Salam....
Kali ini entri peribahasa ciptaan sendiri yang dipetik dari peribahasa asal iaitu habis madu sepah dibuang.hehehehe Sejak akhir akhir ini, banyak sangat ketidakpuasan atau lebih dikenali dengan GERAMJI. Sebagai penulis amatur, blog adalah tempat sesuai untuk meluahkan hati dan perasaan agar dapat menjadi panduan kepada yang lain jika kes yang sama berlaku.
Setiap kali balik rumah, pasti perasaan yang bercampur baur ( tidak baik) . Bermula dari kayu yang letak di dalam rumah dan sekarang bahagian dapur pula. Dinding pula pecah. Nasib baik tak kena meja makan dapur saya.
Batu berselerakan di bawah lantai dan nyaris nyaris nak kena meja makan. Dah la meja itu dalam bentuk kaca. Chiq Dina dah telefon makcik rumah, namun dari cara cakapnya, macam lambat lagi je. Makcik boleh kata , rumah madi ke? Ok.... Itu je...
Susah juga ek duduk rumah sewa. Masuk ini dah dua kali saya jumpa orang alim dan perwatakan warak tapi sikap tak mencerminkan keperibadian. Pertama kali semasa datang ke sini, dan ini kali kedua. Kadangkala baik berurusan dengan Cina kerana mereka lagi jujur dan bertanggungjawab walaupun ada orang kata merugikan.
Inilah dugaan bagi saya. Harap Allah akan mengampunkan dosa dosa kami dan memberi petunjuk kepada mereka tentang hak sesama manusia. Amin
No comments:
Post a Comment