wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, June 14, 2013

Review man of steel

Salam. Alhamdulillah ada gak kebaikan duduk di bandar. Semua kemudahan disediakan. Hari ini Adib pergi ke sekolah walaupun menangis. Hari ini baru bercakap banyak dengan dia. Semalam buat tak tahu je sebab tak nak g sekolah. Berkesan gak kaedah ini. dah tak larat nak marah dah..
Hari ini kami menonton wayang filem man of steel. Senang cakap cerita Superman.  Adib bab cerita super hero mat saleh memang suka. Jadi layan la. Asalkan Adib  pergi ke sekolah. Rezeki Adib juga sebab takde program Mentor Mantee. Kami menonton jam 3.45 petang. Elok lagi beberapa minit terus pergi Jusco Ipoh. Ingatkan tak ramai orang waktu bekerja. Sama gak seperti waktu bercuti.
Ok kat TGV Ipoh dah ada 3D. So takkan nak tengok 3D kot. Jadi ambil yang biasa sahaja. Tempat duduk belakang dah penuh. Saya ambil tempat E11 dan E12. Rupa-rupanya kami yang paling hadapan. Adib plak banyak tanya soalan.  Sikit sikit tanya mana superman . Kenapa jadi macam itu, macam ini. Sampaikan dia ingat berlaku betul betul. Ok selesai cerita pasal kami. Sekarang nak review cerita ini.
Masa tayangan hampir 2 jam. Berbaloi gak dengan harga RM13 dewasa dan RM7 kanak kanak. Cerita bermula dari zaman Krypton. So dah banyak kali ulang sejarah Superman. Refresh balik sejarah. itu sebab  penting sejarah dalam kehidupan. Clark Kent sahaja yang lahir secara semulajadi,  makhluk yang lain diproses mengikut kategori masing masing. Jadi jeneral jugalah yang memberontak dan bapa Superman (El) menghantar Clark Kent ke bumi.
Kalau anda kaki Superman pasti dah tahu apa yang berlaku zaman kanak kanak dan remaja serta apabila dewasa. Lebih kurang sama sahaja.
Bezanya mungkin pekerjaan yang dilakukan kot. Saya rasa. Kemuncaknya apabila Clark kent tahu asal usulnya. Bermula dari situ Jeneral Zok tahu dimana Clark Kent. Tapi suit yang dipakai oleh Geng Jahat (Jeneral Zok) memang sempoi. Semuanya besi. Tu sebab tajuk dia man of steel. Sampaikan pesawatnya pun besi.
Kekurangan bagi saya asalah aksi lawan laju sangat.  Aksi lawan terlalu cepat. Sehingga tak nampak macam mana Superman kena belasah ngan Jeneral . Kemudian dalam keadaan bangunan runtuh,  masih ada yang boleh berlari. Kawan kawan Lois (wartawan) boleh plak ada kat kawasan runtuhan dan hanya kena debu je. Tak logik. Lois ini tak cantik mcm dulu :)
Kelebihan cerita ini bagi saya, kostum mereka menarik! minat baju superman dan Jeneral.  Kreatif designer dia. Sentiasa penuh aksi. Penuh dengan nilai-nilai murni.
Saya bagi 4 bintang dari 5...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...