wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, November 06, 2010

demam @ fever

Salam semua... wah cuti sakan kita kan... macam saya 5 hari cuti.. seronok plak jadi cikgu. tak ada masalah pun pasal cuti. masa kerja sebagai kerani, raya ke-3 dah kena kerja.. hahahahha...

Deepavali itu bermaksud Hari Cahaya..itu bagi masyarakat India... kalau salah maafkan ye..


apa yang anda buat masa cuti ini? saya balik IPOH!.. home sweet home... betul kata pepatah hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.. lagi elok di negeri sendiri...
Sekolah saya dulu...

Petang Khamis kami dah balik.. tapi tak tergesa-gesa.. settelkan semua perkara kat Sg. Besar Selangor baru gerak balik Ipoh.. 1st pergi rumah makcik di Batu 6, Tambun. Jumpa dengan mak mertua.. lepas itu pergi ke Klinik Mursyid di Medan Gopeng. Amni tak sihat...

Info dari doktor Tharizah.. kalau anak kita berumur 0-8 tahun demam, jangan bagi pakai baju.. BOGELkan dia, hanya pakai pampers.Terkejut dengar maklumat itu.. siap cakap kalau mak @ mak mertua kata tak boleh, nanti masuk angin la.. and apa-apa lagi la..lawan balik..

hairan juga kenapa tak bagi.. rupa-rupanya tak nak dapat penyakit SAWAN... lagi satu baby ini perlu sentiasa mandi. lepas mandi jangan lapkan.. biar dia kering sendiri. ini untuk tujuan bagi menyejukkan badan....

info ke-3 kalau badan baby itu panas, maksudnya demam dia kurang tetapi kalau badan dia sejuk.. itu tanda demam tinggi...

apa-apa pun kalau was-was jumpa doktor ok!

Hari Jumaat memang best! waktu beristirehat! memang tak pergi kemana-mana ... cuma hari sabtu nie ada kenduri... di rumah opah.. Harap-harap makcik saya akan sembuh dari sakitnya Amin...

Hari Ahad plak plan makan pizza 6 cheese dan pergi ronda-ronda ke Jaya Jusco.. bekas rumah ke-2 .. hahahaha..

Hari Isnin pula nak bawa wife untuk temuduga di JPN Perak dan prepare untuk balik...

ini la cuti DEEPAVALI saya..

p/s: saya dengar bunyi mercun dari pukul 12 hingga 1 pagi semasa HAri Deepavali .... tak ada orang berkuatkuasa ke???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...