wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, January 01, 2011

Tahun 2011 di SJKC

salam semua... lama tak tulis dalam blog. semenjak kena tukar sekolah, rasa masa dah tak ada. 1st sekolah itu jauh. lebih kurang 20 minit dari rumah.Penat jangan cakap. tapi penat bawa motor atas jalan yang tak elok. terumabng ambing je. Ni jalan dari Parit 9 ke Sungai Besar. teruk!!!

27hb adalah hari pertama di sekolah baru. Sekolah SJKC aka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Dah macam orang asing masa itu. tak tahu mana nak pergi .. terus sahaja pergi kebilik guru... masa jalan pun saya sekadar senyum. nak  terbagi salam Islam kepada cikgu cina pun ada. Sampai bilik guru , guru pertama saya tegur Cikgu Yussaini. Ah nasib baik ada.cikgu Melayu (dalam hati).. Kemudian jumpa Cikgu Mastora... CIkgu Osman, Ustazah Rogayah dan lain-lain.. Majoriti guru Islam adalah 9 orang termasuk guru Muallaf.

Dalam mesyuarat, cakap dalam bahasa cina. kekadang bila diaorang gelak saya pun gelak.. saya gelak sebab tengok gelagat cikgu cikgu situ... dan sebab lagi satu umpama ayam cakap dengan itik. hehehehhe tak faham pun. Inilah kali pertama saya mesyuarat dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sekolah itu sapu semua mesyuarat dalam satu hari!!!

Apa yang saya nampak, lihat dan pengalaman di SJKC? Sekolah memang besar dan memuaskan. Persekitaran dan infrastruktur memang terbaik setakat ini (sekolah yang pernah saya pergi). cuma masalah dari segi bahasa  dan sikap guru-guru. maklumlah sekolah cina guru cina ramai dan cara guru cina berbeza dengan guru SK.  tapi yang saya tak boleh lupa bila seorang cikgu cina maklumkan tentang sajak cina yang lebih dari 1000 tahun. dan saya pun ada gak belajar sebut-sebutnya...

Setakat ini saya nak kongsi... dah takder masa saya nak taip sebab banyak kerja nak uat untuk buka sekolah.. salam semua

5 comments:

Unknown said...

WOW! What subject are you teaching? SK is very diff from SRJK. Life is more challenging especially you can't understand mandarin. Work hard jer~ don't worry!

hasmardy said...

Yes thats true . I teach Pemulihan Khas...More chellenging.. and for sure i have to use more pictures :)

princess hanna said...

wahhh...pengalamn yg mnarik...later teach me bhsa cina ya...=)

hasmardy said...

InsyaAllah... kalau ada saya post kat sini k

mknace unlimited said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...