wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, November 30, 2012

DIY cuci blower aircond Proton Persona

Salam...

Hari itu saya mencari cari dan membaca komen komen kawan tentang absober sebab plan nak tukar. Jadi secara tidak sengaja terjumpa satu blog member PPEOC dari Penang yang menerangkan cara-cara mencuci blower aircond.

Tahu tak apa itu blower? Kalau tak salah saya ia adalah seperti kipas yang menyalurkan udara sejuk ke dalam kereta. Jadi ia mesti berada sebelum penapis aircond .

Sebelum ini saya hanya mencuci penapis sahaja. Jadi ini adalah kali pertama perkara yang saya tahu dan teruja nak buat. Petang semalam saya dah cuba dan Alhamdulillah... Berjaya.

Memang kotor sangat. Kalau anda hantar servis kat Proton, mereka akan mencuci setiap 40-50K km dan harga cuci RM 50-70.00 SAHAJA. Jadi memandangkan saya dah tak servis ke Proton, buat sendiri sahaja.

Jenuh nak cuci sebab dah melekat kuat habuknya. Ini sahaja gambar yang sempat saya rakam.

Jika anda nak tahu cara mencuci boleh ke laman blog ini

www.faieelegance.blogspot.com






Tuesday, November 27, 2012

Ayam percik KFC

Cerita kali ini cerita dah basi. Ini kes minggu lepas selepas menjadi Mr. mama. Apa yang diingini Adib dan Amni akan ditunaikan asal jangan meragam.

Khamis lepas selepas menghantar ibu, kami makan KFC dan ada menu baru iaitu ayam percik dan teriyaki. Ayam percik memang menu kegemaran, terus saya ambil menu tersebut.

besarnya clutch plate persona

Kereta persona dah masuk 5 tahun. Rasa bawa pun dah kurang. Mula-mula plan nak tukar kereta baru sahaja tetapi memikirkan hutang yang akan datang, saya dan chiq Dina membatalkan hasrat tersebut.

Alhamdulillah chiq Dina dah dapat kerja. Jadi ada la buat pinjaman baru untuk membaik pulih dan menyelesaikan beberapa masalah lain.

Monday, November 26, 2012

Jenuh buang gambar

Kadang kala sesuatu yang mudah akan membawa kepada kepayahan. Teknologi canggih macam mana pun, tidak dapat mengalahkan akal fikiran manusia. Sesungguhnya Allah telah mencipta sebaik baik untuk kita dan semoga kita menggunakannya ke jalan yang diredhaiNya.

Intro tadi tadi tidak ada kena mengena dengan tajuk pun.... Saja je tulis memandangkan ia berlegar dalam fikiran saya. Ini cerita mengenai Adib dan Amni yang suka bergambar.

Langgan YES huddle Super 68

Setelah berbincang dengan Chiq Dina mengenai jalur lebar, kami memilih YES sebagai laluan internet kami. Sebelum ini memang kami dah guna YES dengan GO dongle. Massa itu amat mengecewakan kerana hanya ada satu bar sahaja.

Saturday, November 24, 2012

BE akhir bulan November

Alhamdulillah....

ingatkan dah lama tak update blog, BE akan jadi ME. Namun sangkaan saya melesat selepas mengetahui bahawa 5 CPUV saya masih aktif. Sebelum ini 3 iklan yang ada dalam blog saya dan tambahan 2 lagi iklan iaitu Colgate Total Diabetes dan Standard Charted - CPV Credit

Iklan colgate adalah produk berus gigi terbaru iaitu slimsoft. Bulu berus sebesar 0.01mm dan ini memudahkan untuk membersihkan gigi terutama di kawasan yang sukar iaitu celah-celah gigi dan juga gusi



Bagi Standard Charted, saya mohon maaf kerana saya tak lagi lihat iklannya. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan ceritakan disini ek.
'
Salam

Penat seorang ibu dan bapa yang ditinggalkan

Salam semua. Lama dah tak online. Semua ini gara gara selepas Chiq Dina mendapat kerja tetap setelah hampir 3 tahun menjadi surirumah. 19hb November Chiq Dina perlu menghadiri kursus di Hotel Sri Petaling. Dari awal pagi kami bergerak ke KL dari Ipoh. Bukan apa, senang jalan, jika dari Sg. Besar pasti lambat sebab ramai orang pergi bekerja :)

Sunday, November 18, 2012

Restoran Sameer Al Arabi Station 18

Hari ini masih lagi sibuk dengan aktiviti di Ipoh . Pagi pagi lagi dah bawa Adib dan Amni ke Klinik 1 Malaysia sebab dah mula nak demam. Terima kasih kepada pembantu Klinik 1 Malaysia, kerana memberi layanan terbaik kepada pesakit.

Selepas itu bawa mak ke Klinik Murshid untuk mengambil ubat bulanan. Dah alang alang sampai di Medan Gopeng kami terus ke AEON Station 18. Belum sempat nak masuk Jaya Jusco, mak cadang makan nasi Arab di sini.

Saturday, November 17, 2012

BE bulan November Australia Island

Terima kasih En. nuffnang kerana memberi satu BE kepada saya bagi bulan November 2012. Alhamdulillah rezeki awal bulan 11. BE ini berkenaan dengan pelancongan dan negaranya adalah Australia yang lebih dikenali pulau kanggaroo.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang kanggaroo island sila klik iklan Nuffnang saya ek.



Jom main di Jusco Arena AEON Jaya Jusco

Hari ini bawa adib dan amni bermain sebab dah janji nak bawa. Kalau ikutkan adib, malam semalam nak pergi. Nasib baik dapat pujuk adib untuk datang hari ini.

Tempat ini jadi pilihan kerana dekat dan sejuk. Cuaca sekarang panas. Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Jusco Arena ini terletak di ruang tengah Food Court Jaya Jusco Ipoh Garden. Memang berhampiran dengan rumah.

Jika disini, dapatlah kami berehat sambil melihat mereka bermain. Kalah lapar dah boleh makan. Hehehehe tapi hari ini dah rancang nak pergi ke kenduri bekas murid SMARTD! Halim di Taman Cahaya , Bercham.

Jom lihat aksi mereka bermain














Thursday, November 15, 2012

Seluar levis 511 slim fit

Alhamdulillah.... Akhirnya tahun ini dapat juga seluar levis yang baru. Terima kasih Chiq Dina yang sudi menaja seluar pada saya tahun ini. Hehehe

Puncanya adalah kerana tertinggal seluar di rumah sebelum balik kampung. Bayangkan hanya ada satu seluar sahaja . Itu sebab Chiq Dina yang belanja.

Sebelum itu saya pergi ke Jaya Jusco Ipoh, sebab tahu ada satu butik levis disitu. Namun memang kecewa dengan kedai itu. Semua jenis yang biasa dan tiada yang terkini. Boleh salesgirl itu kata model ini hanya untuk luar negara sahaja.

Memandangkan perlu ada seluar jadi beli seluar sementara dahulu di Giordano. Kalau bukan sebab terpaksa memang tak beli. Lagi pun kami pergi malam selepas Maghrib.

Kesannya, baru pakai sehari dah rasa tak selesa sebab bukan cutting yang saya minat. Nak jadi cerita, kami pergi ke Ipoh Parade sebab UMobile tak boleh nak BIS. Lepas pergi U Mobile kami pergi ke ke kedai Levis dan memang paling seronok sebab di hadapan kedai itu pun dah ada seluar yang saya nak.
Terus sambar dan yang perlu saya lakukan sekarang, turunkan kebuncitan perut. Seluar dah saiz 36! Hahahahaha



Wednesday, November 14, 2012

Mana piagam pelanggan

Hari ini kami bawa mak pergi imigresen untuk membuat pasport kerana mak plan nak pergi menunaikan umrah tahun hadapan.

Nombor mak 2494 dan nombor sekarang 2344. Ada lagi 100 lebih baru giliran mak. Nak pergi makan pun risau terlepas. Jadi kami buat keputusan untuk tunggu disini sahaja.

Tergerak hati nak tengok piagam pelanggan dan tertera untuk permohonan baru pasport adalah 2 jam.

Pernah tak korang ambil berat tentang perkara ini? Ya setiap organisasi perlu memaparkan piagam pelanggan dan setakat ini saya masih kurang yakin dengan piagam pelanggan di hospital.

Banyak kali dah terkena , walaupun dah tahu ramai orang, kaunter tetap hanya satu atau dua dan tiada pegawai yang bertanggungjawab membetulkan keadaan.

Hari ini saya di Jabatan Imigresen dan saya nak lihat sama ada matlamat piagam pelanggan tercapai atau tidak.

Keputusan : kecewa. 2 jam masih belum dilayan
Punca: waktu rehat. Hanya 2 kaunter dibuka.


Berdasarkan carta organisasi ada 10 orang pegawai permohonan .

Mudah dengan Maybank2U iPad

Semalam baru sahaja update ios 6.01. Dah hilang jailbreak saya. Namun saya rasa tak rugi kerana program terkini lebih tersusun dan banyak yang mudah digunakan. Paling penting tak selalu 'hang'.

Kini saya dapat download Maybank2U dengan yakin dan selamat. Tadi pun saya dah cuba transfer duitdari akaun saya kepada Chiq Dina. Semuanya mudah sahaja!

Cuma yang kurengnya adalah saya tak boleh buat bill payment. Harap dapat diperbaiki lagi ek.

Saturday, November 03, 2012

Jom gotong royong

Hari ini sekolah Sin Min menggantikan satu hari yang terkurang dalam P&P tahun 2012. Program hari ini adalah latihan kecemasan, program modal insan dan gotong royong. Yang sempat saya rakam adalah aktiviti gotong royong....

Cikgu Rodziah


Cikgu Mastora


Cikgu Lean


Teka meja siapa ini...

Keputusan e-GTukar 2012

Hari ini keputusan permohonan pertukaran telah keluar. Kepada sesiapa yang memohon pertukaran boleh melayari laman web dengan klik disini . Anda dinasihatkan mengguna Internet Explorer ek.

Keputusan saya?.....

Friday, November 02, 2012

Keputusan Dutch Lady Go Malaysia Go


Baru tadi perasan keputusan peraduan Go Malaysia Go telah keluar. Bukan rezeki untuk memiliki emas RM50K. Tahniah kepada SHASHALAILY BINTI MOHD NOORDIN dan WAN KUM PENG kerana berjaya mendapat tempat pertama.

Peraduan ini bermula sejak bulan puasa tahun ini. Memang selalu minum Dutch Lady sebab kami sekeluarga memang bersama Dutch Lady terutama Adib dan Amni.

Jadi akhir sekali saya ucapkan tahniah kepasa semua pemenang. Ada lagi peraduan tetapi yogourt...andai ada rezeki nak cuba lagi ;)

Senarai penuh pemenang sila klik sini

Hari Kanak kanak 2012 Sin Min

Hari ini sekolah mengadakan sambutan Hari Kanak Kanak 2012. Seperti biasa ucapan dari Guru Besar, Pengerusi PIBG dan Murid Tua pada awal sesi. Selepas itu baru persembahan dari murid murid. Memang meriah tahun ini dengan pelbagai persembahan terutama gangnam style.

Kursus Frog dari Yes

Hari ini saya kursus Frog. Bukan kursus dengan katak tetapi adalah satu platform untuk guru, murid dan ibu bapa berinteraksi dalam pembelajaran dan pengajaran.

Ini adalah salah satu program bestarinet dengan kerjasama YES. Setiap guru akan mempunyai laman sendiri dan murid murid dan ibu bapa dapat mengakses laman tersebut untuk mengetahui aktiviti aktiviti sekolah dan assignment yang diberikan oleh guru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...