wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, January 31, 2012

Pelaburan oh pelaburan


Sejak mendapat tahun bahawa ASB tidak halal seperti di laman web mufti Selangor saya memang mengambil berat berkenaan dengan pelaburan. Tak tahu kenapa setiap hari akan cari dan baca berkenaan dengan pelaburan secara Islam. Yang saya suka baca adalah dari laman web zaharuddin.net.

Saturday, January 28, 2012

Penat suri rumah





Penat betul hari ini. Semua perkara nak kena buat. Dari awal pagi sehingga lepas solat Jumaat. Asyik buat kerja sahaja. Nasib baik hari ini masih lagi cuti Tahun Baru Cina. Kenapa penat? Kalau nak tahu klik disini.


Awal pagi dah perlu hantar Adib ke sekolah. Tak sempat dia nak makan dirumah. Nasib baik mood Adib pun baik. Nak juga pergi kesekolah.

Balik sekolah pergi pasar, beli barang dapur, dan beli makan pagi. Siap makan pagi pergi sidai kain dan bawa Amni ronda-ronda. Sepatutnya saya buat semalam, tapi hari ini baru saya buat. Keluarkan duit ASB.

Friday, January 27, 2012

Chiq Dina pendarahan, baba kepanasan

gambar hiasan

Semalam jam 10.00 malam sebelum nak masuk tidur, isteri saya chiq dina tiba-tiba bagitahu bahawa dia mengalami pendarahan. Banyak pula darahnya. Sekarang isteri sedang mengandung anak ketiga dan telah memasuki 10 minggu.

Mula-mula ingatkan nak pergi esok sahaja tetapi memandangkan darah yang keluar makin banyak kami buat keputusan untuk pergi ke Hosptial Sabak Bernam. Kami sampai lebih kurang jam 10.30 malam. Nak dijadikan memang ramai orang hari itu. Tapi bukan sakit, cuma menunggu ahli keluarga yang berada dalam wad kecemasan. Chiq dina pun sama, selepas ambil tekanan darah, perlu masuk dalam bilik kecemasan dan terus kena masuk air. (diceritakan oleh chiq dina).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...