Alhamdulillah dan tahniah buat Cikgu Marzuki di atas perkahwinan dua orang anaknya pada hari ini. Tak sangka saya, terus dua orang sekali. Memang best kenduri kat sini. Ini kerana lauk yang dihidangkan bebas tanpa catuan.hehehehe faham ke? Lauk, daging, ayam, sotong dan dalca. Memang sedap betul.
Selepas itu, kami pergi ke kedai Tupperware .Hajat untuk ke cawangan Kuala Selangor namun telah tutup. Kemudian kami bercadang untuk ke Shah Alam tetapi terus ke Damansara. Memang tak pernah akan pergi ke Damansara sebab tak reti jalan rayanya. Seronok duduk kawasan bandar, semua ada. Dapat saya menyelesaikan hutang piutang saya. :)
Kemudian terus ke IKEA. Tempat yang paling suka. Saya tak beli apa apa kali ini. Cuma teringin nak makan meatball. Alhamdulillah, dapat juga makan. Kalau nak pergi ikea, janganlah pergi waktu cuti. Susah nak cari parking. Kami sampai pun dah lewat, jadi solat pun kat Ikea sahaja. Semasa kat sini, baru teringin nak makan burger gergasi. Dalam kepala nak makan di Shah Alam. Terus telefon cikgu Mas sebab dah nak jadi orang Shah Alam. Tapi cikgu Mas cadangkan burger Lava... Teringat tayangan Majalah Tiga. Terus set ke burger Lava.
Man Burger Lava terletak di Damansara Damai. Saya tak tahu kawasan yang saya selalu itu berdekatan dengan Damansara Damai. Masa saya sampai jam 8.30 malam. Elok pula dah masuk waktu Isyak. Saya singgah di Al Muthadin yang terletak diatas bukit. Tak sangka saya ia atas bukit. Nyaman dan sejuk.
Jadi jam 9.15 malam, saya baru sampai ke kedai burger man. Tempat duduk memang dah tak ada, jadi Chiq Dina cari tempat duduk dan saya beratur. Jam 10.15 malam kot, baru dapat order dan Chiq Dina pun dapat tempat duduk. Air pun dah buat pesanan sehingga jam 11.30 malam Chiq dina kata tak larat dan minta bungkus. Amni dan ibu masuk ke dalam kereta. Adib pun sampai terlelap. Jam 12.00 pagi baru siap pesanan. Namun terpaksa makan di rumah sahaja sebab semua dah tidur.
Sampai di rumah jam 1.45 pagi. Dalam keadaan penat, teringin juga makan. Jadi saya cadang nak makan sedikit sahaja. Mula mula saya rasa Mr. Crab , saya ambil daging salai. Sedap! Tak apa esok baru makan. Kemudian saya ambil Spongebob daging kambing. Rasa roti yang dikukus. Tak ada minyak dan mentega. Wah lembutnya. Makan daging plak. Memang berbeza sangat. Lembut dan .... Susah nak gambarkan. Sedikit demi sedikit saya ambil dan hanya 15 minit, burger dah habis. Memang menyelerakan. Memang lain dari yang lain. Sos mayonis pun banyak. Saya suka yang keju warna hijau. Tak pernah rasa lagi. Sos black pepper pun sangat manakjubkan. Sampai sekarang masih lagi rasa teringin nak makan lagi.
Nak tahu kat mana? Kurang boleh layari blog dia dan juga Facebook. Nanti saya update alamat blog dan akaun FB ek. Ia terletak di Damansara Damai. Bersebelahan dengan McDonald. Senang nak carikan. Tapi saya minta yang datang dari jauh agar datang waktu petang. Kalau anda datang malam, alamat pagi esok kot baru dapat merasa. Saya tak pasti buka pukul berapa, tapi tutup pukul 1 pagi. Masa saya datang itu, jam 11.30 dah tutup sebab ramai orang, mereka tak mampu nak menyiapkan pesanan dengan segera. Saya pun hampir 2 jam.
Update:
Blog: manburgerkukuslava.blogspot.com
FB :Man Burger Kukus Lava
Sekarang jom lihat gambar pula...
No comments:
Post a Comment