wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, December 21, 2011

Cuti-cuti Teluk Batik #2

Salam semua.


Pernah pergi Teluk Batik?Mesti pernahkan terutama orang Perak. Dulu saya pernah buat entri mengenai Teluk Batik. Masa itu hanya Adib seorang sahaja. Sekarang dah masuk seorang lagi, iaitu Amni. Dalam masa yang sama, ada lagi seorang dalam perut :)



Jika ikutkan akan pergi hari ini (Rabu) tapi dah boring di rumah, tengah hari kami bersiap dalam keadaan kelam kabut. Selepas solat Zuhur terus bergerak ke Teluk Batik.

Sampai jam 3.00 petang dan Alhamdulillah dapat juga singgah di kedai Sillaturahim. Makanan disana sedap. Ada ikan bakar, kari kepala ikan dan macam-macam. Yang istimewa adalah terdapat pelbagai ulam. Memang kena selera perut.:)

Jam 4.00 petang baru pergi ke pantai. Siap beli pelampung untuk Adib dan Amni. Masa mula-mula masuk dalam air, dua-dua menjerit. Lama sedikit baru berani. Adib siap buat pusing-pusing lagi. Namun peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati semasa mandi memandangkan cuaca hujan yang meneyebabkan air pasang dan kuat. Memang masa mandi pun terasa dan Alhamdulillah semua selamat.

Kami mandi hampir sejam setengah dan Adib sampai hitam bibir kerana kesejukkan. Terpancar keseronokkan pada diri mereka. Apalah yang penting selain melihat mereka gembira dan seronok. Walaupun kena marah :). Ini saya sediakan gambar untuk tontonan bersama dan menunjukkan keseronokkan disana :)











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...