wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, January 28, 2011

Budak sekolah hisap rokok

salam semua.. hari ini saya nak cerita apa yang saya lihat semasa saya dalam perjalanan ke sekolah..
Sampai kat area Sungai Nibong, Sabak Bernam saya kena diberhentikan oleh penjaga lalu lintas sebab murid-murid nak melintas. hehehe.. bagus tau... keselamatan terjamin. Jadi saya pun berhenti bersama-sama dengan penunggang yang lain.
Saya perasan macam ada bara api jer kat tangan budak sekolah nie.. bila saya tengok betul-betul memang sah.. sedang hisap rokok. Bagi saya setakat hisap rokok zaman sekarang dah tak ada apa-apa pun. Sekarang budak lagi berani. hisap selamba sahaja. Tapi yang ini lagi selamba.. mak bawa motor anak kat belakang hisap rokok!!!

eh apa dah jadi dunia!!!!? Mak nyer tak marah ker? atau menggalakkan lagi ke.? dah tak tahu nak kawal anak, jadi bagi sahaja hisap? itu baru hisap rokok... belum lagi kenal dengan ganja ke ais ke dan lain-lain. Benda ini semua bermula dari rokok.

Mak bapak dia tak sayang anak nie... bagi saya mustahil kalau mak bapa sayang anak akan membenarkan anaknya merosakkan dirinya. Tengokk pada kes-kes jenayah sekarang... bunuh datuk yang terbaru. Ambil kau.. panjara seumur hidup... umur baru jer awal 20an..

Saya sebagai seorang guru pun kadang-kadang marah juga dengan sikap budak-budak ini.. tapi zaman sekarang mana boleh tegur atau marah lebih-lebih.. nanti 'jumpa di mahkamah!'... lebih baik kita diam.. janji kita dah buat report, jumpa kaunseling dan bagitahu ibu bapa... done...

p/s: dah jatuh cinta pada SJKC

7 comments:

Ronaldmohoni said...

Budak sekolah zaman sekarang. Tak tahu apa nak jadi.

Cik Puan iLa said...

ish3...zmn skrang ni mmg mcm2 prangai buruk budak2..
huhuhu

**slm perkenalan..baru jumpa kt innit td..

BEN said...

hisap rokok membawa padah.. lol..
thefitmuscle.blogspot.com

hasmardy said...

memang... budak sekarang tak leh marah-marah.. tak leh ditegur... sensitif...

hasmardy said...

dulu hisap gak... tapi cover2.... hihihi skrg dh berenti. Alhamdulillah

Noor Adibah said...

macam mana nak buat list nama kat atas blog tu?? hee.. boleh ajar kan tak?

hasmardy said...

Noor adibah... dah siap tutorial tersebut http://adibdaddy.blogspot.com/2011/02/cara-untuk-tambah-traffic-blog.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...