Hari ini dah nak masuk 6 hari bekerja namun barang yang dipesan dari Go Shop Astro masih lagi tak sampai kerumah. Ini semua hasil tertipu dengan perkhidmatan GDex yang cemerlang yang disiarkan oleh Go Shop .
Saya memesan produk pada hari Sabtu lepas. Berdasarkan e tracking Gdex, memang produk tersebut telah dihantar ke Ipoh pada hari Isnin. Namun dari GDex Ipoh ke rumah saya masih lagi tak dapat. 16 hingga 22 Disember status out for delivery.. 16 dan 17 Disember unable to complete. Ok tak pe saya boleh tunggu...
Tapi apabila dalam sistem kata 18 dan 20 Disember' no one at home' memang saya tak boleh terima. Jika datang mesti akan diberi notis namun saya tak dapat notis tersebut. Bagaimana nak buktikan mereka datang ke rumah. ? Sungguh mengecewa kan... telefon abang kawasan, asyik unable to call... out of coverage. Aduh.. headquarters tolong la tengok2 anak buah buat kerja. Pada Go Shop.. jangan satu company je guna ek.
Kesimpulan. . Perkhidmatan mengecewakan
Delivery Service You *can't* Trust
3 comments:
Selalu jugak tengok Go Shop tu..
tak sangka perkhidmatan Kurier bermasalah pulak.
Tu la ...ada dengar. Ni betul2 kena diri sendiri.. Lagi rasa terkena... Produk di dalam GO shop tak seperti yang di TV
Huh!!aku lak bengang dgn gdex..aku order mesin jahit 27jun16..janji lps raya nk hntr..lps 1 mggu dr tarikh yg dijanjikn, aku call go shop..diorg ckp barang da kt branch daerah aku..aku tggu lg..org go shop ckp dia akn wt report psl barang aku tu..hari ni aku terima sms mengatakan barang aku xdpt dihantar sbb alamat xlengkap n bl call aku masuk voicemail..mcm s**l je..alamat xlengkap penye??sblm ni blh plak barang yg aku order sampai..klw call masuk voicemail, mesti ade smsnye..tp xde pn..td aku call gdex, alasan yg sama dia bgtau kt aku..bl aku ckp tipu, blh dia marah aku..aku pn pe lg, maki hamun je la..aku da puas bsabar..nasib baik aku blum bayar..tp aku sedih bl tgk muka mak aku yg mgharap sgt dpt mesin jahit baru
Post a Comment