Hari ini kami bawa mak pergi imigresen untuk membuat pasport kerana mak plan nak pergi menunaikan umrah tahun hadapan.
Nombor mak 2494 dan nombor sekarang 2344. Ada lagi 100 lebih baru giliran mak. Nak pergi makan pun risau terlepas. Jadi kami buat keputusan untuk tunggu disini sahaja.
Tergerak hati nak tengok piagam pelanggan dan tertera untuk permohonan baru pasport adalah 2 jam.
Pernah tak korang ambil berat tentang perkara ini? Ya setiap organisasi perlu memaparkan piagam pelanggan dan setakat ini saya masih kurang yakin dengan piagam pelanggan di hospital.
Banyak kali dah terkena , walaupun dah tahu ramai orang, kaunter tetap hanya satu atau dua dan tiada pegawai yang bertanggungjawab membetulkan keadaan.
Hari ini saya di Jabatan Imigresen dan saya nak lihat sama ada matlamat piagam pelanggan tercapai atau tidak.
Keputusan : kecewa. 2 jam masih belum dilayan
Punca: waktu rehat. Hanya 2 kaunter dibuka.
Berdasarkan carta organisasi ada 10 orang pegawai permohonan .
1 comment:
Sgt setuju ;)
Post a Comment