Salam semua. Pasti ada yang telah lena pada waktu ini. Saya pula sebelum tidur teringin nak menceritakan apa yang berlaku agar menjadi iktibar dan ingatan pada saya dan anda semua. JANGAN sesekali membuka penghawa dingin bersama peralatan yang lain!
Selepas makan malam dan ketika nak tidurkan amni dan adib, saya rasa mata ini berat sekali. Jadi saya bercadang untuk melelapkan mata sebentar sebelum menunaikan solat Isyak.
Dah dapat tidur, bukan senang nak buka mata. Sehingga saya terbau benda terbakar. Dengan mata yang berat saya bangun juga sebab nak menunaikan solat. Saya mencari dimana datang bau terbakar. Sehingga saya dapati di soket bilik tidur.
Allah Maha Besar. Dia mengetahui segala galanya. Nasib baik saya tidak tidur lena. Sekurang kurangnya dapat saya menggunakan deria bau untuk terus bangun. Jika tidak mungkin kami sekeluarga telah tiada dan tiada teman pengganti.
Saya terkejut juga bagaimana soket tersebut cair. Saya menggunakan pelbagai soket untuk memasang penghawa dingin dan Air Purifer. Namun isteri telah menutup Air Purifier sebelum tidur. Mungkin aliran elektrik masih ada dan tidak dapat mengalirkan kepada tempat yang sepatutnya, menyebabkan soket menjadi cair.
Jadi jika boleh asingkan soket untuk penghawa dingin dan biarkan ia menggunakan secara sendirian. Jika berlaku api kecil, saya rasa tak sampai 5 minit bilik akan terbakar. Ini yang saya lihat semasa pihak NGO datang memberi penerangan tentang kebakaran.
No comments:
Post a Comment