wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, November 29, 2011

Bonus tambahan RM500

Salam semua. Dah hampir seminggu cuti sekolah, tapi tak rasa seminggu. Begitu cepat masa berlalu. Amat rugi bagi umat yang lalai. Semoga kita semua sedar akan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dimuka bumi.


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu betul ke ada tambahan bonus RM500? Minta maaf semua, sebenarnya RM500 itu hanya untuk saya sahaja sebab menang peraduan Rev Up Win Contest anjuran Petronas.

Alhamdulillah.... walaupun tak banyak namun syukur kerana dapat meringankan beban hutang. :) Dari pemerhatian saya, setiap kemenangan pasti ada bahagian untuk orang lain. Ini adalah hasil usaha Amni yang memberi peluang kepada baba untuk mencuba nasib. terima kasih Amni. Memang benar, rezeki selepas kahwin akan ada selagi kita berusaha  Namun kita juga harus mengingatkan tentang tanggungjawab kita terhadap keluarga. Bersiap sedia dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan dengan perlindungan pendapatan :)

Sekian cerita hari ini, kalau ikutkan banyak gak nak tulis tapi banyak juga kerja yang perlu dibuat untuk persiapan perkahwinan adik.  Berita terbaru, pakcu saya masuk hospital Kuala Kangsar sebab terjatuh. Harap agar beliau cepat sembuh. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...