wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, December 19, 2010

O/D gear automatik



Salam.. hari ini nak kongsi ilmu tentang penggunaan O/D pada gear automatik. 1st saya tahu pasal ini adalah sejak adik menggunakan kereta auto... MYVI... adik saya kata ia digunakan untuk bagi pickup, ketika memotong atau semasa di traffic light.

tapi saya dah dapat maklumat penggunaan yang betul dari suratkhabar Utusan Malaysia (16 Disember 2010). Jadi sekarang saya kongsi info info yang penting k...

1. Penggunaan yang betul dapat menjimatkan minyak dan mengurangkan risiko kenderaan terbabas ketika melalui selekoh jalan atau menuruni bukit.

2. Ketika memandu dan menekan picu O/D pada baang gear, lampu O/D OFF akan menyala dan ini menunjukkan penggunaan  gear sehingga gear 3 sahaja.

3. Ia sesuai digunakan di bandar atau taman perumahan kerana akan menjadikan kereta lebih ringan dan kelajuan yang tidak melebihi 90km/h

4. Sentiasa perhatikan RPM. Jika melebihi 3500 pada pemanduan yang lancar dan berterusan, O/D perlu dimatikan. Jika tidak... makan minyak ler jawab nya....

5. Huraian penggunaan O/D meluas merangkumi cara pemanduan, sistem keselamatan semasa dalam hujan dan juga ketika mengambil selekoh tajam.

Jadi pada pengguna kereta automatik... pastikan anda menggunakan dengan cara yang betul.

p/s: gambar dari internet google.

1 comment:

Pemilik Blog said...

ooww... nice info... ku ingat kan OD tu overdraft... hahhaha

jom g blog aku http://blogmacammacamada.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...