wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, October 24, 2010

Minyak RM2.50


Salam semua.. mesti semua terkejut... minyak dah nak naik ker??? Bukan.. minyak tak naik pun.. tapi semalam saya tengok talian hayat di NTV7..

terkejut gak bila dapat tahu di kawasan pendalaman Sabah... di pulau beluran dan 3 lagi pulau yang tidak dapat menikmati kemudahan yang kerajaan berikan. Harga minyak menjadi RM2.50 kerana terlalu jauh dan ada ejen yang menghantarkan minyak tersebut ke kawasan tersebut yang dianggarkan seramai 1000 @ 10000 orang. saya tak pasti.

Pengacara program talian hayat Wan Kamaruddin memang hebat.. dari penjual hingga KPDNKK Putrajaya di soal siasatnya.

KPDNKK telah melantik syarikat TNS ( kalau tak silap) untuk mengedarkan minyak mengikut harga RM1.80 bagi petrol dan RM1.70 untuk diesel. Namun ini semua masih dikawal oleh KPDNKK Putrajaya. Betul gak wakil TNS itu kata, dia cuma membekalkan ke tempat yang diberi oleh KPDNKK Putrajaya. NAma pun syarikat, takkan nak rugi.

Apabila Talian Hayat menemubual Menteri KPDNKK YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob beliau telah memberi penerangan dengan sebaik baiknya. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memberi kemudahan dikawasan pulau tersebut. Ianya masih dalam perbincangan kerana beliau mahu memastikan kawasan yang telah menerima bantuan tersebut akan terus menerimanya dan bukan mengikut musim.Beliau juga telah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Komen anda???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...