalau tak susah tengok Amni yang asyik menangis, tak nak makan dan merengek....

Jadi, biasakan anak anak untuk ditinggalkan bagi yang mempunyai isteri surirumah. Jika rezeki isteri dapat kerja, merasalah anda.... apa yang saya rasa....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...