Alhamdulillah, kenyang perut dengan nikmat rezeki yang Allah berikan. Terima kasih kaum ibu yang memasak pada hari. Menu pada hari ini adalah, dagingkari, paru goreng, sup bebola ikan, pucuk paku goreng, petai, sambal kuining, ayam masak merah, dan kerang rebus.
Selera sehingga menjilat jari.. selamat menjamu selera semua. Makanan yang baik adalah makanan yang sihat dimasak dari rumah.hehehe
Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Friday, December 23, 2011
Adib dan gambar Canon Powershot SX30 IS
Salam ....
Pagi ini saya akan meletakkan gambar yang dirakam oleh Ahmad Adib. Siapa Adib? Anak saya yang sulung dan baru berumur 3 tahun. Kanak-kanak memang suka meniru aksi yang dilakukan atau yang dilihat disekitarnya terutama ibu bapanya kerana merekalah yang paling hampir dan rapat dengannya. Tidak hairanlah kadangkala Adib suka membuat aksi Ultraman kerana itulah cerita kegemarannya. Jom kita lihat gambar yang dirakam oleh Adib.

pagi-pagi mengadap laptop |
Thursday, December 22, 2011
Hadiah dari mohd.zaid.com
surat dari mohdzaid.com |
Salam semua. Masih tidur lagikah? Semalam hujan lebat sehingga awal pagi tadi di Ipoh. Pasti semua tidur lena semalam: hehehehe
Hari ini saya nak cerita mengenai hadiah yang saya terima dari mohdzaid.com. Hadiah dah lama terima namun minggu lepas baru dapat ambil setelah balik ke rumah dan minggu ini baru dapat nak menaip disini :)
Ia adalah hadiah atas kemenangan pada entri ini. Hadiah yang saya terima adalah satu hosting EBIZ Beginner dan voucher minyak BHP RM10.00. Disamping itu business card mohzaid.com. Memang simple dan menarik. Tertanya-tanya juga bagaimana dia mendapat pendapatan dari berblog.
Hosting itu saya memang rasa bersalah. Ia sebenarnya hadiah untuk isteri, namun setelah menggunakannya dan isteri telah membeli domain, hosting tidak dapat digunakan. Sebabnya adalah tak reti nak design website!! Akhirnya hanya guna domain dan blogspot sahaja. :(
Voucher minyak telah digunakan. Saya memang pengguna minyak BHP setelah menggunakan kredit kad UOB. :)
Akhir sekali saya letakkan gambar dan juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas hadiah tersebut :)
Duit Baru Malaysia
Salam semua. Adakah anda dengar mengenai duit baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara. Diatas adalah duit yang akan dikeluarkan pada 21 Disember 2011 (Rabu) dan ini adalah link untuk tayangan video.
Sekian
Wednesday, December 21, 2011
Cuti-cuti Teluk Batik #2
Salam semua.
Pernah pergi Teluk Batik?Mesti pernahkan terutama orang Perak. Dulu saya pernah buat entri mengenai Teluk Batik. Masa itu hanya Adib seorang sahaja. Sekarang dah masuk seorang lagi, iaitu Amni. Dalam masa yang sama, ada lagi seorang dalam perut :)

Tuesday, December 20, 2011
Sunday, December 18, 2011
Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM – Metro
PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.
“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.
“Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.
Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Friday, December 09, 2011
Laju ke tak laju
Salam pagi Jumaat. Semoga kita semua dilindungi olehNya dan diberi keceriaan dan kesejahteraan. Pagi ini saya dah sembang pasal laju. Bukan laju kereta atau motor tapi kali ini kita nak lihat kelajuan internet rumah atau broadband anda.
Alhamdulillah, setelah meng'ayat' ibu untuk memasang WIFI TMNET, akhirnya rumah saya ada juga WIFI!!! Walaupun ibu saya mengambil pekej RM60.00 namun bagi saya sesuai untuk ibu melayari facebook, blog dan lain-lain.
Bukan selalu nak tengok youtube macam Adib. Asyik dengan Ultraman Max je.. Sekarang dah pandai cakap, nak duduk Ipoh tak nak balik Sungai Besar. hehehehe... Alhamdulillah, Adib juga dapat masuk pra sekolah pada tahun hadapan. Doa agar Adib menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan dunia. Amin
p/s: Jika anda nak tahu prestasi internet anda, sila klik DISINI.
update:
ni hasil dari YES |
Thursday, December 08, 2011
Cuti-cuti kahwin
Salam semua. Apa cerita kali ini...? Tentulah mengenai musim kahwin! Alhamdulillah semua dah selesai dan disini saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada adik saya, Mohd Erwandy dan Fariha.
Tuesday, December 06, 2011
Jenis-jenis sakit kepala
Hari ini baru rasa lega. Dari semalam sakit kepala teramat sangat sehingga terpaksa menelan ubat panadol dan muntah. Semalam pun tidur diluar sebab teras panas dalam bilik. Apabila bangun pagi, masih lagi terasa sehingga keluar muntah kuning.
Thursday, December 01, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Bonus tambahan RM500
Salam semua. Dah hampir seminggu cuti sekolah, tapi tak rasa seminggu. Begitu cepat masa berlalu. Amat rugi bagi umat yang lalai. Semoga kita semua sedar akan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dimuka bumi.
Sunday, November 27, 2011
seminggu lagi
Salam Maal Hijrah 1433
Pasti rmai yang tengok bola Malaysia lawan Bahrain. Keputusan 3-2 memang mengejutkan namun itu adat permainan. Jika kita sentiasa menjaga stamina dan permainan serta berusaha keras pasti akan berjaya dengan izinNya.
Cerita saya pula tak ada kena mengena dengan bola sepak. Cuma nak bercerita mengenai adik yang bakal berkahwin pada minggu hadapan. Alhamdulillah semua persiapan hampir selesai dan harapan agar semua berjalan lancar.
Adib dan Amni pun bukan main seronok dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Kalau duduk di Sungai Besar asyik dengan baba dan ibunya sahaja. Nanti saya akan upload aksi-aksi mereka juga k.
Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban tugasan sepanjang persiapan ini. selamat malam.... :)

Thursday, November 24, 2011
penat yang tak terhingga
Tak tahu nak kata apa. Penat betul nak buat persiapan kahwin. Bukan saya yang kahwin, tapi adik. Tiap tiap hari pasti akan keluar untuk beli barang. Bukan senang nak jadi senang. hehehe macam macam perlu dibuat walaupun dah buat list. Petang tolong packing kerepek pula. Malam terus penat.
Walaupun penat, riadah bersama kawan-kawan tidak dilupakan. Lepas gian bermain sepaktakraw walaupun hanya menggunakan kasut getah :)
Banyak yang ingin diceritakan, lebih pada Adib dan Amni yang semakin hari semakin aktif. Baba pun tak larat dah. :) Jumpa lagi.. salam
p/s: berminat klik disinic

Wednesday, November 23, 2011
MAA TAKAFUL WINS ISLAMIC FINANCE AWARD FOR THE 3RD CONSECUTIVE YEAR
Salam
Disini saya kongsikan info yang saya terima dari BERNAMA berkenaan kejayaan MAA TAKAFUL memenagi Anugerah Kewangan Islam. Selamat membaca.
Klik Disini
Disini saya kongsikan info yang saya terima dari BERNAMA berkenaan kejayaan MAA TAKAFUL memenagi Anugerah Kewangan Islam. Selamat membaca.
Klik Disini
Tuesday, November 22, 2011
Tahniah pasukan bola sepak Malaysia!!!
Alhamdulillah syukur kepada pemain Malaysia yang telah berjaya menyumbang pingat emas untuk Malaysia. Tiada apa yang dapat digambarkan selain kegembiraan atas kejayaan mengalahkan tuan rumah Indonesia yang sememangnya hebat dan pantas.
Monday, November 21, 2011
Senarai pemenang REV UP & WIN CONTEST OCTOBER 2011
Alhamdulillah, syukur kepadaNya atas rezeki yang telah diberikannya.
Baru-baru ini Petronas telah mengadakan peraduan kepada pengguna motosikal yang menggunakan minyak 4T Petronas. Peraduan telah berlangusung selama 3 bulan bermula dari Oktober sehingga Disember. Jika anda ingin menyertai pertandingan tersebut sila layari www.mesra.my.

Sunday, November 20, 2011
Selamat bercuti dari Sungai Besar-Tangkak-Nilai-Kajang-Ipoh
Salam
Dah rasa terlambat nak buat entri ini. Sebenarnya akhir-akhir ini banyak kerja yang perlu dilakukan. Ada ke esok nak cuti baru bagitahu kena masukkan data buku perpustakaan dalam tempoh 2 minggu? Orang dah nak balik kampung, adik ipar bertunang dan lain-lain lagi. Semua itu telah dirancang. Aduh masalah kalau dapat sekolah macam ini. Waktu murid tahun 6 dah habis UPSR tak ada pula nak buat.

Wednesday, November 16, 2011
Ku hadiahkan 3 lapisan emas buat isteriku
Salam semua. entri kali ini khas untuk isteri-isteri dan wanita-wanita sekalian. Mintalah pada suami anda emas-emas yang pasti mudah anda perolehi jika anda mengikuti langkah langkah yang akan saya berikan :)
Tuesday, November 15, 2011
Hey! I'm in the run for In Trend with Canon Photo Contest, check it out and support me! @CanonCameraMsia
Salam kengkawan blogger sekalian...
Hari ini saya cerita mengenai peraduan In Trend with Canon Photo. Peraduan ini semestinya ditaja oleh Canon Malaysia. Ini link FB Canon Malaysia. Banyak kategori peraduan yang ditaja oleh Canon. Jadi kali ini saya hanya masuk peraduan In Trend Canon sahaja.

Like saya!!! |
Monday, November 14, 2011
Rombongan Janda Baik
Salam dan selamat pagi!!!
Cerita kali ini mengenai rombongan sekolah pada hari Sabtu (12.11.2011) ke Janda Baik, Pahang. Lawatan kali ini adalah ke Newera Organic Farm, Midvalley dan i-city.
Cerita kali ini mengenai rombongan sekolah pada hari Sabtu (12.11.2011) ke Janda Baik, Pahang. Lawatan kali ini adalah ke Newera Organic Farm, Midvalley dan i-city.
Sunday, November 13, 2011
PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA
Salam semua. Hari ini baru rasa ada masa untuk buat entri baru selepas Amni kena marah dengan baba kerana lagi sekali dia mengumpil keyboardkomputer riba babanya.
Entri ini adalah berkenaan program yang telah saya sertai pada hari Jumaat 11.11.2011 yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor. Sekolah di sekitar Sungai Besar yang terlibat adalah, SJKC Sin Min, SK Seri Makmur, SK Seri Utama dan kalau tak silap SK Panchang Bedena dan SK Sungai Limau juga terlibat. Bagi murid sekolah rendah, adalah berjalan kaki, sekolah menengah, berbasikal dan belia bermotorsikal.

Friday, November 11, 2011
Pendapat saya! blog boleh bah kalau kau
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih kepada denaihati.com kerana menemukan saya dengan blog www.yanmieonline.com untuk bersama-sama menyertai giveaway dari Kak Yan sebelum berakhirnya Tahun 2011 :)
Giveaway kali ini amat mudah dan senang kerana saya dan juga peserta yang lain cuma perlu memberi pendapata mengenai blog Kak Yan. Ini adalah komen saya berdasarkan pemerhatian saya. Harap Kak Yan tak marah ek. Seringkas yang boleh akan saya berikan pendapat sekupang dua ini dalam bentuk poin.
- Border itu petak sangat. Apa kata kalau kali ini bagi bentuk curve. Nampak lain dari yang lain
- Adakan kotak bagi title dibahagian sidebar agar nampak asing antara satu sama lain.
- Warnanya mendamaikan tapi saya rasa boleh diperbaiki lagi. Ikut citarasa Kak Yan.
- Kak Yan tambah widget. Saya cadangkan shoutbox. Boleh blogger nak borak dan kongsi pengalaman. Lain
- Twitter tak nak masuk ke? Sekarang ramai guna twitter. Mudah dan senang :)
“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal“
Thursday, November 10, 2011
pening kepala
Pening pening pening.. dari pukul 9.00 mlm sampai pukul 11 malam tak siap-siap gakmenu drop aku. Ingat nak tukar menu bar kepada menu drop agar nampak kemas dan senang untuk kawan-kawan yang berminat nak terus kepada satu topik dan tak perlu nak tengok semua.
Mata pun dah mengantuk. Rasa dah jumpa tetapi tak berkenan plak dengan widget itu. Kalau dah banyak widget berserabut pula kan. Lagi satu puncanya adalah broadband Celcom ini lambat. Maklumlah guna yang prepaid.
p/s: Hari ini Adib dan Amni ada buat perkara baru. InsyaALLAh esok akan saya update. Nak kena tidur awal, esok ada program Keselamatan Jalan Raya.. selamat malam semua..

Wednesday, November 09, 2011
Abang borek, adik rintik
Pertama saya ingin memberitahu bahawa peribahasa ini adalah ungkapan dari saya sahaja. Ini pun saya tak pasti sama ada betul atau tidak.
Ceritadqiemie hari ini mengisahkan anak-anak saya,iaitu Adib dan Amni yang bagaikan tak boleh dipisahkan dan tak boleh didekatkan. Ada sahaja aktiviti yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Ini kira pangkat budak baru nak naik. Memang betul pun. Abang dah nak masuk 4 tahun dan adik nak masuk 2 tahun.
Tadi kami sekelurga pergi menziarah rumah kak Yah, kerani sekolah kerana suaminya mengalami strok. Hampir 2 minggu Kak Yah bercuti untuk menjaga suaminya. Begitu besar pengorbanan seorang isteri, begitu juga dengan anak sulungnya yang telah berhenti kerja bagi bersama-sama membantu ayahnya.Alhamdulillah saya dimaklumkan bahawa suaminya beransur-ansur menunjukkan perkembangan yang positif. Semoga suami Kak Yah akan cepat sembuh. Amin

Dapat hadiah dari mohdzaid.com
Salam Aidil adha kepada semua pembaca. Bagaimana sambutan Qurban anda? Saya tak sempat nak melapah lembu korban kerana tahun ini saya beraya di Kuala Kangsar. Petang itu dah balik Ipoh. Maklumlah cuti tak panjang..
Tapi entri hari ini bukan berkisarkan mengenai qurban tetapi lebih merupakan hadiah qurban dan lagi bermakna kerana akan diberi kepada isteri sempena hari lahirnya nanti.
Tapi entri hari ini bukan berkisarkan mengenai qurban tetapi lebih merupakan hadiah qurban dan lagi bermakna kerana akan diberi kepada isteri sempena hari lahirnya nanti.
Wednesday, November 02, 2011
Tuesday, November 01, 2011
Kaedah analisa pendapatan individu
Salam. Disini saya akan kongsikan bagaimana membina analisa kewangan dan pendapatan diri. Ini adalah penting bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera. Saya akan lampirkan contoh borang tersebut. Anda boleh membuat analisa sendiri dan sebarkan maklumat ini k...
Cara-cara:
p/s: Jika ada persoalan, klik disini
Cara-cara:
- Kirakan no II ( Family expenses/month). Ini adalah pendapatan bulanan kita.
- Kira no. I (Total Liquid assets). Simpanan tunai dan aset cair.
- Kemudian baru analisis jumlah yang diperlukan untuk keperluan harian. 8% adalah berdasarkan dividen ASB. Ia adalah jumlah simpanan yang perlu ada bagi setahun. no.III
- Jumlah setahun (no.III) - dengan no.I (Total Liquid assets) = SIMPANAN WAJIB ADA.
p/s: Jika ada persoalan, klik disini
Informasi Takaful Simpanan Haji
TAKAFUL HAJI MAA merupakan pelan yang memberi pampasan yang tinggi kepada keluarga anda jika berlaku kematian atau untuk anda jika berlaku Hilang Upaya Kekal.Sumbangan anda hari ini dapat membantu anda dan keluarga di masa hadapan.Perlindungan Takaful Haji anda akan mengambil alih tanggungjawab anda sekiranya anda sudah tiada.
Disamping itu pulangan dari pelaburan wang simpanan anda menjamin anda untuk menunaikan haji dalam tempoh yang singkat.Simpanan anda boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa menjejaskan perlindungan anda.
Kelebihan:
- Badal haji RM7000 bersama khairat akan diserahkan kepada keluarga anda jika kematian pra matang berlaku .
- Pengecualian sumbangan dinikmati jika anda mengidap salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal .
- Produk MAA Takaful adalah produk patuh syariah.
- Tiada unsur laps/polisi lupus walaupun anda terhenti untuk menyumbang.
- Umur pernyertaan dilanjutkan kepada mereka yang berumur 69 tahun. MAA adalah satu-satunya syarikat takaful yang membuka peluang kepada golongan ini.
Konsep Takaful Simpanan Haji
Apa itu Takaful
Pakatan tolong menolong dan jamin menjamin diantara satu sama lain dalam satu kumpulaan
Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud :
“ Demi diriku yang didalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk Syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”
(Hadis Riwayat Ahmad)
TUJUAN
· Menjaga kebajikan masyarakat
· Mewujudkan keharmonian masyarakat
· Memupuk semangat saling bantu-membantu
CIRI-CIRI
· Tiada unsur Riba’
· Tiada unsur Maisir (Judi)
· Tiada unsur Gharar (Tidak Jelas)
· Adanya al-mudarabah (Perkongsian untung)
INSURAN HARAM
Majlis Fatwa Kebangsaan 1972 menfatwakan Insuran Konvensional HARAM kerana terdapat unsur-unsur gharar, maisir, riba’ dan ketidakadilan yang bercanggah dengan syariah.
Gharar : Sesuatu yang tidak jelas atau tidak pasti dalam urusan jual-beli. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : “Janganlah kamu membeli ikan di dalam air kerana perbuatan itu adalah gharar”.
Maisir : Perjudian iaitu semua perniagaan yang memperolehi keuntungan dengan cara ramalan.
Riba’ : Wang premium dilabur atau disimpan di dalam akaun institusi kewangan/ pelaburan yang mendapat faedah tanpa mengikut hukum syarak.
Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. Sesiapa yang mengulanginya (mengambil riba’) maka orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya”.
(Al-Baqarah 275)
Ketidakadilan : Pemegang polisi yang menamatkan kontrak sebelum tempoh yang ditetapkan, tidak akan mendapat kembali wang atau hanya menerima sebahagian sahaja.
KONSEP TABARRU’
Bermaksud membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha.
· Dilakukan secara sedar dengan niat membantu.
· MAA Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru’.
· Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru’.
· Tabarru’ juga akan dilaburkan dan keuntungan (jika ada) akan dikongsi bersama.
· Beza tabarru’ dengan judi ialah JUDI mengharapkan keuntungan.
· Seseorang yang menghayati tabarru’ tidak akan mengurangkan sumbangannya kerana mengharapkan pahala, juga tidak akan menipu sewaktu membuat tuntutan kerana takutkan dosa.
· Tanpa tabarru’, urusan takaful sama seperti insuran konvensional.
MENGAPA PERLINDUNGAN TAKAFUL DIPERLUKAN
· Kita & keluarga sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka, justeru untuk kembali kepada keadaan yang asal kita perlu berdoa kepada Allah, berusaha, berikhtiar & kemudian bertawakal untuk mendapat bantuan.
· Sebagai satu cara untuk berusaha & berikhtiar, sistem Takaful boleh meringankan beban keluarga kita apabila musibah seperti kematian @ hilang upaya pencari nafkah berlaku.
Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud :
“Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu (anak, isteri dll) itu dalam keadaan kaya, lebih baik daipada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta-minta dan menjadi beban kepada orang lain”
(Hadis Shahih Bukhari)
Syarat utama untuk mengadakan insuran dalam lslam
ialah setiap peserta itu mestilah mewujudkan satu dana
iaitu Tabung TABARRU’ untuk membantu sesama
mereka.Tanpa Tabarru’ perjalanan sesuatu insuran itu
akan menjadi muamalah yang rosak dan fasik.
(As-Syeikh Prof Dr.Yusoff al Qaradhawi)
PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFUL HAJI
Caruman yang dibuat adalah berdasarkan jumlah peruntukan seperti berikut(contoh adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1000.00)
Saturday, October 29, 2011
Program Perkhemahan Kokurikulum 2011
Bermula petang tadi , SJKC Sin Min dipenuhi murid-murid tahun 6 seawal 2.30 petang. Semangat betul murid-murid ini untuk perkhemahan. Ini adalah kali pertama saya di SJKC.
Kali ini saya ditugaskan sebagai ketua jurulatih Permainan Rakyat, senamrobik, Khidmas, dan pengacara Majlis Penutup. Alhamdulillah, banyak dapat belajar. Ilmu yang paling berkesan adalah praktikal.:)
Baiklah ini adalah entri yang pertama.InsyaAllah..akan ada gambar pada entri berikutnya :)

Wednesday, October 26, 2011
Hubungi ceritadqimie
Terima kasih kak jue sebab beri tutorial untuk bina satu borang untuk 'Hubungi Saya'. Dah siap apa yang saya nak. Borang itu ada diatas bawah member iaiti HUBUNGI DQIMIE. harap dapat membantu kawan-kawan yang ada pertanyaan dan cadangan
Perkongsian ilmu bersama cahayapintar.blogspot.com
Salam semua. Seperti yang sedia maklum, saya telah membina satu page di FB iaitu Perkongsian ilmu dimana saya akan berkongsi bahan-bahan berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.
Bagi memudahkan kawan-kawan dan juga pembaca blog saya untuk mendapat maklumat terkini, saya 'create' satu bloglist khas untuk cahayapintar.blogspot.com diatas sebelah kanan.
Harap ianya memudahkan dan memberi maklumat kepada anda semua.

Monday, October 24, 2011
"My Happiest Moment" with OLYMPUS PEN contest
My happiest moment and always happiest in my life is my lovely cute kids. Ahmad Adib Hakimi born on 30 August 2008 and Nur Amni Aqilah comes to my life on 08 June 2010. This picture taken on Hari Raya Aidilfitri 2011 and it always make me smile when I see it, cute faces make me laugh , and their naughty make me love them so much. As their grandmother said, "diamond umbrella"...Even Adib and Amni play to 'hard', believe it that Baba always love you....So please don't be so naughty ok...!!! hope both of you will be a good person and success in life. Amin.
Here Baba make special 'pantun' for both of you:
'diamond umbrella' gelaran Adib diberi
ganas dan selamba itulah Amni
membawa keceriaan dan kegembiraan kepada keluarga kami
rindu dan sayang tidak berbelah bahagi
ganas dan selamba itulah Amni
membawa keceriaan dan kegembiraan kepada keluarga kami
rindu dan sayang tidak berbelah bahagi
Share your happiest moment with OLYMPUS! and lets join NUFFNANG contest!
Click here for more information about the PEN Lite E-PL3. |
Click here for more information about the Pen mini E-PM1. |
Subscribe to:
Posts (Atom)