Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Friday, June 28, 2013
Terima kasih Alpha Home Sales And Services
Wednesday, June 26, 2013
Friday, June 21, 2013
Kakitangan Awam menikmati gaji baru
Kakitangan Awam Naik Gaji 1 Julai
KUALA LUMPUR: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.
Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.
Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.
Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.
Ketua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM).
Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.
Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.
-BH Online
Tuesday, June 18, 2013
Friday, June 14, 2013
Review man of steel
Salam. Alhamdulillah ada gak kebaikan duduk di bandar. Semua kemudahan disediakan. Hari ini Adib pergi ke sekolah walaupun menangis. Hari ini baru bercakap banyak dengan dia. Semalam buat tak tahu je sebab tak nak g sekolah. Berkesan gak kaedah ini. dah tak larat nak marah dah..
Hari ini kami menonton wayang filem man of steel. Senang cakap cerita Superman. Adib bab cerita super hero mat saleh memang suka. Jadi layan la. Asalkan Adib pergi ke sekolah. Rezeki Adib juga sebab takde program Mentor Mantee. Kami menonton jam 3.45 petang. Elok lagi beberapa minit terus pergi Jusco Ipoh. Ingatkan tak ramai orang waktu bekerja. Sama gak seperti waktu bercuti.
Ok kat TGV Ipoh dah ada 3D. So takkan nak tengok 3D kot. Jadi ambil yang biasa sahaja. Tempat duduk belakang dah penuh. Saya ambil tempat E11 dan E12. Rupa-rupanya kami yang paling hadapan. Adib plak banyak tanya soalan. Sikit sikit tanya mana superman . Kenapa jadi macam itu, macam ini. Sampaikan dia ingat berlaku betul betul. Ok selesai cerita pasal kami. Sekarang nak review cerita ini.
Masa tayangan hampir 2 jam. Berbaloi gak dengan harga RM13 dewasa dan RM7 kanak kanak. Cerita bermula dari zaman Krypton. So dah banyak kali ulang sejarah Superman. Refresh balik sejarah. itu sebab penting sejarah dalam kehidupan. Clark Kent sahaja yang lahir secara semulajadi, makhluk yang lain diproses mengikut kategori masing masing. Jadi jeneral jugalah yang memberontak dan bapa Superman (El) menghantar Clark Kent ke bumi.
Kalau anda kaki Superman pasti dah tahu apa yang berlaku zaman kanak kanak dan remaja serta apabila dewasa. Lebih kurang sama sahaja.
Bezanya mungkin pekerjaan yang dilakukan kot. Saya rasa. Kemuncaknya apabila Clark kent tahu asal usulnya. Bermula dari situ Jeneral Zok tahu dimana Clark Kent. Tapi suit yang dipakai oleh Geng Jahat (Jeneral Zok) memang sempoi. Semuanya besi. Tu sebab tajuk dia man of steel. Sampaikan pesawatnya pun besi.
Kekurangan bagi saya asalah aksi lawan laju sangat. Aksi lawan terlalu cepat. Sehingga tak nampak macam mana Superman kena belasah ngan Jeneral . Kemudian dalam keadaan bangunan runtuh, masih ada yang boleh berlari. Kawan kawan Lois (wartawan) boleh plak ada kat kawasan runtuhan dan hanya kena debu je. Tak logik. Lois ini tak cantik mcm dulu :)
Kelebihan cerita ini bagi saya, kostum mereka menarik! minat baju superman dan Jeneral. Kreatif designer dia. Sentiasa penuh aksi. Penuh dengan nilai-nilai murni.
Saya bagi 4 bintang dari 5...
Wednesday, June 12, 2013
Sunday, June 09, 2013
Saturday, June 08, 2013
Selamat Hari Lahir Amni
8 Jun adalah hari lahir Nur Amni Aqilah. Dah nak masuk 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah dan menjaga akhlak serta memberi syafaat kepada kedua dua ibu bapanyam Amin.
Kurangkan menjerit dan tendang tendang tau Amni...selamat hari lahir
Thursday, June 06, 2013
Mandi manda Coral Island dan makan ikan bakar Purnama Beach resort
Petang tadi kami bergerak untuk mandi manda di Teluk Nipah. Wah waktu petang air deras dan ombak besar. adib siap menjerit sebab selipar diambil oleh air. Hehehe..
Nak jadi cerita ada orang pelawa mandi kat Coral Island. Nak kena naik bot dan bayaran RM50. Terkejut gak tapi ayat dapatlah Rm 30. Tapi tak rugi mandi kat sana. Air jernih dan landai. Ombak pun tak kuat sebab dilindungi oleh pulau. Subhanallah. Allah Maha Besar. Brader yang bawa kami saya panggil abg wily. Dia siap biat show lagi. Willy bot . Saya yak sempat nak snap gambar. Dia sempoi. Bawa kami tgk batu buaya dan batu penyu. Kami mandi sehingga jam 6.30 petang. Lepas itu kami balik singgah tengok pokok couple. Atas batu tu ada dua batang pokok yang sama besar dan sama tinggi. Hehehehe
Selesai mandi dan solat kami pekena ikan bakar di Purnama Beach Resort. Ikan siakap berharga RM35 siap masak. Udaang dan sotong goreng tepung RM15. Menu tambahan sayur kailan ikan masin dan telur bungkus. Jom tengok gambar je ek. Heheheehehe
Cuti cuti ke Pulau Pangkor
Sebelum bercuti, kenalah bertugas dahulu. Lepas habis kelas bimbingan kami sekeluarga terus menuju ke Lumut. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Walaupun hari ini hari bekerja tetapi jalan ipoh manjung sentiass sibuk. Sebelum itu saya mengucapkan takziah ke atas pemergian bapa ke Rahmatullah Menteri Besar Perak.
Kami sampai ke Marina Jetty Island jam 2 petang. Kalau naik dari sini kita kena jadi ahli dahulu. Bayarannya RM 10 setahun. Harga tiket masih sama dengan Jeti Lumut iaitu dewasa RM10 dan kanak- kanak RM 5. Faedah yang anda dapat, perjalanan hanya 10 minit. Jangan lupa untuk bayaran parking iaitu RM 10 sehari. Dulu saya baca blog, bayaran hanya RM 5 sahaja.
Sampai di jeti pangkor kami cadang nak sewa teksi sahaja. Entah macam mana kami ambil kereta. NISSAN SUNNY...walaupun pada mulanya risau nak bawa tetapi kereta ini memang hebat. Sedap betul naik bukit. Kereta ini sewa sehari RM 70 , itu pun selepas dah tawar. Kemudian saya isi RM 10 minyak.
Jadi total RM 80. Untung juga sewa, boleh berjalan- jalan nanti. Kalau naik teksi bayaran ke hotel RM 20.00 SEHALA. Untung sewa kan....
Kami menginap di Palma Beach Resort, Teluk Nipah. Jauh dari pekan Pangkor. Lebih kurang 10 minit. Hotel ini disyorkan oleh Cikgu Osman. Terima kasih cikgj. Memang sesuai dengan harga dan berpatutan. Ok sekarang time nak rehat. Lepas Asar baru nak g beach... hahahaha
Wednesday, June 05, 2013
Jalan jalan sesat jalan cari makan Burger bakar rawang cawangan Ipoh
Inilah akibat balik ipoh ikut jalan pertama kali lalu. Selalu saya akan ikut melalui Pekan Teluk Intan tapi kali ini saya lalu laluan bas. Sampai di gerai nenas, Kg. Selabak saya akan belok ke kanan dan sehingga jumpa simpang tiga akan belok ke kiri. Entah macam mana, ikut kereta di hadapan, saya tak belok ke kiri tetapi saya teruskan perjalanan.
Akhirnya saya dah sampai ke Bidor! Ini saya perasan sebab saya tak lalu Langkap dan masa perjalanan dah sejam tapi tak sampai Kampar lagi. Nasib baik Bidor ada laluan PLUS. Terus saya keluar melalui Jalan Ekspress Utara Selatan. Dah lalu saya pun singgah sebentar di RnR Tapah. Pekena ketupat palas dan rendang sambil isteri menunaikan solat Asar. Ramai orang di RnR. Ingatkan waktu bekerja tak ramai.
Lepas itu ada kemalangan di Gua Tempurung. Dua kejadian kemalangan lori. Nasib baik tiada yang cedera. Dimaklumkan bahawa kejadian disebabkan tayar meletup.
Lepas sampai RnR Simpang Pulai kami menunaikan solat dahulu . Dah masuk waktu bro!
Lepas itu aaya bercadang nak pekena burger bakar Rawang cawangan Ipoh. Lokasi terletak di hadapan kedai Azam Hias. Kalau tak tahu seberang jalan Mc donald Medan Gopeng. Bagi saya harga amat berpatutan. Boleh saya katalan berbaloi. Saya pilih burger ombak rindu. Ini sebab ada daging salai. Hehehehe teringat saya makan burger kukus. Kalau anda tak pernah cuba atau berada di Ipoh boleh la datang. Servis pun terbaik. Air percuma lagi tau. Ada pelbagai jenis menu. Kalau nak special, KLCC burger la. Saya sati burger pun dah puas. Hehehe itu cerita saya untuk entri kaki ini. .. Sekian