Apa itu Takaful
Pakatan tolong menolong dan jamin menjamin diantara satu sama lain dalam satu kumpulaan
Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud :
“ Demi diriku yang didalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk Syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”
(Hadis Riwayat Ahmad)
TUJUAN
· Menjaga kebajikan masyarakat
· Mewujudkan keharmonian masyarakat
· Memupuk semangat saling bantu-membantu
CIRI-CIRI
· Tiada unsur Riba’
· Tiada unsur Maisir (Judi)
· Tiada unsur Gharar (Tidak Jelas)
· Adanya al-mudarabah (Perkongsian untung)
INSURAN HARAM
Majlis Fatwa Kebangsaan 1972 menfatwakan Insuran Konvensional HARAM kerana terdapat unsur-unsur gharar, maisir, riba’ dan ketidakadilan yang bercanggah dengan syariah.
Gharar : Sesuatu yang tidak jelas atau tidak pasti dalam urusan jual-beli. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : “Janganlah kamu membeli ikan di dalam air kerana perbuatan itu adalah gharar”.
Maisir : Perjudian iaitu semua perniagaan yang memperolehi keuntungan dengan cara ramalan.
Riba’ : Wang premium dilabur atau disimpan di dalam akaun institusi kewangan/ pelaburan yang mendapat faedah tanpa mengikut hukum syarak.
Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. Sesiapa yang mengulanginya (mengambil riba’) maka orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya”.
(Al-Baqarah 275)
Ketidakadilan : Pemegang polisi yang menamatkan kontrak sebelum tempoh yang ditetapkan, tidak akan mendapat kembali wang atau hanya menerima sebahagian sahaja.
KONSEP TABARRU’
Bermaksud membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha.
· Dilakukan secara sedar dengan niat membantu.
· MAA Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru’.
· Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru’.
· Tabarru’ juga akan dilaburkan dan keuntungan (jika ada) akan dikongsi bersama.
· Beza tabarru’ dengan judi ialah JUDI mengharapkan keuntungan.
· Seseorang yang menghayati tabarru’ tidak akan mengurangkan sumbangannya kerana mengharapkan pahala, juga tidak akan menipu sewaktu membuat tuntutan kerana takutkan dosa.
· Tanpa tabarru’, urusan takaful sama seperti insuran konvensional.
MENGAPA PERLINDUNGAN TAKAFUL DIPERLUKAN
· Kita & keluarga sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka, justeru untuk kembali kepada keadaan yang asal kita perlu berdoa kepada Allah, berusaha, berikhtiar & kemudian bertawakal untuk mendapat bantuan.
· Sebagai satu cara untuk berusaha & berikhtiar, sistem Takaful boleh meringankan beban keluarga kita apabila musibah seperti kematian @ hilang upaya pencari nafkah berlaku.
Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud :
“Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu (anak, isteri dll) itu dalam keadaan kaya, lebih baik daipada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta-minta dan menjadi beban kepada orang lain”
(Hadis Shahih Bukhari)
Syarat utama untuk mengadakan insuran dalam lslam
ialah setiap peserta itu mestilah mewujudkan satu dana
iaitu Tabung TABARRU’ untuk membantu sesama
mereka.Tanpa Tabarru’ perjalanan sesuatu insuran itu
akan menjadi muamalah yang rosak dan fasik.
(As-Syeikh Prof Dr.Yusoff al Qaradhawi)
PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFUL HAJI
Caruman yang dibuat adalah berdasarkan jumlah peruntukan seperti berikut(contoh adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1000.00)