Petang semalam selepas mak dan abah datang, kami terus ke pejabat guaman di Greentown Business Centre diatas bangunan Hong Leong Bank. Tapi saya seorang sahaja yang masuk sebab anak-anak dah tidur sebaik sahaja masuk ke kereta. aircond katakan. Saya pun diberi penjelasan yang sangat jelas tentang apa yang saya bayar dan perlu lakukan. Jadi disini saya hanya perlu mengisi borang online pinjaman dan buat pembayaran. Untuk makluman, kadar bayaran. Adalah berbeza bergantung kepada harga rumah, umur,dan pekerjaan.
Malam semalam saya pun mengisi borang online dan nasib baik semua maklumat ada pada saya cuma maklumat tentang pembayaran gaji sahaja yang tidak tahu. Harap-harap semuanya ok. Tidak lupa juga anda akan dikenakan bayaran wang proses RM 100 selepas pengisian tersebut. Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan internet, bank draf atau kiriman wang. Saya memilih perbankan internet. Mudah dan selamat :)
Klik sini bagi membaca panduan pengisian borang permohonan
No comments:
Post a Comment