wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, December 23, 2010

Mereka cipta rumah idaman



Salam 1 Malaysia. Hari ini saya nak berkongsi tentang apa yang perlu kita tahu mengenai ketika mereka rumah idaman. Ini termasuk yang baru hendak membina rumah sendiri atau 'remodeling' rumah yang sedia ada. Langkah-langkah ini merangkumi mengumpulkan maklumat, bahan dan contoh.

Langkah-langkah tersebut adalah:

  1. Dapatkan ilham: Ini adalah cabaran yang paling besar dan menyeronokkan !
    1. Ambilkan semua inspirasi dan idea dan catatkan dalam nota, ambil gambar atau apa sahaja yang anda impikan.
    2. Tuliskan semua harga barang, bajet, dan nombor telefon.
    3. Ambil gambar. Guna kamera digital kerana murah dan ambil setiap sudut bahagian bangunan yang anda suka.
    4. Simpan 'scrapbook' anda mengenai artikel tentang rumah, business card dan sebagainya. Kumpulkan semua maklumat secara terperinci dari pelbagai sumber. Maklumat yang penting adalah cat, 'hardware', 'plumbing' dan sebagainya. Lagi banyak anda kumpul, lagi dapat anda dapat mengikut bajet anda.
    5. Lihat rumah-rumah lain seperti kawan atau keluarga dan pelajari setiap aspek rumah tersebut.
  2. Pastikan tersusun: Kita akan perlukan maklumat dokumen yang lengkap agar perancangan dapat ditentukan. Maklumat asas yang lengkap dan tepat tidak akan membuang masa , tenaga, dan kesabaran. Mulakan dengan 'Senarai Keperluan'. Asingkan setiap kategori keperluan agar kita boleh menambahkan maklumat kemudian. Ini agar dapat dengan harga yang kita mampu.
  3. Cari skema : Kita akan memerlukan beberapa contoh skema untuk mendapatkan rumah yang kita impikan. Skema ini adalah lukisan tangan atau secara profesional.
  4. Membina reka bentuk. Di sini kita akan memerlukan pelan yang lengkap. Siap dengan dimensi, konsep den sebagainya.
    1. Minta pakar untuk melukis pelan rumah.
    2. Cetak pelan tersebut dan bincang dengan perunding tersebut.
  5. Draf pelan: Di sini pula anda sepatutnya telah dapat pelan yang lengkap. Maksud di sini para pekerja binaan boleh membina rumah berdasarkan pelan tersebut. Anda juga perlu membincang dengan pakar mengenai pelan tersebut sama ada mengikut piawaian – dari segi bentuk bangunan, elektrik, mekanikal, plumbing dan kebakaran.
  6. Rancangkan ruang: Fikirkan bagaimana anada memenuhi setiap ruang , dari segi perabot, pengaliran udara dan sebagainya. Keratkan bentuk perabot dan kabinet dan lihat sama ada sesuai dengan tingkap, pintu dan penaliran udara.


Tapi bagaimana pula dengan mereka yang perlukan reka bentuk semula rumah? Ini langkah-langkahnya:

  1. Tanya diri sendiri mengapa perlu merekasemula rumah tersebut. Ini adalah penting untuk mengetahui bagaimana dengan jiran, komuniti, dan harga kawasan tersebut.
  2. Ambil arkitek secara jam. Meraka akan dapat membantu anda.
  3. Ambil pereka kabinet dapur. Mereka adalah berpengalaman dan berkesan serta murah.
  4. Bincangkan dengan kontraktor pada awal pembinaan. Kumpulkan semua idea dan cadangan serta harga yang akan anda perlu bayarkan agar tidak terkejut!
  5. Hubungi peminjam perumahan pada awal pembinaan. Agar anda tahu akan hak anda
  6. Fokus pada mengurangkan kos tenaga. Rumah lama selalunya menggunakan bahan-bahan lama seperti wiring, dinding dan sebagainya. Sekarang kita mempunyai bahan-bahan dan reka bentuk yang membuat rumah lebih selesa dan menyamankan.


p/s: sumber dari New Straits Times, 22 Disember 2010 (Rabu)


Sunday, December 19, 2010

O/D gear automatik



Salam.. hari ini nak kongsi ilmu tentang penggunaan O/D pada gear automatik. 1st saya tahu pasal ini adalah sejak adik menggunakan kereta auto... MYVI... adik saya kata ia digunakan untuk bagi pickup, ketika memotong atau semasa di traffic light.

tapi saya dah dapat maklumat penggunaan yang betul dari suratkhabar Utusan Malaysia (16 Disember 2010). Jadi sekarang saya kongsi info info yang penting k...

1. Penggunaan yang betul dapat menjimatkan minyak dan mengurangkan risiko kenderaan terbabas ketika melalui selekoh jalan atau menuruni bukit.

2. Ketika memandu dan menekan picu O/D pada baang gear, lampu O/D OFF akan menyala dan ini menunjukkan penggunaan  gear sehingga gear 3 sahaja.

3. Ia sesuai digunakan di bandar atau taman perumahan kerana akan menjadikan kereta lebih ringan dan kelajuan yang tidak melebihi 90km/h

4. Sentiasa perhatikan RPM. Jika melebihi 3500 pada pemanduan yang lancar dan berterusan, O/D perlu dimatikan. Jika tidak... makan minyak ler jawab nya....

5. Huraian penggunaan O/D meluas merangkumi cara pemanduan, sistem keselamatan semasa dalam hujan dan juga ketika mengambil selekoh tajam.

Jadi pada pengguna kereta automatik... pastikan anda menggunakan dengan cara yang betul.

p/s: gambar dari internet google.

Tuesday, December 14, 2010

virus cinta


Salam semua... dah lama tak post cerita baru... ntah la.. rasa macam sibuk ajer.. atau pun mungkin susah hati.. mana taknya bila anak demam...

ni semua selepas kenduri Aqiqah anak no. 2.. Adib ajak jalan satu kampung!!! mula-mula ikut lah... tapi sampai sekerat..saya ikut jalan 'short cut'... kasan yang penuh lalang. tapi bukan berHANTU..memang itu jalan kalau nak pergi masjid.

malam itu badan dia panas.bagi dah ubat...ubat farmasi.. ubat KLINIK MURSHID DAN THARIZAH.. ubat IPOH SPECIALIST.. tapi tak baik-baik jugak...cara tradisional pun dah cuba..

HAri ini dah masuk 8 hari!!! Sabtu lepas pergi check darah.. Alhamdulillah....tak ada denggi..tapi cuma virus demam sahaja...tetapi mengapa dah 8 hari tak kebah kebah jugak...

esok nak pergi KLINIK balik.. jumpa DOktor Murshid plak..kalau ada komen or idea bagi tahu ek.. Adib baru umur 2 tahun 4 bulan... risau kalau panas melampau... nanti kena tarik plak.. harap dijauhkan... AMIN

Thursday, December 09, 2010

rahsia korek telinga


Di pagi subuh hari Khamis 9 Disember 2010, si suami bertanyakan kepada isteri yang baru keluar dari tandas..

da: Jam pukul berapa?

di: dah 6.15 pagi

da: AH! tak dengar azan pun?

di: ish! orang dengar apa...awak takkan tak dengar...



si suami pun minta isteri urut belakang badan dahulu sebelum masuk ke tandas untuk bersiap.. setelah keluar tandas..

da: orang dah minta kunci gate dari mak lagi... nape tak kejutkan...

di: ahh???

da: minta kunci gate..

di: aahhhh? cakap apa?

da: kunci gate..

di: ahhhh?

da: KUNCI GATE ler...

di: ooo hehehehe.. dengar syoksyeksyosyek jer...

da: tak korek telinga?????

p/s: korek la telinga sebelum orang lain korek telinga... :)

 

Saturday, November 27, 2010

follow me twitter

Salam semua.. ada seorang sahabat blog saya tanya macam mana nak buat badge twitter.. jadi saya akan terangkan bagaimana saya buat badge itu..

kalau ikutkan dalam google search ada pelbagai cara nak buat. tapi saya ambil yang ini sahaja.
1st: anda semua sila la masuk ke web ini. badge twitter

2nd.:  masukkan twitter account, label, colour,side dan pilih kanan atau kiri. tekan UPDATE n COPY code

3rd: Masuk design > add a gadget > HTML/Javascript

4th: paste

itu sahaja.. dah siap dah... :) selamat mencuba

Saturday, November 20, 2010

FROM TAIPING WITH LOVE

salam semua.. lama tak tulis blog... punca sebab NESCAFE CHILL LAH GIG...!!! hehehe tapi bila fikir-fikirkan.. susah gak nak menang... ramai lagi contestant yang buat video klip canggih canggih.. hahahha

topik hari ini.. pasal Taiping... mak mertua saya duduk di Kg Tersusun Bukit Jana... tahun ini adalah tahun terakhir mak duduk disini. nanti akan pindah ke Kuala Kangsar.. so ada apa dengan Taiping??

bila dah nak pindah baru la nak g ronda-ronda taiping kan.. kat sini saya bagi la tempat-tempat yang menarik yang ada di Taiping. (yang mana ingat jer k)

1. Taman TAsik (Lake Garden) : sesuai untuk berjalan-jalan dengan keluarga. luas gak.. tempat untuk berjoging pun ok. tapi malam-malam jgn bawa... bahaya ooo... dekat situ ada zoo taiping




p/s: dekat bukit jana pun dah ada taman bukit jana...baru buka
2. Zoo Taiping : kat sini mcm biasa la ada haiwan.. n best gak kalau pergi waktu malam (night safari)...saya pernah pergi sekali je.


3. Bukit Larut a.k.a Maxwell Hills : yang ini saya tak cuba lagi. tak kesampaian.. baru je nak menetap disini.. dah isteri mengandung..


4. kalau tempat makan.. cuba la keaw teuw dolli, mee udang di Kuala Sepetang.. Pasembor di Bangunan Larut Matang dan Selama.. Yong Tau foo dekat dengan Bomba.. Nasi Lemak Mak Tun dekat Petronas Kamunting...




ok..itu yang saya hendak kongsikan from taiping with luv.....

p/s: sumber gambar dari google.. taping.gov.my n taiping talk

Thursday, November 11, 2010

Misteri hotel aneh

Salam semua... hari ini saya nak kongsi mengenai hotel yang aneh....di dunia... saya ambil maklumat dari majalah KUNTUM! mesti teringat zaman sekolah kan..ok... ini hotel-hotelnya..

1. Hotel Gamirasu di Turki.

Dibuka pada tahun 1999 dan mempunyai 30 buah bilik. didirikan di dalam GUA! mengekalkan seni bina Byzantium. Asalnya adalah sebuah gereja pada abad ke-12

  kawasan hotel tersebut.


bahagian dalam hotel tersebut

2. Jumbo Hotel di Bandar Arlanda Stockholm
rangka utama adalah sebuah kapal terbang Boeing 747 Jumbo Jet yang hampir dilupuskan. mempunyai 25 bilik hotel. Setiap bilik seluas 12 meter persegi dan dilengkapi katil bertingkat, almari dan tv. ada ruang resepsi, kafe dan tandas. Tandas kongsi k!
tingkat 2 ada bilik persidangan manakala ruang kokpit adalah bilik khas pengantin.

 Jumbo Hotel



bilik pengantin kot...

3. Hotel Im Wasserturm di kota Cologne

Ia adalah menara air terbesar di Eropah pada abad ke19. Pereka dalaman adalah Andree Putman dari Perancis yang mengubah menjadi 78 bilik yang elegen. Dikenali sebagai hotel monumen kerana nilai sejarah dan seninya yang tersendiri.

luar hotel 
 
 cantik gak dalam hotel ini..

ini info yang saya dapat... enjoy!


Wednesday, November 10, 2010

share lick like facebook

salam..kali ini nak share ngan kengkawan cara nak letak button like... naper nak letak??? saja jer... nampak menarik dan tertarik. kalau ada blogger lain yang minat dengan post , boleh aje tekan like kan...

cara-cara:

1. Pergi ke  design > edit html dan tick pada kotak expand widget templete

2. cari tag:: <div class="post-header-line-1"> Jika tiada, cari pula tag <data:post.body></data:post.body>


3. copy dan paste di BAWAH atau di ATAS TAG diatas:

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>

p/s : like boleh ditukarkan ke recommend
       arial boleh tukar ke lucida+grande
                                     segoe+ui
                                     tahoma
                                     trebuchet+ms
                                     verdana
        light boleh tukar ke dark @ evil.


4. preview.. kalau takder masalah save... siap





p/s: cerdit to tycoblogger.blogspot.com

Sunday, November 07, 2010

Hospital Bahagia?


Salam.. berita terkini...Alhamdulillah.. selamat juga kami mengadakan kenduri di rumah opah di Tasek, Ipoh... dan Alhamdulillah dapat membaca Yasin bagi memohon dipermudahkan dan menyembuh penyakit makicik saya... Amin...

biasa la dah jumpa sedara mara, bersembang dengan seorang sepupu yang bekerja di HOSPITAL BAHAGIA, TANJUNG RAMBUTAN PERAK...

jadi saya nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang apa ada di HOSPITAL BAHAGIA...



kalau government kebanyakkan adalah guru. Apabila saya tanya kenapa ramai guru... memei (sepupu saya) kata sebab stress... kenapa guru boleh stress... mengikut pengalaman saya, kita boleh jadi stress sebab guru nak bagi yang terbaik kepada murid-muridnya.. apabila sampai satu tahap tekanan yang melampau membuat kita jadi stress...

saya tanya lagi apa tanda-tanda awal? jawabnya kalau duduk diam.. duduk sorang-sorang, murung.. itu adalah tanda-tanda...geleng kepala dan terfikir

kalau pekerja swasta pula... banyak yang ambil dadah... zaman sekarang kan banyak jenis-jenis dadah moden... itu yang membuat manusia rosak otak. dalam kepala terfikir masa emak kerja dibank.. memang gaji besar.. tetapi keja dari pukul 7.00 pagi - 9.00 malam... ehmmm mana tak ambil dadah kalau yang muda-mudakan..

remaja pun ada... umur 18 -20 dah masuk HOSPITAL BAHAGIA... itu sebab layan gam dan dadah... yang ini memang diakui kalau sesiapa yang menghisap gam akan menyebabkan otak beku... hahaha.. bukan beku tapi akan memberi kesan kepada otak...

Kesimpulan:

punca manusia mengalami masalah mental adalah kerana stress. oleh itu saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan agar dapat menangani stress dengan betul. Jangan sesekali memakan ubat stress kerana memei kata kalau sekali dah makan sampai mati kita akan makan ubat itu..

kepada ibu bapa, anak-anak yang meningkat remaja... janganlah ambil gam itu... memang tekanan akan ada dalam kehidupan.. sama ada muda atau tua tapi pepandailah anda merawatnya.. kepada remaja, dari layan gam baik layan jamming, masuk kelab yang minat atau apa-apa pun.. tapi bukan GAM...k!

Saturday, November 06, 2010

demam @ fever

Salam semua... wah cuti sakan kita kan... macam saya 5 hari cuti.. seronok plak jadi cikgu. tak ada masalah pun pasal cuti. masa kerja sebagai kerani, raya ke-3 dah kena kerja.. hahahahha...

Deepavali itu bermaksud Hari Cahaya..itu bagi masyarakat India... kalau salah maafkan ye..


apa yang anda buat masa cuti ini? saya balik IPOH!.. home sweet home... betul kata pepatah hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.. lagi elok di negeri sendiri...
Sekolah saya dulu...

Petang Khamis kami dah balik.. tapi tak tergesa-gesa.. settelkan semua perkara kat Sg. Besar Selangor baru gerak balik Ipoh.. 1st pergi rumah makcik di Batu 6, Tambun. Jumpa dengan mak mertua.. lepas itu pergi ke Klinik Mursyid di Medan Gopeng. Amni tak sihat...

Info dari doktor Tharizah.. kalau anak kita berumur 0-8 tahun demam, jangan bagi pakai baju.. BOGELkan dia, hanya pakai pampers.Terkejut dengar maklumat itu.. siap cakap kalau mak @ mak mertua kata tak boleh, nanti masuk angin la.. and apa-apa lagi la..lawan balik..

hairan juga kenapa tak bagi.. rupa-rupanya tak nak dapat penyakit SAWAN... lagi satu baby ini perlu sentiasa mandi. lepas mandi jangan lapkan.. biar dia kering sendiri. ini untuk tujuan bagi menyejukkan badan....

info ke-3 kalau badan baby itu panas, maksudnya demam dia kurang tetapi kalau badan dia sejuk.. itu tanda demam tinggi...

apa-apa pun kalau was-was jumpa doktor ok!

Hari Jumaat memang best! waktu beristirehat! memang tak pergi kemana-mana ... cuma hari sabtu nie ada kenduri... di rumah opah.. Harap-harap makcik saya akan sembuh dari sakitnya Amin...

Hari Ahad plak plan makan pizza 6 cheese dan pergi ronda-ronda ke Jaya Jusco.. bekas rumah ke-2 .. hahahaha..

Hari Isnin pula nak bawa wife untuk temuduga di JPN Perak dan prepare untuk balik...

ini la cuti DEEPAVALI saya..

p/s: saya dengar bunyi mercun dari pukul 12 hingga 1 pagi semasa HAri Deepavali .... tak ada orang berkuatkuasa ke???

Thursday, November 04, 2010

template terbaru

Salam semua.. kali nie nak cerita pasal template baru saya. Kisahnya bermula

Kring-kring... mak telefon.. jadi sembangla... dah lama tue mak cerita mengenai blog isteri saya.. cantik katanya.. bila tanya saya punya.. mak kata tak.. berselerak!

bermula la kisah pencarian template. masuk yang ini dah 6 kali saya buat.huhuhu.. seksa juga buat blog ni. ini la orang kata.. tak ada kerja cari kerja..

setelah 3 hari berturut- turut mencari , akhirnya saya ambil yang ini.. suka.. sebab simple... tak berserabut.. dan yang penting page rank dah naik...

kalau perasan.. dah tak banyak widget dah.. memang nak buat mcm ini sahaja. tujuan blog pun satu sahaja.. berkongsi pandangan dan pengetahuan..


yang ini pun pernah cuba.. tapi canggih sangat.. tak menjadi


yang ini pun dah cuba...

yang ini besat.. gambar boleh slaid.. tapi tak raeti buat juga...


p/s: apa-apa pun yang penting save dulu template yang lama ok! dan kalau nak cari taip sahaja template. sekarang saya guna wordpress untuk blogspot.

Monday, November 01, 2010

IKEA IKEA IKEA


salam. kali ini nak share pasal IKEA.
hari minggu yang boring, saya telah bawa family ke IKEA.... apa yang best kat IKEA. semua ada!.. tesco ada.. IKANO ada kedai komputer ada kedai baby pun ada.

kami gerak jam 10.00 pagi.. sampai lebih kurang kul 12.00.. nampak A&W.. alamak lama tak minum air root beer aiskrim... apa lagi bawa la family pergi makan tengahari...

lepas makan kami pun ronda-ronda.. mula-mula pergi kedai IT.. nak beli dvd kosong.. tapi dah pesan dengan mak.. kat ipoh ada PC fair.. tengok beg laptop... wah aada yang berkenan. tapi tunggu.. nak pusing-pusing dulu.

kemudian pergi mom's care... nak tebus voucher asalnya... dah beli apa yang nak beli, salesgirl tunjukkan stroller. memang nak beli tapi tengah survey. salesgirl tu memang pandai la... dia kata tak beli tak apa, saya explain fungsi dia.. bila dia dah tunjuk.. berkenan la plak. tapi tak beli lagi bincang dengan isteri.

Jadi lepas solat zuhur dan diskus ngan isteri.. kami pergi balik mom's care dan setuju nak ambil stroller itu... hahaha abis RMxxx.00

memandangkan dah banyak abis, kami pun pergi IKEA. sebelum masuk... saya pergi ke kaunter IKEA friends.. nak buat credit card... dah isi semua lepas tu terfikir... rumah jauh... bukan tiap2 hari nak pergi.. so ISnin ni nak call kata cancel je la.. masuk ke IKEA.. ramai betul orang... tapi puas hati ronda... angan-angan mat jenin je la dulu..

tahu tak saya beli apa..iron board jer :) lepas beli anak pun dah meragam dan adib pun tidur..kami nak balik la. tapi sebelum itu kami beli curry puff ... sedap... ada telur dalam curry puff...

balik sampai umah pukul 7.00 malam.. hahahaha memang berjalan sakan... ok la.. sian tengok anak-anak.. asyik tengok kebun kelapa sawit je...


adib ngan kentangnya


A&W


rootbeer!!!


stroller amni.. abang pun nak gak!



iron board from IKEA

Saturday, October 30, 2010

sea food mentarang V2

Salam... mentarang tu sea food ke? Makanan laut?? rasa ia la. sebab ambil kat laut. nak dengar macam mana nak ambilnya?

Nak ambil bukan di tepi pesisiran pantai @ laut... tetapi di tengah laut... tak la ditengah betul betul... apabila air laut surut, para pencari mentarang akan pergi sehingga ke tengah bahagian yang tidak ada air untuk mencari mentarang.

Cara nak ambil pula bukan main seluk je. bahaya! nanti boleh luka. Mula-mula kena cari lubang.. kalau besar lubang besar la mentarang. Lepas seluk tangan, agak-agak ada rasa kulit, baru korek lubang itu. kalau kita tekan, nanti dia lari kedalam.

Nak masak pula, bukan macam kerang. kena rendam dengan air laut a.k.a air masin. sebab dia duduk di tempat berpasir. boleh masak rendang, tapi kena buang lendir dan warna hitam seperti jarum. tapi saya suka bakar!!!!

Peh.. masuk ini dah 5 kali saya singgah kedai Kak Faridah di Sg. Leman... sekarang isteri saya pun dah suka... jom la tengok gambar... dah terliur air liur nie...


baru buka.. panas lagi tu
Ini la mentarang
ada sos lagi...

nyum nyum nyum

cuba makan dengan keaw teaw goreng

p/s: sebelum ini saya dah postkan pasal mentarang.. kalau rajin tengok kat sini... cubalah

Wednesday, October 27, 2010

anda juga mungkin meminati?

Salam.. tutorial terakhir saya untuk hari ini. bagaimana nak buat setiap post ada suggestion untuk lihat post yang lain.


1. korang semua guna widget ini Linkwithin.

2. isikan maklumat yang diperlukan.. dan ikut arahannya..sekian terima kasih :)

dofollow nofollow

Salam. ada lagi satu ilmu mengenai blog.. pernah dengar nofollow and dofollow tak? Ia berkait rapat dengan backlink.

( nak tahu lebih lanjut.. rajin-rajin cari kat internet ek. sebab saya pun masih tak faham lagi walaupun dah baca banyak kali. yang pasti ada kebaikan kepada blog)

1st time aku buat ikut cara kujie2.com... senang ajer... pergi edit html. tick pada expand widget templete. tekan ctrl f dan taip nofollow. pasti kamu semua akan dapat 3 kali perkataan nofollow. cari nofollow untuk bahagian comment. tukarkan kepada dofollow. itu sahaja.

Kebaikan dia adalah bila kita bagi komen, nanti dia akan backlink kepada blog kita.

Lagi satu adalah add on firefox. ini untuk sesiapa yang menggunakan mozilla sahaja.

CAra nak guna? kalau kita onkan dofollow akan ada link warna biru. itu semua adalah dofollow.

sekian sahaja.. terima kasih. salam

tag oh meta tag

Salam... hari ini sahaja dah berapa banyak post saya buat untuk tutorial... terasa gak penat buat blog.. tapi best! sebab belajar benda baru... dunia IT.


Seterusnya saya nak ajar meta tag. meta tag itu adalah tag yang akan menceritakan tentang blog anda kepada search engine. Ia dapat menggalakkan search engine memberi index kepada blog anda. senang cakap nak upkan traffic blog kita..;)

Cara nak pasang:

1. Layout > edit html

2. letakkan kod ini
<meta content='DESCRIPTION HERE' name='description'/>
<meta content='KEYWORDS HERE' name='keywords'/>
<meta content='AUTHOR NAME HERE' name='author'/>

DESCRIPTION: letakkan tentang blog anda
KEYWORD : kata kunci blog anda
AUTHOR NAME : nama anda


susah? saya pun tak tahu... sebab sekarang dah ada alat untuk membina meta tag secara free.

Klik di sini META TAG GENERATOR

3. akhir sekali letak kan di bawah <b:include data='blog' name='all-head-content'/>

4. save n dah siap

p/s: thanx to blogger tricks.com

post before title blog for up the traffic

Salam. wah sekali sekala ber BI aku ek... nak bagi tahu satu tips or share bagaimana nak letakkan post dahulu baru title blog. saya masih lemah lagi bab ambil gambar dari internet. jadi saya harap kawan-kawan dapat faham apa yang saya nak sampaikan.


Cuba perhatikan blog saya di bahagian atas mesti akan keluar seperti ini:

post it before title blog / share cerita saya


Yang ini menggalakan search engine optimization (SEO) untuk menaikkan traffic blog kita.

Cara nak buat?

1. design > edit html dan ctrl f

2. cari <title><data:blog.pageTitle/></title>

3. GANTIkan kod diatas dengan

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
 <b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

4. SAVE.


siap dan lihat hasilnya...

updated: 21/10/12

share breadcrumb

Salam.. kalau anda telah meletakkan site map anda WAJIB letakkan breadcrumb.

apa itu breadcrumb?? salah satu dari blog navigasi atau site navigation

kalau anda perasan... perasaan diatas setiap post ada Home » share site map. yang itu la saya nak ajar macam mana nak buat.

1. design > edit html > tick expand widget templete . p/s: jangan lupa save template dulu k.


2. cari kod <b:if cond='data:post.title'>


3. copy kod dibawah dan paste di bawah <b:if cond='data:post.title'>

  <b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<a href='http://namablogkorang.blogspot.com/'>Home</a> &#187;
<b:if cond='data:post.labels'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='data:label.url' rel='tag'><data:label.name/></a>
<b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>
&#187;
</b:if>
<data:post.title/>
</b:if>

4. gantikan nama blog korang dengan nama blog masing-masing.

5. preview dan save kalau tidak ada masalah.

siap...:)

share site map

salam.. ini pula site map atau nama melayu peta laman. disini kita boleh lihat senarai post yang telah kita buat. oleh itu ia memudahkan pembaca untuk melihat post yang ada di blog kita.


Baik lah sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada neodmarco.blogspot.com kerana telah banyak membantu dalam membina blog.

Perkara yang perlu dilakukan:


1. buka post baru dalam mode html.


2. copy dan paste kod ini

     <script style="text/javascript" src="http://www.abu-farhan.com/script/daftarisiblogger/blogtoc-min.js"></script>
<script src="http://www.abufarhan.co.cc/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>

3. Tukarkan warna merah dengan url blog anda.
4. Namakan post itu sebagai site map atau peta laman.
5. save.

siap.
p/s: pastikan anda semua telah tetapkan tarikh atau label dengan betul ..

Lagi cantik dan kemas jika anda letakkan breadcrump....  breadcrumb

share menu horizontal

Salam. Hari ini banyak nak post tutorial... selain berkongsi ilmu.. saya pun nak simpan untuk saya. masuk ini dah 3 kali saya kena buat semua balik.. kata orang kalau nak belajar mesti bermula dengan salah.. dan itu memang betul.

OK hari ini saya nak ajar buat menu bar horizontal (betul ker?) seperti di blog saya yang dibawah ad nuffnang..

1. masuk pada design - add a gadget -html/ javascript

2. masukkan kod dibawah

<style>
#container {
width: 100%;
margin: 0px 0px;
padding: 0px 0px 40px 10px;
}

ul, li {
margin: 0; padding: 0;
}

#blob {
border-right: 1px solid #0059ec;
border-left: 1px solid #0059ec;
position: absolute;
top: 0;
z-index : 1;
background: #0b2b61;
background: -moz-linear-gradient(top, #0b2b61, #1153c0);
background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#0b2b61), to(#1153c0));, toundefined#1153c0));-moz-border-radius: 4px;
-webkit-border-radius: 4px;
-moz-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;
-webkit-box-shadow: 2px 3px 5px #011331;
}

#lava-lamp {
background: #32312E;
float: left;
border: 1px solid #BDBCBA;
margin: 0px 0px 15px;
padding: 8px 430px 10px 0px;
}

#lava-lamp li {
float: left;
list-style: none;
border-right: 1px solid #4a4a4a;
border-left: 0px solid #4a4a4a;
}

#lava-lamp li a {
color: #DDDCD8;
text-shadow: 0 0px 1px #81807B;
position: relative;
z-index: 2;
float: left;
font-size: 13px;
font-family: arial, sans-serif;
font-weight: bold;
text-decoration: none;
padding: 0px 20px;
}
</style>

<div id="container">

<ul id="lava-lamp">
<li id="selected"><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">Home</a></li>
<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">About</a></li>
<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">Blog</a></li>
<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">More About My Portfolio</a></li>
<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">Contact</a></li>
</ul>

</div>

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jqueryui/1.7.2/jquery-ui.min.js"></script>

<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.spasticNav.js"></script>

<script type="text/javascript">
$undefined'#lava-lamp').spasticNavundefined);
</script>

3. set warna.

background: #0b2b61;
background: -moz-linear-gradient(top, #0b2b61, #1153c0);
background: -webkit-gradient(linear, left top, left bottom, from(#0b2b61), to(#1153c0));

4. background.
background: #32312E;

5. edit url

<li id="selected"><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">Home</a></li>

<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">About</a></li>

<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">Blog</a></li>

<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">More About My Portfolio</a></li>

<li><a href="http://link-di-sini.blogspot.com">Contact</a></li>

5. untuk ubah jarak di bahagian kanan..

padding: 8px 430px 10px 0px;

save. siap dah

p/s: credit to maribinablog.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

zaman dah berubah

Salam semua.. sedar tak sedar dah nak masuk 2011... lagi 2 bulan ajer lagi.. bertambah umur pun kita. Semoga kita selamat di dunia dan diakhirat.

Begitu juga dengan IT ... sekarang ramai dah guna laptop... ada lagi canggih netbook, ipad,,, dan aper-aper book lagi la..


Mana ada orang guna PC (personal computer) dah.. dah ler PC pas tue nak laju.. hahaha.. tak boleh la kawan..apa kata kalau mohon minta laptop atau di upgradekan PC itu.
Anak saya pun dah pandai guna laptop.. baru 2 tahun. kalau balik rumah cari laptop.. nak tgk Ultraman MAX katanya.. nasib baik bateri dah kong.. dapat la dia tengok dalam masa 20 minit..

p/s: bila la nak beli bateri baru...

Monday, October 25, 2010

Journey to become top 10

Salam semua.. kawan-kawan from nuffnang... please nang me k!..http://innit.nuffnang.com/view/362492

Ganyang!!!!

Salam semua. hari ini baca suratkhabar Berita Harian. Terpapang gambar Pak Nil dengan budak sekolah. Rupa-rupanya Pak Nil jadi ikon anti nyamuk AEDES!..

Sekarang nyamuk memang banyak.. kat rumah saya pun bukan main lagi. Heran gak... makin hari sama jer banyak. Al maklum la duduk kampung... nak kata rumah disekeliling tue bersih susah gak. Nyamuk pun pandai gak. makin hari aNTIBODI nyamuk kuat dan tak lut dengan semburan nyamuk.

Seperti dalam iklan kan.. luangkan masa 10 MINIT untuk bersihkan kawasan rumah.. anda sudah? saya dalam rumah jer.. kat luar tue tepi-tepi je.. JOM kita GANYANG AEDES!

Periksa diri sendiri dan anda

Salam semua. hari ini bermula peperiksaan akhir tahun bagi semua seluruh sekolah. Teringat semasa zaman belajar. Lagi sebulan periksa baru study betul-betul. Bagi saya motivasi, usaha dan keyakinan serta kekuatan rohani amat penting dalam menjalani peperiksaan. Sehingga sekarang kita akan sentiasa diperiksa... dari Allah sehingga lah seseorang ... harapan cikgu agar murid-murid SKPP berjaya dalam peperiksaan dan juga diri sendiri

Sunday, October 24, 2010

Minyak RM2.50


Salam semua.. mesti semua terkejut... minyak dah nak naik ker??? Bukan.. minyak tak naik pun.. tapi semalam saya tengok talian hayat di NTV7..

terkejut gak bila dapat tahu di kawasan pendalaman Sabah... di pulau beluran dan 3 lagi pulau yang tidak dapat menikmati kemudahan yang kerajaan berikan. Harga minyak menjadi RM2.50 kerana terlalu jauh dan ada ejen yang menghantarkan minyak tersebut ke kawasan tersebut yang dianggarkan seramai 1000 @ 10000 orang. saya tak pasti.

Pengacara program talian hayat Wan Kamaruddin memang hebat.. dari penjual hingga KPDNKK Putrajaya di soal siasatnya.

KPDNKK telah melantik syarikat TNS ( kalau tak silap) untuk mengedarkan minyak mengikut harga RM1.80 bagi petrol dan RM1.70 untuk diesel. Namun ini semua masih dikawal oleh KPDNKK Putrajaya. Betul gak wakil TNS itu kata, dia cuma membekalkan ke tempat yang diberi oleh KPDNKK Putrajaya. NAma pun syarikat, takkan nak rugi.

Apabila Talian Hayat menemubual Menteri KPDNKK YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob beliau telah memberi penerangan dengan sebaik baiknya. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memberi kemudahan dikawasan pulau tersebut. Ianya masih dalam perbincangan kerana beliau mahu memastikan kawasan yang telah menerima bantuan tersebut akan terus menerimanya dan bukan mengikut musim.Beliau juga telah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Komen anda???

Piala Malaysia -Final

Juara Piala Malaysia musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini. Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0. Sebelum ini pasukan Johor FC mendahului Negeri Sembilan 1-0. Sementara itu, Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, pasukan Kelantan menang dengan 1 -0 dengan Kedah. Negeri Sembilan dan Kelantan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

share gambar anak nana xfm- gosip



Salam semua.. hari Khamis penyampai radio XFM Nana telah selamat melahirkan seorang bayi comel yang bernama Althea Raqeem Brian. Berat baby tersebut 2.71kg. Kalau nak tahu lagi cuba pergi blog dia k...

sumber : murai.com.my

Saturday, October 23, 2010

Rooney with Manchester United 5 years



Salam semua.. patut la MU macam lemah jer.. rupanya ada kes. sekarang dah sambung kontrak 5 tahun. ini beritanya...

MANCHESTER, (AFP) - After a week-long saga over his future, Wayne Rooney made a dramatic U-turn by penning a new five-year deal with Manchester United.

The club confirmed the agreement following intensive discussions between the club and the player's representatives.

According to Manutd.com, Sir Alex Ferguson was delighted to keep the striker.

“It’s been a difficult week, but the intensity of the coverage is what we expect at Manchester United. I said to the boy that the door is always open and I’m delighted Wayne has agreed to stay.

“Sometimes, when you’re in a club, it can be hard to realise just how big it is and it takes something like the events of the last few days to make you understand. I think Wayne now understands what a great club Manchester United is.

“I’m pleased he has accepted the challenge to guide the younger players and establish himself as one of United’s great players. It shows character and belief in what we stand for.

“I’m sure everyone involved with the club will now get behind Wayne and show him the support he needs to produce the performances we know he is capable of.”

Wayne Rooney also commented in the club's official website, saying "I’m delighted to sign another deal at United. In the last couple of days, I’ve talked to the Manager and the owners and they’ve convinced me this is where I belong. I said on Wednesday the Manager’s a genius and it’s his belief and support that have convinced me to stay."

from: http://sports.mylaunchpad.com.my/Othersports/OtherSportsArticle/tabid/171/Default.aspx?newsId=109781

Kurikulum standard sekolah rendah

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan menggantikan KBSR

1980 - KBSR digubal.
2010 - KBSR akan diganti dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)bagi pelajar Tahun 1 dan KSPS ( Kurikulum Standard Pra Sekolah).

Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Buat permulaan sebanyak 500 buah sekolah akan menjalani uji rintis mulai 31 MAC 2009 sehingga akhir JUN 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.


KSSR membahagikan mata pelajaran kepada 3 modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.


Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kpd penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Sementara Tahap 2 sekolah rendah (Tahun 3 - 6) an tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

sumber: http://skppsekinchan.blogspot.com/2010/10/info-kssr.html

jawatan kosong terkini / job vacancies

Salam semua... masih mencari kerja?? saya dulu pernah merasa .. 7 tahun mencari kerja dan akhirnya Alhamdulillah dapat juga kerja tetap.. Jadi disini saya bagi link untuk korang semua mencari kerja yang sesuai...

Highslide pada gambar

Highslide adalah apabila imej gambar yang bersaiz kecil bertukar menjadi saiz yang lebih besar tanpa perlu ke file host imej tersebut ataupun membuka page yang baru. Imej akan dipaparkan pada blog.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya (/) pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 2

Pada keyboard, tekan Ctrl+F dan taipkan kod pada ruang Find dan tekan Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna kuning di bawah dan pastekan di bawah kod (lihat langkah 2).

<script src='http://nescafeais.fileave.com/highslide.js' type='text/javascript'></script>
<link href='http://nescafeais.fileave.com/highslide.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<!--[if lt IE 7]> <link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://nescafeais.fileave.com/highslide-ie6.css" /> <![endif]-->
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
hs.graphicsDir = 'http://nescafeais.fileave.com/grafik/';
hs.wrapperClassName = 'borderless';
hs.allowSizeReduction = false;
hs.showCredits = false;
hs.registerOverlayundefined{
html: '<div class="closebutton" onclick="return hs.closeundefinedthis)" title="Close"></div>',
position: 'top right',
fade: 2
});
hs.isUnobtrusiveAnchor = functionundefinedel) {
if undefinedel.href && /\.jpg$/.testundefinedel.href)) {
el.className = 'highslide';
return 'image';
}
}
//]]>
</script>

Langkah 4

Seterusnya klik save . Nak check klik preview dulu k... kalau takder error.. ok la tue

Langkah 5

Salin kod berwarna biru dibawah dan pastekan pada post. Gantikan pada perkataan masukkan url image pada kod tersebut kepada url image anda.

<a class="highslide" href="masukkan url image" onclick="return hs.expandundefinedthis)"><img border="0" height="130" src="masukkan url image" title="Klik untuk 'resize'" width="100" /></a>

p/s: sumber dari maribinablog.blogspot.com

Friday, October 22, 2010

Code warna html

Salam semua. Ini saya nak kongsi code warna. pergi ke link ini.




yang ini kalau sesiapa berminat nak save...

Kaedah melupuskan Al Quran.





Salam semua. Hari ini nak cerita mengenai kaedah melupuskan Al Quran. Pasti kita akan ingat cuma Al Quran sahaja kan. Bagaimana dengan buku sekolah agama? Kad jemputan kahwin? Yang itu pasti kita buang begitu sahaja tanpa kita sedari kadangkala ada ayat Al Quran. Saya pasti semua umat Islam tahu apa hukumnya jika kita salah meletakkannya sehingga dipijak tanpa sengaja. Info ini saya dapati dari Berita Harian (19.09.2010). Cara melupuskan Al Quran :

  1. Bakar dan abunya dihanyutkan di air mengalir.
  2. Bakar dan abunya ditanam ditempat tinggi.
  3. Bakar ditempat yang disediakan oleh pihak berkuasa agama negeri.
  4. Percetakan Saufi Sdn. Bhd. di 55 Lorong Haji Husin 1 Off Jalan Raja Muda Kampung Baru, Kuala Lumpur 50300, Wilayah Persekutuan
    p: 603-26933049 f: 603-26933051
Semoga kita akan lebih berhati-hati dan mengambil tindakan yang betul dalam perkara ini. InsyaAllah

sumber gambar : http://satuperkongsian.wordpress.com

Wednesday, October 20, 2010

sorokkan blog title dan description

Salam. Lagi satu saya nak ajar bagi kengkawan yang taknak ada blog title dan description tapi tak nak buangkan kod daam html.

cara-caranya:


  1. pergi dashboard - design - edt html
  2. tekan ctrl f. akan keluar find dekat atas.
  3. taipkan header h1{ . lepas itu pepandai la korang cari bawah sekali dan tambahkan display:none;

yang ini contoh diambil dari saya:



.Header h1 {
font: $(header.font);
text-shadow: 1px 1px 3px rgba(0, 0, 0, 0.3);display:none;
}

.Header h1 a {
color: $(header.text.color);
}

.Header .description {
font-size: 350%;
display:none;

Cara nak post html dalam entri

Salam semua. hari ini nak ajar buat:



Bagai mana ? Senang sahaja…

1. taip <textarea rows="10" cols="25"></textarea> nanti adujust rows dan cols tue ek

mudah bukan... dan jika anda nak tolong kengkawan lain pula.. guna laman web ini.http://www.allblogtools.com/html-character-encoder/

Tuesday, October 19, 2010

How to center image in header

salam semua.. tutorial kali ini mengenai nak letak gambar kat tengah-tengah header. tak tahu berapa kali dah cuba akhirnya saya dapat jumpa yang paling senang sekali. tak perlu edit di html. Apa yang perlu adalah...


  • Design > Template Designer > Advanced (on left) > Add CSS (bottom of Advanced list).
  • masukkan #Header1_headerimg {margin:0 auto;}
  • itu sahaja. boleh tengok kat preview lagi..

p/s : gambar itu mesti yang dibawah 300kb.. jadi paling senang guna adobe photoshop.

Sunday, October 17, 2010

Sitemap

Intipati Bajet 2011

Salam .. ini sambungan dari post yang sebelumnya. Sumber dari Utusan Malaysia.


  1. elaun kehadiran mesyuarat ahli JKKK dan JKKP RM50.00
  2. Pengecualian duti eksais 100% ke atas kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU.
  3. Pengecualian dutiimport dan eksais sepenuhnya keatas kereta hibrid dan elektrik.
  4. Cukai perkhidmatan dicadangkan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran tv berbayar. (astro la tu)
  5. Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1%. Jadi 6%.. bermula 1 Januari 2011
  6. Peruntukan pembangunan RM6.4 billion untuk Kementerian Pelajaran bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
  7. RM213 juta bagi MBMMBI dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
  8. Menaikkan kadar pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM20,000 untuk kumpulan Sokongan 2.
  9. Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM450,000. ( elok gak.. takder duit abis kat kereta ajer kan)
  10. Melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia . RM500 juta untuk Kolej Komuniti, IKBN,ILP dan Pusat Giat MARA.
  11. Peruntukan RM500 juta untuk Projek Penyelenggaraan Aset Awam bagi membantu kontraktor kelas F
  12. Rm850 juta bagi infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  13. RM 411 juta untuk melonjakkan ekonomi ke arash negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai tambah dalam setiap bidang ekonomi.
  14. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta. (R&D oleh universiti & institusi penyelidikan)
  15. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif. Contoh filem, drama dan dokumentari.
  16. Dana pencen swasta.
  17. Skim Amanah Hartanah bumiputera bernilai RM1 billion dan patuh syariah.
  18. SC akan menawakan lesen broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing.
  19. Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit. ( dulu ada belajar sekarang dah lupa)
  20. Dana permulaan perniagaan bernilai RM100 juta. (MTDC )
  21. GLC boleh melabur sehingga 20 % daripada jumlah aset . (sebelum 7% sahaja).
  22. PNB akan bina menara 100 tingkat berharga RM5 bilion.
  23. Koridor dan wilayah ekonomi dapat RM850 juta bagi infrastruktur sokongan.
  24. RM857 juta diberikan kepada syarikat tempatan yang melabur dalam sektor elektrik dan elektronik.
  25. Pengurangan cukai bagi perbelanjaan untuk penerbitan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai' Bithaman Ajil berasaskan tawarruq.
  26. Skim Amanah Hartanah Bumiputra dilancarkan dengan saiz bernilai RM1 bilion.

BAJET 2011

Salam.. hari ini nak cerita mengenai bajet 2011 . Sumber dari Utusan Malaysia. Nanti akan saya post lagi yang lain-lain ek. Sekarang kita tengok pelan dulu..



Sumber pendapatan: RM211,987 juta

Dari mana ?
  1. Cukai pendapatan 37.6%
  2. Hasil bukan cukai dan cukai-cukai lain 25.8%
  3. Cukai tidak langsung Lain 12.8%
  4. Duti import 1.0%
  5. Duti eksport 1.0%
  6. Pinjaman & penggunaan aset kerajaan 21.8%

Kemana?

  1. Perbelanjaan pembangunan
  • Perkhidmatan ekonomi 13.4 %
  • Perkhidmatan sosial 7.3 %
  • Keselamatan 2.1 %
  • Pentadbiran am 0.5 %

2. Perbelanjaan mengurus

  • Emolumen 21.5 %
  • Perbelanjaan lain 13.7%
  • Bekalan & perkhidmatan 13.3%
  • Subsidi 11.2%
  • Bayaran khidmat hutang 8.7%
  • Pencen dan ganjaran 5.8%
  • Pemberian & serahan kepada kerajaan negeri 2.5%

Friday, October 15, 2010

ringan blog ??

Salam.. ini tutorial yang kedua... saya kongsikan ek.. nie saya belajar dari nescafe ais... harap dia tak marah... kalau kawan2 nak g blog dia.. nie laman dia. www.maribina.blogspot.com

1.Login Blogger Dashboard --> Design --> Add A Gadget --> HTML/Javascript.
2. copy n paste je code dibawah.


3. Save... dah siap..


p/s:

1. Jika tiada sebarang efek berlaku selepas kod di Save, sila paste kod tersebut sebelum atau di atas kod pada script template.

2. Jika tiada seberang perubahan selepas kod di paste di atas atau sebelum kod , sila paste kod tersebut sebelum atau di atas kod


kalau tak jadi... guna yang ini plak



setakat ini.. itu sahaja yang aku belajar.. kalau ada silap dan salah minta maaf ek

Sukan komenwel 2011

Salam semua.. dah habis sukan komenwell dan tahniah kepada Malaysia yang berjaya mendapat tempat ke 7 dengan emas 12, perak 10 dan gangsa 13... melepasi dari target negara kan... nak lihat result sepenuhnya klik di sini

Malaysia Boleh!

Thursday, October 14, 2010

Timbang berat belog anda.

Salam... ini adalah satu tutorial yang saya nak ajar... pernah tak kita timbang berat belog kita? tak pernahkan. Semalam saya baca dalam satu belog... n dia bagitahu kalau belog kita berat akan menyebabkan belog lambat loading.












#

Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1http://www.adibdaddy.blogspot.com/81.86 KB0.35 seconds0 seconds



yang ini contoh belog saya. tadi saya baru baca... kalau keputusan berwarna merah, maksudnya lambat.. kalau biru... cepat dari yang sepatutnya... tapi bawah 100kb dah terbaik..kalau kengkawan nak check..saya letak dibawah ini. Sila la check ek.. dan jangan lupa komen k!

































Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)


 


(eg. iwebtool.com)

 
 




 



Powered by iWEBTOOL


Tutorial

Salam .. semlm sampa pukul 12.00 buat blog.. saya dan wife dah jumpa banyak blog untuk buat blog kita canggih.. hehehe smpai mimpi blog gak aku.. nak tahu mcm mana? nanti ada masa saya akan post kan ek.. tunggu.. saya memang salute kat blogger tue.. dia tak kedekut ilmu... so nanti saya pun akan share ngan kengkawan gak ek... salam

Wednesday, October 13, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

Salam semua..Petang tadi ada mesyuarat koko kat sekolah. Rupa-rupanya untuk berbincang tentang program Perkhemahan dan Penyampaian Anugerah Murid Cemerlang... Tak nak cakap banyak ler.. nama saya naik jadi Penolong Kem Komanden dan Penyelaras Kawad kaki. Diam terus... nak tolak tentu tak leh.. Stail sekolah saya.. semua setuju... tak pernah ada bangkang kalau bab tugasan... So sekarang kena cri maklumat gak la... dulu ikut orang ajer.. sekarang kena arrange perkhemahan.. Nasib baik ada Nubli.. dia la KEM KOMANDEN :)

Tuesday, October 12, 2010

wedding day

Salam semua...aper cerita saya hari ini??? cerita mengenai jiran merangkap kawan saya yang baru kahwin... tapi yang terakhir antara kami... :) Akad nikah hari Jumaat (8.10.2010). Kenduri rumah perempuan di Batu 5 Tambun (9.10.2010) dan rumah pengantin lelaki di Kampung Tersusun Tasek (10.10.10) Azmil dan azlina... Selamat pengantin baru memei!. Harapan.. agar berkekalan bersama selama-lamanya.. kalau gaduh tue.. adatlah.. pepandai la korang settlekan.. cuma jgn guna org ketiga udah ler.. hehehe... nie aku letakkan slideshow untuk kengkawn semua lihat...

Akad Nikah 8.10.10


Projek letak papan tanda arah


Selamat Pengantin Baru

Monday, October 11, 2010

Jawatan Kosong

Salam semua.. tergerak hati saya untuk berkongsi maklumat mengenai jawatan kosong yang ada di Malaysia. Kengkawan bolehlah melihat di sebelah kiri atas. Saya telah letakkan tajuk Jawatan kosong. Setakat ini saya dapati laman tersebut sentiasa dikemasini setiap hari. Harap kengkawan yang masih tidak bekerja atau mencari kerja yang lain akan dapat apa yang diimpikan.. salam ..

Sunday, October 10, 2010

Teh Candu


salam semua... semalam (Sabtu) saya pegi ke Tikan Batu. Tujuan cuma satu sahaja. menghadiri perkahwinan bekas Boss mak saya merangkap boss praktikal. Tempatnya adalah di Kg. Masjid Tikam Batu. 1st time pergi kawasan itu dan nasib baik ada GPS...memang membantu ke kampung tersebut. Nak ke sana, kita akan exit dari Tol Bertam then sampai lampu isyarat kita akan belok kanan. terus sehingga 7 km kot... eh dah melalut.... tapi itulah menyebabkan saya singgah di R&R Semanggol. tujuan adalah solat dan minum sebentar..

Lepas solat saya dan family singgah minum di kedai... dan tertarik dengan signboard dia..

teh candu....





jadi kami pun order 3 teh candu.. yang di sponsor oleh ibu saya.. :)

mai 3 teh candu..!

rasanya.. ehmmm dah dikacau jadik la lebih kurang macam teh ajer... tapi rasa dia lain. tak sama ngan rasa teh.. memang kaw- kaw.. mak saya cakap masa dia buat teh tersebut susah gak.. nak kena ada susu .. n buat satu persatu layer tue.. harga RM1.50 ajer... sedap... cubalah!!!



.....................................................................................


adib dengan aktiviti sepahnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...