wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, December 21, 2012

Tukar baju tukar sekolah

Hari ini dapat panggilan dari pejabat yang memaklumkan saya akan tukar sekolah. Dari SJKC ke SK. Perkara ini telah lama saya dapat tahu walaupun belum mendapat surat secara sah.

Ini kerana saya mengajar Bahasa Melayu Pemulihan. Tugas yang tidak memerlukan murid yang ramai namun tanggungjawab agar murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis bukanlah mudah. Ini kerana murid yang bermasalah adalah mengharapkan Bahasa Melayu di sekolah sahaja.

Saya tak nak menunding sesiapa, dan saya nak bersikap positif. aya telah jatuh cinta dengan SJKC. 2 tahun saya mengajar SJKC dan kepuasan mengajar ada disini. Walaupun bukan semua murid akan dapat menguasai BM sepenuhnya, tetapi apabila murid sering bertanyakan soalan telah memberi maksud yang mereka sedia untuk berbahasa Melayu.

Sedih juga nak meninggalkan SJKC. Ditambah pula Amni pun serasi dengan taska comel. Kalau pindah nak masuk taska mana pula? Kos nak pindah pun kena tanggung sendiri..

Andai saya terpaksa pindah juga, ini adalah sekolah yang ketiga saya ditukarkan dalam tempoh 3 tahun. Hairan pun ada, apabila saya minta tukar ke Perak, asyik tak berjaya. Tup tup pindah sekolah dalam daerah sahaja.

Dugaan yang diterima dengan hati terbuka kerana yakin semua ini kerana Allah S.W.T. Dia tidak akan menguji manusia melebihi dari kemampuan saya. Cuma sekarang saya akan berusaha untuk tidak ditukarkan. :)

P/S: jika ada peluang kerjaya, jangan teragak agak untuk mengambilnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...