wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, December 31, 2012

Segmen blog rakan baru

exchange links
Salam semua. Hari ini mood nak berblog datang kembali. Setelah tertukar template lain, habis semua ranking blog saya. hehehehe macam glamer aje ek. 
Jadi mulai sekarang!... saya akan letakkan link blog anda jika anda menjadi follower saya. Ia percuma tak perlu balasan balik. namun jika anda seorang biduman, saya terima dengan senang hati.
hehehehe 

Ok jadi senang sahaja, cuma follow ok.. . Jadi apabila yang lama, akan bertukar ke bahagian cerita blog terkini.

updated: Segmen ini sehingga 31 Disember 2012

Sunday, December 30, 2012

Bahaya litar pintas bagi rumah teres

Kejadian ini berlaku awal bulan November. Maklumlah masa sekarang jadi Mr.Mama. Waktu itu memang sedang menyidai kain. Kebiasaannya akan sambung tidur... hehehehe

Semasa menyidai kain terdengar bunyi atas bumbung seaakan akan kucing berjalan. Tup tup tup... saya buat tak kisah aje. Sehingga saya tengok jiran kelam kabut keluarkan kereta dari rumah. Rileks lagi masa tu. Tapi hati dah tak sedap. Join juga tengok kat luar.

Sekali nampak asap atas bumbung rumah tersebut. Rumah itu selang 4 dari rumah saya. Saya masuk dalam, ambil dokumen dan barang yang penting dan letak dalam beg. Terus kejut Adib dan duduk luar.

Ketika itu baru saya dapat tahu yang meletup letup diatas bumbung rumah saya bukannya kucing, tetapi arus elektrik yang kuat telah menggegarkan bumbung rumah saya. Hampir 3 jam juga untuk memastikan keadaan selamat.

Bomba, polis dan TNB memainkan peranan masing-masing. Bomba tak dapat padamkan api, jika TNB tidak mematikan arus elektrik. Polis pula menjaga keadaan persekitaran. Biasalah kalau dah nampak bomba masuk kawasan taman, semua orang yang datang dari mana pun ada.

Sempat berbual dengan pegawai bomba. Katanya, kalau boleh rumah yang renovate, sila letak dan buat wiring baru di luar. Jangan letak dibawah bumbung lagi. Memang nampak tak cantik tapi untuk keselamatan. Jangan siram dengan air apabila kebakaran berpunca dari elektrik. Boleh menyebabkan letupan.

Setelah selesai dan keadaan selamat, punca adalah wayar elektrik telah putus dimakan tikus dan ini menyebabkan percikan api sehingga terkena kayu.

Jadi peringatan, sentiasa memastikan wayar elektrik selamat, jaga kebersihan agar tikus tidak ada dan jangan panik. Telefon pihak berkaitan atau terus pergi ke Balai Bomba untuk tindakan segera. Kadangkala telefon tak diangkat....

rumah berbumbung merah

penduduk sekitar melihat apa yang boleh dibantu

orang ramai mengerumuni tempat kejadian

Pegawai bomba yang berkhidmat dengan penuh dedikasi

PIhak berkaitan membantu dengan segera

Friday, December 28, 2012

Jadual penggal persekolahan 2013

Disini juga saya ingin berkongsi dengan pembaca jadual penggal persekolahan 2013. Jika anda berminat untuk muat turun sila klik ke link:

Jadual pembayaran gaji kakitangan awam 2013

Ehemehemehem..... Tak sempat nak tarik nafas.. Tu sebab ehem terus sambung. Mana tidaknya, belum lagi masuk tahun 2013 dah tengok jadual gaji. Hehehehe. Maklumlah nak buat bajet. Kerja kerajaan ini tak kaya, cuma selesa. Kalau ada yang mewah, cuba tanya betul betul, mesti ada side income.

Harap ini dapat membantu kawan kawan untuk merancang kewangan dengan lebih berhemah. Sekian....

Monday, December 24, 2012

Happy Christmas 2012

I here would like to HO HO HO Merry Christmas to my friends who celebrates and hope you all enjoy it!

Friday, December 21, 2012

Tukar baju tukar sekolah

Hari ini dapat panggilan dari pejabat yang memaklumkan saya akan tukar sekolah. Dari SJKC ke SK. Perkara ini telah lama saya dapat tahu walaupun belum mendapat surat secara sah.

Ini kerana saya mengajar Bahasa Melayu Pemulihan. Tugas yang tidak memerlukan murid yang ramai namun tanggungjawab agar murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis bukanlah mudah. Ini kerana murid yang bermasalah adalah mengharapkan Bahasa Melayu di sekolah sahaja.

Saya tak nak menunding sesiapa, dan saya nak bersikap positif. aya telah jatuh cinta dengan SJKC. 2 tahun saya mengajar SJKC dan kepuasan mengajar ada disini. Walaupun bukan semua murid akan dapat menguasai BM sepenuhnya, tetapi apabila murid sering bertanyakan soalan telah memberi maksud yang mereka sedia untuk berbahasa Melayu.

Sedih juga nak meninggalkan SJKC. Ditambah pula Amni pun serasi dengan taska comel. Kalau pindah nak masuk taska mana pula? Kos nak pindah pun kena tanggung sendiri..

Andai saya terpaksa pindah juga, ini adalah sekolah yang ketiga saya ditukarkan dalam tempoh 3 tahun. Hairan pun ada, apabila saya minta tukar ke Perak, asyik tak berjaya. Tup tup pindah sekolah dalam daerah sahaja.

Dugaan yang diterima dengan hati terbuka kerana yakin semua ini kerana Allah S.W.T. Dia tidak akan menguji manusia melebihi dari kemampuan saya. Cuma sekarang saya akan berusaha untuk tidak ditukarkan. :)

P/S: jika ada peluang kerjaya, jangan teragak agak untuk mengambilnya.

Wednesday, December 19, 2012

Sedap makan lewat malam

Hari ini teringin makan hot dog. Seperti biasa Chiq Dina yang akan masakan walaupun dah bergelar seorang yang bekerjaya. Nak makan roti canai Pak Mail asyik tutup sahaja. Esok harap Pak Mail buka kedai ek.

Mula mula nak makan kebab sepcial, tapi rasa malas nak berjalan ke pasar malam, itu yang minta Chiq Dina buatkan hot dog. Sekali Chiq Dina buat hot dog dan telur goreng bersama sama capsicium.

Hasilnya.... Tak puas la....rasa nak tambah lagi ! Hehehehe diet diet.. Perut dah naik.

Wordless Wednesday | nama sayur sayuran



Sunday, December 16, 2012

Tilam idaman Dreamland

Semalam kami sengaja pergi ke pameran tilam di dewan Tun Razak, Sabak Bernam. Maklumlah dah 5 tahun tak tidur atas tilam. Balik kampung sahaja baru dapat merasa tilam. Kami pergi dah lewat petang. Sampai disana macam tak ada orang. Namun kami ringankan hati masuk juga ke dalam dewan.

Ingatkan ada pelbagai jenis tilam, rupa rupanya hanya jenama Dreamland. Ada pelbagai jenis dan diskaun sehingga 70%. Paling murah untuk tilam queen bermula RM 800 sehingga RM 2250. Paling mahal itu adalah tilam jenis Sleepmaker dan dikhaskan untuk eksport.

Disamping itu juga mereka ada membuat tawaran untuk katil jenama Dreamland. Harga pun berpatutan bagi saya sebab saya dah survey harga dipasaran. Hati memang nak beli tapi kekangan kewangan menyebabkan berkemungkinan terpaksa ditangguhkan.

Pameran ini diadakan hanya 4 hari sahaja dan esok adalah hari terakhir. Sesiapa yang berdekatan dengan Sabak Bernam boleh singgah ke dewan tersebut. Bukan katil dan tilam sahaja, meja makan, bantal dan lain lain pun ada.



Friday, December 14, 2012

Khas untuk pengadil Korea Lee Ming Yu Malaysia - Thailand

Aku tak nak tulis banyak banyak. Aku cuma nak ianya menjadi kenangan akan datang. Jadi aku letakkan gambar sebagai kenangan. Bahawasanya aku dah tak suka Korea Gangnam dan KPOP.


Kredit kepada cikgu Rizal dan Perak the YOB untuk gambar ini.




iPhone 5 idaman hati pasti dimiliki

Hari ini buka sahaja internet, terus search iPhone 5 yang dah ada di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, dapat juga email dari Maxis dan Apple. Nak tahu berapa harga iPhone 5? RM 2199 ... Mak ai... Kalau hilang, menangis tak berlagu.

Maxis pula ada bagi plan paling murah iaitu RM 50 sebulan dengan kontrak 12 bulan. Celcom pula paling rendah RM 98 sebulan. Namun ada front payment pula dan harganya lebih kurang sama dengan harga beli iPhone sahaja.

Nak guna installment, buat masa sekarang seperti tak boleh. Banyak komitmen yang perlu dibayar. Nak beli desktop pun fikir banyak kali. Hehehehe.

Apa apa pun jika anda berminat, boleh la layari sendiri. Cuba tengok Digi juga ek.. Selamat ber iPhone 5 semua. Sekali dah pakai produk Apple, selamanya akan teringin Apple.





Thursday, December 13, 2012

Percutian ke Cameron Highlands

Hari cuti kali ini kami pergi ke Cameron Highlands tanpa dirancang. Ikutkan memang nak pergi, tapi Chiq Dina kata tak payah. Tup tup tup Abang Am bercadang ke Cameron Highlands dan timbul pula nak g sekali. Ikutkan nak balik hari sahaja. Ramai orang datang waktu hari biasa.

Kami bergerak dari Kuala Kangsar jam 12.00 tengahari dan sampai disini (Brinchang) jam 2 petang. Dalam masa nak datang, timbul niat nak tidur sini. Ini gara gara dah lewat sampai dan teringin juga tidur kat sini . Ikutkan kali terakhir tidur disini, 5 tahun dahulu semasa berhoneymoon...hehehehe

Jika waktu cuti memang susah nak dapat apartment atau hotel. Jika ada harganya boleh tahun juga. Jadi kami dapat apartment Star Regency untuk 2 bilik berharga RM 368. Layan ajer.... Dekat dengan pasar malam. Tk perlu susah nak cari parking.

Amni yang paling teruja. Tidur pun nak katil seorang. Malam itu hujan, jadi saya dan Chiq Dina sahaja yang turun ke pasar malam. Hanya hari Isnin dan Jumaat sahaja yang ada pasar pagi. Sempena cuti sekolah pasar malam dibuka tiap tiap hari.

Esoknya awal pagi kami keluar jam 10. Masing masing dengan destinasi masing masing. Abang ipar pun dah nak masuk kerja petang. Jadi kami bermula dengan Big Red Farm. Best gak cuma penat berjalan la. Dekat pun dengan apartment kami.

Lepas itu terus gerak ke Tanah Rata. Tak singgah sebab tidak ada tempat yang nak dituju. Kami semua terus ke Ringlet dan sebelum itu singgah beli sayur disitu. Harga lebih kurang sama dengan pasar yang berhampiran Keay Farm cuma kuantiti sahaja yang tak sama. :)

Mula tak nak pergi ladang teh Boh, tapi rasa membuak buak nak pergi itu ada. Kenangan katakan. Terus naik keatas. Alhamdulillah, 5 tahun hari itu tak dapat naik keatas sebab hujan, hari itu 4 beranak naik ke puncak bukit ladang teh tersebut. Amni kena dukung gak. Buat cara Oshin la, naik dari belakang. Lepas selesai minum teh, ( ramai orang musim cuti) kami berangkat pulang melalui jalan lama iaitu ke Tapah.

Memang jalan kecil dan banyak kawasan tanah runtuh jika nak dibandingkan jalan dari Simpang Pulai. Jadi berhati hati jika anda dari Tapah k. Kawasan ini kebanyakan menjual hasil kraftangan orang Asli. Jarak perjalanan pun terasa panjang.

Kami sampai ke Sungai Besar, jam 5 petang. Badan pun penat, kain nak dibasuh pun banyak. Namun seronok sangat sebab kenangan 5 tahun kembali semula.











Saturday, December 08, 2012

Rambut tocang Amni

Amni dah masuk taska i comelku. Alhamdulillah hari pertama sahaja menangis. Amni pun dah suka pergi taska tersebut. Mungkin penjagaanya pandai ambil hati. Setiap pagi tiada masalah nak hantar Amni ke taska.

Hari pertama balik ke taska, penjaga ikat tocang pada rambut Amni. Nampak comel plak apabila buat dua tocang. Sejak hari itu, Amni dah suka tocang...

Dah pandai bergaya anak baba





Monday, December 03, 2012

The Tribez permainan iPad paling best

Salam semua pembaca pembaca blog. Harap semua sihat sejahtera . Cerita kali ini tentang permainan yang menjadi kesukaan keluarga saya. Anda semua mesti pernah main farmville dalam Facebook kan. Jadi permainan ini lebih kurang sama sahaja.

Saya rasa permainan ini dimuat turun oleh Adib semasa bercuti di Ipoh. Mula mula saya tak ambil tahu, selepas tengok ibu dan Adib bersungguh sungguh main, saya pun cuba sekali dan terus terjebak.

Permainan lebih kurang sama dengan farmville iaitu membina rumah, bekerja, mencari duit, kayu dan pelbagai lagi. Jadi untuk melebarkan kawasan, kita perlu kumpul duit dan membeli kawasan tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.

Kelebihan permainan ini, kita perlu bijak menguruskan anak buah bekerja dan sentiasa memberi keceriaan dan keseronokan kepada mereka. Disamping itu kita juga perlu bijak menyusun atur bangunan dan berusaha mencari barang barang yang dikehendaki.

Bagi anda yang ada iPad, jom muat turun permainan ini.gerenti bateri boleh habis 1 hari!





Saturday, December 01, 2012

Pesta buku Karangkraf 80%

Hari ini kami singgah ke Karangkraf di Shah Alam semata mata untuk melihat sendiri dengan lebih dekat pesta buku yang diadakan di Karangkraf sendiri. Ia diadakan pada hari ini sahaja.

Bergerak dari Sungai Besar jam 10.00 pagi kerana menunggu kain yang dibasuh untuk sidai. Ini semua gara gara Chiq Dina la. janji pukul 9 pagi. Janji Melayu ek....

Singgah makan di warung ibu, seperti biasa nasi ambang dan soto menu utama kami. Namun saya tak selera makan mungkin kerana masih lagi kenyang. Jam 12 tengah hari baru bergerak dari Tanjung Karang. Panas cuaca jangan kata. Berpeluh dalam kereta.

Jam 1.25 petang kami sampai ke Karangkraf. Bukan main sakan Chiq Dina shopping buku. Sampai harga RM 100 lebih. Termasuk buku anak anak dan kawannya. Murah memang murah, tapi buku yang lama pun tak habis baca. Ada juga penulis novel datang, dengan syarat beli buku dia baru dapat tandatangan.











BE roam dan relax dari Maxis

Salam semua. Harap sekalian sihat dan ceria bersama sama keluarga. Nak kata lawak tak juga, tapi nak bagi tahu kenapa dua tiga hari ini tak ada cerita kat blog. Semua gara gara terlebih bijak menukar password huddle yang baru dibeli. Akibatnya, langsung tak boleh guna dan terpaksa hantar semula ke kedai.

Entri kali ini lebih kepada cerita En. Nuffnang. Tak sangka ada dapat satu lagi BE dari Maxis. Baru masuk 26 November 2012. Roam and relax, best rates for more countries.

Setahu saya roam ini adalah untuk panggilan ke luar negara. Setakat ini saya tak pernah lagi ke luar negara. Jadi saya tak berapa tahu sangat kadar bayaran perkhidmatan yang disediakan. Ia merangkumi data, panggilan, 'in flight' dan 'bridge alliance' yang disediakan oleh Maxis.

Untuk anda yang kaki ke luar negara, boleh singgah dan klik perkhidmatan ini di iklankan oleh nuffnang dalam blog saya.

Sekian...




Friday, November 30, 2012

DIY cuci blower aircond Proton Persona

Salam...

Hari itu saya mencari cari dan membaca komen komen kawan tentang absober sebab plan nak tukar. Jadi secara tidak sengaja terjumpa satu blog member PPEOC dari Penang yang menerangkan cara-cara mencuci blower aircond.

Tahu tak apa itu blower? Kalau tak salah saya ia adalah seperti kipas yang menyalurkan udara sejuk ke dalam kereta. Jadi ia mesti berada sebelum penapis aircond .

Sebelum ini saya hanya mencuci penapis sahaja. Jadi ini adalah kali pertama perkara yang saya tahu dan teruja nak buat. Petang semalam saya dah cuba dan Alhamdulillah... Berjaya.

Memang kotor sangat. Kalau anda hantar servis kat Proton, mereka akan mencuci setiap 40-50K km dan harga cuci RM 50-70.00 SAHAJA. Jadi memandangkan saya dah tak servis ke Proton, buat sendiri sahaja.

Jenuh nak cuci sebab dah melekat kuat habuknya. Ini sahaja gambar yang sempat saya rakam.

Jika anda nak tahu cara mencuci boleh ke laman blog ini

www.faieelegance.blogspot.com






Tuesday, November 27, 2012

Ayam percik KFC

Cerita kali ini cerita dah basi. Ini kes minggu lepas selepas menjadi Mr. mama. Apa yang diingini Adib dan Amni akan ditunaikan asal jangan meragam.

Khamis lepas selepas menghantar ibu, kami makan KFC dan ada menu baru iaitu ayam percik dan teriyaki. Ayam percik memang menu kegemaran, terus saya ambil menu tersebut.

besarnya clutch plate persona

Kereta persona dah masuk 5 tahun. Rasa bawa pun dah kurang. Mula-mula plan nak tukar kereta baru sahaja tetapi memikirkan hutang yang akan datang, saya dan chiq Dina membatalkan hasrat tersebut.

Alhamdulillah chiq Dina dah dapat kerja. Jadi ada la buat pinjaman baru untuk membaik pulih dan menyelesaikan beberapa masalah lain.

Monday, November 26, 2012

Jenuh buang gambar

Kadang kala sesuatu yang mudah akan membawa kepada kepayahan. Teknologi canggih macam mana pun, tidak dapat mengalahkan akal fikiran manusia. Sesungguhnya Allah telah mencipta sebaik baik untuk kita dan semoga kita menggunakannya ke jalan yang diredhaiNya.

Intro tadi tadi tidak ada kena mengena dengan tajuk pun.... Saja je tulis memandangkan ia berlegar dalam fikiran saya. Ini cerita mengenai Adib dan Amni yang suka bergambar.

Langgan YES huddle Super 68

Setelah berbincang dengan Chiq Dina mengenai jalur lebar, kami memilih YES sebagai laluan internet kami. Sebelum ini memang kami dah guna YES dengan GO dongle. Massa itu amat mengecewakan kerana hanya ada satu bar sahaja.

Saturday, November 24, 2012

BE akhir bulan November

Alhamdulillah....

ingatkan dah lama tak update blog, BE akan jadi ME. Namun sangkaan saya melesat selepas mengetahui bahawa 5 CPUV saya masih aktif. Sebelum ini 3 iklan yang ada dalam blog saya dan tambahan 2 lagi iklan iaitu Colgate Total Diabetes dan Standard Charted - CPV Credit

Iklan colgate adalah produk berus gigi terbaru iaitu slimsoft. Bulu berus sebesar 0.01mm dan ini memudahkan untuk membersihkan gigi terutama di kawasan yang sukar iaitu celah-celah gigi dan juga gusi



Bagi Standard Charted, saya mohon maaf kerana saya tak lagi lihat iklannya. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan ceritakan disini ek.
'
Salam

Penat seorang ibu dan bapa yang ditinggalkan

Salam semua. Lama dah tak online. Semua ini gara gara selepas Chiq Dina mendapat kerja tetap setelah hampir 3 tahun menjadi surirumah. 19hb November Chiq Dina perlu menghadiri kursus di Hotel Sri Petaling. Dari awal pagi kami bergerak ke KL dari Ipoh. Bukan apa, senang jalan, jika dari Sg. Besar pasti lambat sebab ramai orang pergi bekerja :)

Sunday, November 18, 2012

Restoran Sameer Al Arabi Station 18

Hari ini masih lagi sibuk dengan aktiviti di Ipoh . Pagi pagi lagi dah bawa Adib dan Amni ke Klinik 1 Malaysia sebab dah mula nak demam. Terima kasih kepada pembantu Klinik 1 Malaysia, kerana memberi layanan terbaik kepada pesakit.

Selepas itu bawa mak ke Klinik Murshid untuk mengambil ubat bulanan. Dah alang alang sampai di Medan Gopeng kami terus ke AEON Station 18. Belum sempat nak masuk Jaya Jusco, mak cadang makan nasi Arab di sini.

Saturday, November 17, 2012

BE bulan November Australia Island

Terima kasih En. nuffnang kerana memberi satu BE kepada saya bagi bulan November 2012. Alhamdulillah rezeki awal bulan 11. BE ini berkenaan dengan pelancongan dan negaranya adalah Australia yang lebih dikenali pulau kanggaroo.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang kanggaroo island sila klik iklan Nuffnang saya ek.



Jom main di Jusco Arena AEON Jaya Jusco

Hari ini bawa adib dan amni bermain sebab dah janji nak bawa. Kalau ikutkan adib, malam semalam nak pergi. Nasib baik dapat pujuk adib untuk datang hari ini.

Tempat ini jadi pilihan kerana dekat dan sejuk. Cuaca sekarang panas. Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Jusco Arena ini terletak di ruang tengah Food Court Jaya Jusco Ipoh Garden. Memang berhampiran dengan rumah.

Jika disini, dapatlah kami berehat sambil melihat mereka bermain. Kalah lapar dah boleh makan. Hehehehe tapi hari ini dah rancang nak pergi ke kenduri bekas murid SMARTD! Halim di Taman Cahaya , Bercham.

Jom lihat aksi mereka bermain














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...