wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, January 08, 2011

Linus vs. Pemulihan Khas

Salam. sejak beberapa hari ini saya tak dapat nak menulis sebab Broadband dah 'penuh'!. yang ini saya ambil 6gb plak. tue pun setelah isteri saya setuju  nak bayar lebih ;P. kali ini saya nak berkongsi kerunsingan saya terhadap mata pelajaran yang akan saya ajar, Pemulihan Khas.

Seperti yang semua maklum,mulai tahun 2010 murid-murid akan diberi saringan LINUS untuk melihat pencapaian murid-murid dalam bahasa melayu dan matematik. bagi yang tidak melepasi konstruk 1 dan 2 akan memasuki kelas pemulihan. bagi murid tahun 2 2010 pula masih lagi mengikut kaedah pemulihan khas. Mereka perlu melepasi Ujian pelepasan sebelum dibenarkan memasuki ke kelas biasa.

Namun masalah timbul pada saya apabila saya memegang kelas pemulihan di SJKC. Bagi saya murid tahun 3 tak bermasalah kerana memang masih mengikut kaedah pemulihan namun bagi tahun 2 saya terasa masih seperti di awangan lagi.

Jika saya mengambil keputusan saringan 3 2010, hanya Bahasa Melayu sahaja yang tinggal LINUS iaitu seramai 8 orang dan tiada LINUS untuk subjek matematik. Namun guru pemulihan sebelum ini memberi nama murid seramai 19 orang (2 kelas lagi) kepada saya untuk dimasukkan ke kelas pemulihan. Bagaimana guru LINUS memberi maklumat data  kepada pihak PPD? saya menjadi musykil...ini belum lagi yang saya baca di forum dimana murid itu linus tetapi dalam ujian pelepaan , murid tersebut berjaya! ah.. mcm mana itu.

Masalah saya sekarang pula apabila ingin menyusun jadual. terdapat banyak jadual yang bertembung dan baru sebentar tadi saya telah ber 'sms' dengan Pn Jesma dan beliau mencadangkan saya berbincang dengan GPK terlebih dahulu dan menyusun mengikut jadual kelas.

Apa-apa pun saya akan membuat saringan semula berdasarkan ujian saringan 3 dan murid yang melepasi konstruk 8 akan masuk ke kelas seperti biasa. Minggu depan saya akan mulakan.! SAYA BOLEH!

4 comments:

Ken Wooi said...

all the best :)

hasmardy said...

thanx

TcRaiN said...

Linus ada pembaharuan strategi berbanding pemulihan yang asal... Linus ni kalau tak silap setelah adanya NKRA

hasmardy said...

betul tue ain... kesinambungan dari pemulihan khas.. dan linus lebih kemaskini lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...