Sebelum bercuti, kenalah bertugas dahulu. Lepas habis kelas bimbingan kami sekeluarga terus menuju ke Lumut. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Walaupun hari ini hari bekerja tetapi jalan ipoh manjung sentiass sibuk. Sebelum itu saya mengucapkan takziah ke atas pemergian bapa ke Rahmatullah Menteri Besar Perak.
Kami sampai ke Marina Jetty Island jam 2 petang. Kalau naik dari sini kita kena jadi ahli dahulu. Bayarannya RM 10 setahun. Harga tiket masih sama dengan Jeti Lumut iaitu dewasa RM10 dan kanak- kanak RM 5. Faedah yang anda dapat, perjalanan hanya 10 minit. Jangan lupa untuk bayaran parking iaitu RM 10 sehari. Dulu saya baca blog, bayaran hanya RM 5 sahaja.
Sampai di jeti pangkor kami cadang nak sewa teksi sahaja. Entah macam mana kami ambil kereta. NISSAN SUNNY...walaupun pada mulanya risau nak bawa tetapi kereta ini memang hebat. Sedap betul naik bukit. Kereta ini sewa sehari RM 70 , itu pun selepas dah tawar. Kemudian saya isi RM 10 minyak.
Jadi total RM 80. Untung juga sewa, boleh berjalan- jalan nanti. Kalau naik teksi bayaran ke hotel RM 20.00 SEHALA. Untung sewa kan....
Kami menginap di Palma Beach Resort, Teluk Nipah. Jauh dari pekan Pangkor. Lebih kurang 10 minit. Hotel ini disyorkan oleh Cikgu Osman. Terima kasih cikgj. Memang sesuai dengan harga dan berpatutan. Ok sekarang time nak rehat. Lepas Asar baru nak g beach... hahahaha
No comments:
Post a Comment