Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Sunday, November 07, 2010
Hospital Bahagia?
Salam.. berita terkini...Alhamdulillah.. selamat juga kami mengadakan kenduri di rumah opah di Tasek, Ipoh... dan Alhamdulillah dapat membaca Yasin bagi memohon dipermudahkan dan menyembuh penyakit makicik saya... Amin...
biasa la dah jumpa sedara mara, bersembang dengan seorang sepupu yang bekerja di HOSPITAL BAHAGIA, TANJUNG RAMBUTAN PERAK...
jadi saya nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang apa ada di HOSPITAL BAHAGIA...
kalau government kebanyakkan adalah guru. Apabila saya tanya kenapa ramai guru... memei (sepupu saya) kata sebab stress... kenapa guru boleh stress... mengikut pengalaman saya, kita boleh jadi stress sebab guru nak bagi yang terbaik kepada murid-muridnya.. apabila sampai satu tahap tekanan yang melampau membuat kita jadi stress...
saya tanya lagi apa tanda-tanda awal? jawabnya kalau duduk diam.. duduk sorang-sorang, murung.. itu adalah tanda-tanda...geleng kepala dan terfikir
kalau pekerja swasta pula... banyak yang ambil dadah... zaman sekarang kan banyak jenis-jenis dadah moden... itu yang membuat manusia rosak otak. dalam kepala terfikir masa emak kerja dibank.. memang gaji besar.. tetapi keja dari pukul 7.00 pagi - 9.00 malam... ehmmm mana tak ambil dadah kalau yang muda-mudakan..
remaja pun ada... umur 18 -20 dah masuk HOSPITAL BAHAGIA... itu sebab layan gam dan dadah... yang ini memang diakui kalau sesiapa yang menghisap gam akan menyebabkan otak beku... hahaha.. bukan beku tapi akan memberi kesan kepada otak...
Kesimpulan:
punca manusia mengalami masalah mental adalah kerana stress. oleh itu saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan agar dapat menangani stress dengan betul. Jangan sesekali memakan ubat stress kerana memei kata kalau sekali dah makan sampai mati kita akan makan ubat itu..
kepada ibu bapa, anak-anak yang meningkat remaja... janganlah ambil gam itu... memang tekanan akan ada dalam kehidupan.. sama ada muda atau tua tapi pepandailah anda merawatnya.. kepada remaja, dari layan gam baik layan jamming, masuk kelab yang minat atau apa-apa pun.. tapi bukan GAM...k!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tu la...jgn dok stress...stress... klu stress pun, p ambik ayaq sembahyang baca quran..
betul tue ana.. dan jangan adi kera sumbang... dok sorang-sorang
Post a Comment