Inilah akibat balik ipoh ikut jalan pertama kali lalu. Selalu saya akan ikut melalui Pekan Teluk Intan tapi kali ini saya lalu laluan bas. Sampai di gerai nenas, Kg. Selabak saya akan belok ke kanan dan sehingga jumpa simpang tiga akan belok ke kiri. Entah macam mana, ikut kereta di hadapan, saya tak belok ke kiri tetapi saya teruskan perjalanan.
Akhirnya saya dah sampai ke Bidor! Ini saya perasan sebab saya tak lalu Langkap dan masa perjalanan dah sejam tapi tak sampai Kampar lagi. Nasib baik Bidor ada laluan PLUS. Terus saya keluar melalui Jalan Ekspress Utara Selatan. Dah lalu saya pun singgah sebentar di RnR Tapah. Pekena ketupat palas dan rendang sambil isteri menunaikan solat Asar. Ramai orang di RnR. Ingatkan waktu bekerja tak ramai.
Lepas itu ada kemalangan di Gua Tempurung. Dua kejadian kemalangan lori. Nasib baik tiada yang cedera. Dimaklumkan bahawa kejadian disebabkan tayar meletup.
Lepas sampai RnR Simpang Pulai kami menunaikan solat dahulu . Dah masuk waktu bro!
Lepas itu aaya bercadang nak pekena burger bakar Rawang cawangan Ipoh. Lokasi terletak di hadapan kedai Azam Hias. Kalau tak tahu seberang jalan Mc donald Medan Gopeng. Bagi saya harga amat berpatutan. Boleh saya katalan berbaloi. Saya pilih burger ombak rindu. Ini sebab ada daging salai. Hehehehe teringat saya makan burger kukus. Kalau anda tak pernah cuba atau berada di Ipoh boleh la datang. Servis pun terbaik. Air percuma lagi tau. Ada pelbagai jenis menu. Kalau nak special, KLCC burger la. Saya sati burger pun dah puas. Hehehe itu cerita saya untuk entri kaki ini. .. Sekian
No comments:
Post a Comment