Setelah berbincang dengan Chiq Dina mengenai jalur lebar, kami memilih YES sebagai laluan internet kami. Sebelum ini memang kami dah guna YES dengan GO dongle. Massa itu amat mengecewakan kerana hanya ada satu bar sahaja.
Selepas itu kami merancang nak guna Unifi tapi persoalannya, ada ke kat area rumah kami? Lagi pun ini rumah sewa, kalau pindah dah menambah kos plak.
Akhirnya kami ambil pekej RM 68.00 sebulan dengan huddle percuma berserta kontrak 2 tahun. Walaupun rasa berat, namun inilah internet paling ok di sini. Nak tak nak ambil sahaja. Hehehehe
Walaupun dengan GO hanya satu bar, tetapi dengan huddle, saya dapati coverage memuaskan. Harap ia akan berterusan begini dan sentiasa di pertingkatkan servisnya.
No comments:
Post a Comment