Kereta persona dah masuk 5 tahun. Rasa bawa pun dah kurang. Mula-mula plan nak tukar kereta baru sahaja tetapi memikirkan hutang yang akan datang, saya dan chiq Dina membatalkan hasrat tersebut.
Alhamdulillah chiq Dina dah dapat kerja. Jadi ada la buat pinjaman baru untuk membaik pulih dan menyelesaikan beberapa masalah lain.
Jadi saya cadangkan tukar clutch plate sebab kereta dah rasa berat nak pergi. Memandangkan kereta hanya ada pada hari ahad (sebab chiq dina bawa kereta) jadi saya pun dah confirm dengan kedai kereta E Max untuk ambil barang-barang yang diperlukan dan kerja pertukaran akan dilakukan di bengkel adiknya iaitu VT , satu baris dengan Pejabat Pos.
Hampir 5 jam juga saya tunggu dan memang susah nak buat. Dah la hari itu hanya ada 4 orang pekerja sahaja. Jom lihat gambar
|
bahagian yang akan dibuka |
|
setelah dibuka... nampak tak sebelah kiri, itulah bahagian clutch plate |
|
|
inilah yang besar.... bukan clutch plate tapi mangkuknya |
|
|
|
ambil yang asal sahaja... |
|
|
Keputusannya.... clutch dah pendek. Senang nak masuk gear. Kereta pun dah sedap bawa. Best!
No comments:
Post a Comment